Wednesday, 13 March 2019

Welcome to Bandar Universiti #1

Assalamualaikum 👀 aku kurang sihat sejak dua menjak ni. Lepastu tiapkali nak start menulis ja mesti mai sakit pinggang plus pening kepala. Tu belum lagi part tetiba rasa malas pulak nak menulis. Dugaan betul lah 😂

Aku sebenarnya ada senaraikan cerita apa yang patut aku tulis for this new entry, which is:

  • sambung story dekat SI
  • tulis pasal my own random thoughts such as cinta, trash, bestfriend, crush etc.
  • pasal ex-ex crush, macamana aku boleh suka diorang and so on sampai dah jadi ex LOL
  • dan lain-lain yang tiba-tiba ja bermain di minda

Guess ramai yang nak apa? Nak story kat SI lah 😂 di sebabkan ada permintaan, aku terpaksa turuti. Cumanya aku mungkin tak kerap-kerap update entri macam selalu sebab kekangan masa dan idea.

Story kat SI ni, aku akan cerita moment penting je dan yang aku rasa aku patut masukkan dalam entri. Nak cerita semua benda mati lah aku nak ingat satu persatu kan 😂 aku dah susun flow satu persatu perjalanan aku dekat SI. Dari moment sedih sampai lah ke moment moment bahagia. Maaf kan patik andai lambat meng update new entri ehe. Aku agak slow dalam menulis sejak dua menjak ni.

Let's start my journey as pre diploma student 😎💙

------

Selamat datang ke Universiti Teknologi Mara cawangan Perak kampus Seri Iskandar, Bota, Perak. Nama pendeknya UiTMSI. Paling pendek SI. Contoh ayat dalam puak-puak yang belajar kat UiTM:

"kau belajar mana?"
"aku sambung kat SI je."

Kenapa Seri Iskandar di beri nama Bandar Universiti? Sebab dalam kawasan SI ni ada banyak tempat belajar selain dari UiTM. Ada UTP, KPM SI, KV SI, Kolej Komuniti dan ada lagi tapi aku lupa ehe. Kiranya SI ni gah dan berilmu gitew. Tetiba bangga jadi warga SI biarpun hanya sementara :')

Sebelum masuk SI pak long aku ada kata yang SI ni kawasan ceruk ja. Bila aku belajar kat sini aku rasa SI ni maju lah jugak 😂 buktinya tiap minggu aku pi Billion tak pernah miss, pastu kedai makan belambak gila kat sini, murah dan sedap pulak tu. Ada Tesco, McD, kedai Eco RM2 haaa apa lagi yang tak cukup semua serba lengkap kat sini.


Awal-awal kedatangan aku dekat SI dan selepas MDS, aku di pertemukan dengan beberapa makhluk yang berkepala tingtong macam aku jugak.


Syaa, Nurin, me, Tirah & Pipah 😎


Aku kenal depa waktu misi mencari kelas masing-masing. Dan macamana aku boleh terjebak dalam misi mencari kelas ofcos lah dari Tirah ehe. Tirah ajak aku sekali. Afifah dan Syafatin ialah roommates si Atirah ni. Nurin pulak penghuni bilik depan bilik Tirah je, dan jugak merupakan kawan sekolah Afifah. Wow nampak tak benda ni saling berkait 😂 btw Syida tak join the club waktu tu idk why ehe.

Aku, Sya, Nurin dan Tirah kelas A, Pipah pulak kelas D. Tapi kami pergi sama-sama cari kelas petang ahad tu sebab kelas kami dekat-dekat ja, area library macamtu. So why not cari sama-sama kan. Waktu mencari tu sumpeh kecoh gila! Dengan duk gelak-gelak memanjang aduh aku takleh toi 😂 baru beberapa jam kenal dah terkeluar perangai masing-masing. Haaa kan waktu aku pergi buat lawatan dekat bilik Tirah tanya pasal tudung ungu legend tu kan aku tak kenal lagi si Afifah, so waktu mencari kelas ni baru lah aku kenal sorang lagi roommate Tirah yang nama nya Nur Afifah binti Zamri 😚



Nampak tu, baru beberapa minit kenal dah gelak bagai nak rak

Time cari kelas tu sepatutnya ada 2 orang classmates lelaki aku join sekali, tapi depa duk buat malu-malu taik kucing pulak 😂 kami semua tunggu je kedatangan depa dengan penuh kesabaran, last-last depa pi menyorok dekat bangunan Pengurusan Hartanah tu. Yang aku boleh perasan depa nyorok sebab sorang tinggi sado dan yang sorang lagi pendek kecik-kecik comel macam otw nak pi kat kami lepastu tiba-tiba belok ke tempat lain pulak. Bila tanya kat whatsapp group kelas kenapa nyorok, depa balas "kami ni lelaki pemalu" puih panash ja kami semua 😂 memang aku voice la kat group kelas tu, berapi punya pasal. Tirah be like "ALLAH BUKAN NAK MENGORAT DEPA PUN AIHH". Bila di risik rupanya depa berdua ialah si Syafiq Hazril dan Aiman Mazlan. Syafiq ni yang mula-mula kecohkan sikit group kelas kitorang yang krik krik macam tanah perkuburan tu. Tapi aku save nama dia Hazril Classmate 😂 Lama-lama kami semua abaikan ja depa dua ketul tu, lagipun dah tahu kelas kat mana. Nak dekat maghrib macamtu baru kami balik kolej.

Dan dari situ lah, terbentuknya group 'Gambar Hodoh🌈' HAHAHAH bersempena dengan nama group whatsapp kami 😂 aku pun taktahu lah kenapa depa letak nama group whatsapp gambar hodoh, macam takda nama lain 😑 mungkin sebab waktu mencari kelas tu kitorang banyak snap gambar dan bila di tenung balik ada kehodohan di situ lewls 😂




------

First week belajar, tak ada masalah. Sebab first week ni baru pendedahan dekat semua subjek-subjek yang kami ambik. So tak berapa padat sangat dan tak mencabar puns uhu.



3 September 2018 - Isnin

First day kelas aku agak gelabah dan awkward. Sebab harini bakal berjumpa orang-orang baru en. Aku, Nurin, Tirah dan Syaa kena jadi petunjuk kelas untuk classmates yang lain, memandangkan kami yang pergi cari kelas semalam. Penolong kelas iaitu Izni arahkan semua siswi kelas A untuk berkumpul di foyer blok Anggerik. Siswa-siswa kelas A pulak kena tunggu dekat area cafe uptown sebelah kolej kitorang. Lepastu ramai-ramai lah kami jalan menuju ke kelas.



Masuk je kelas, aku jadi segan pulak 😂 tahu sebab apa? Sebab aku lah antara perempuan yang kecoh bakhang dalam group kelas. Bukan kecoh apa, aku macam aktif lah dalam group whatsapp. Bila budak lelaki tanya, aku yang jawab. Bila aku taktau apa-apa dan tanya dalam group, depa yang lelaki ni akan jawabkan. Certain budak-budak perempuan kelas aku macam takda jari untuk membalas ehe joke joke. Bila pertama kali masuk kelas ni aku rasa muka aku tebal semacam ja. Nasib lah Nurin pilih tempat yang agak terpencil which is dekat belakang sekali. Dan aku pulak duduk yang paling tepi dekat tepi tingkap. Alangkah indahnya hidup aku. Dah lah air cond betul-betul atas kepala je ni. Baru 5 minit duduk belakang aku dah terketaq-ketaq. Siswa-siswa duduk depan so aku agak lega. Aku kira siswa-siswa kelas A ada dalam 10 orang ja. Sikit bukan.


First class, first wefieeeee

First class di mulakan dengan ELC. Lecturer ELC aku sumpah cute! Gempal tinggi putih orangnya. First step dia masuk kelas, aku macam "ni mesti jenis cool rilek baik ni ehe" tuptup Tirah yang duduk di sebelah potong cakap aku "hang jangan weh, baru masuk ja memang la nampak macamtu..."

Time dia perkenalkan diri dia aku okay lagi. Waktu dia mula terangkan pasal subjek ELC ni aku makin rasa perut aku kecut sekecut kecutnya, di tambah lagi dengan aircond ataih pala ni. Tunggu masa je ni aku nak jadi ais 😒 Memang betul apa yang Tirah cakap uhuks. Sir Ameri nampaknya garang dan tegas betei. Dari awal kelas sampai akhir kelas dia, memang dia basuh cukup-cukup kami semua. Belum apa-apa lagi dah kena basuh 😢😂 Sedih betul first day of kuliah ni.

Syukur, Allah dengar doa aku supaya sir habiskan kelas awal 😂 tetiba sir cakap "okay I lepaskan you all awal sebab harini tak belajar lagi" maka kami di lepaskan dalam pukul 9 lebih macamtu. Peh sejam lebih bhai kena basuh.

Pastu ada subjek MAT037 pulak. Apakah itu? Itu ialah subjek mathematics, subjek killer bagi aku sebab time SPM pun dapat cukup-cukup makan ja. Tapi first day kan tak belajar lagi so lekluuu. Sir Nadzri awal-awal masuk kelas nampak cool dan rileks.

Sir suruh kami semua perkenalkan diri. Tiba giliran aku, aku bangun dan sebut nama panjang aku. Sir tanya, "nak panggil apa?" Aku jawab, "Amirah sir" memandangkan orang-orang yang kenal aku kat SI ni tahu nama aku as Amirah. Tiapkali orang kat sana tanya nama, aku akan jawab 'Amirah' je. Nama Wan tu guna zaman sekolah je dah lah 😂 Lepastu sir tanya pulak kami asal mana. Sir sebut Ipoh, beberapa orang angkat tangan. Lepastu sir tanya pulak Ipoh area mana lah apa. Nampak gayanya lecturer maths aku ni memang agak sempoi. Aku harap dia punya sempoi tu sampai akhir sem lah 😅

Paling best, sepanjang kelas maths berlangsung kami tak kena basuh yayyy 😂✌

Petang tu pulak, ada kelas MGT. Apakah yitu? Subjek management. Lebih kurang macam perdagangan/perniagaan lah. Nasib aku ada basic memandangkan waktu sekolah dulu aku ambik subjek perdagangan.


Sebab time ni aku mengantuk gila bakhang. Tengok tu aircond atas kepala errr

Yang mengajar kami tu lecturer perempuan pulak. Puan Nursaadatun Nisak namanya, tapi dia prefer student panggil dia Puan Nisak ja. Awal-awal kelas semestinya takkan belajar lagi. Puan Nisak cerita serba sedikit pasal latarbelakang dia. Puan Nisak cakap, "saya dulu bukan budak pandai pun. Saya budak biasa macam you all jugak. Maths saya bodoh, cikgu saya selalu target saya sebab saya tak pandai maths. Tapi sekarang awak semua tengok saya berdiri di hadapan ni bukan sahaja sebagai seorang lecturer, saya jugak tengah buat phD. Tiada yang mustahil di dunia ni kalau awak berusaha. Budak pra macam awak pun boleh berjaya. Buktinya ialah saya." Aku rasa benda tu macam kena kat diri aku :') maths SPM aku pun barai even lulus. Setiap apa yang Puan Nisak cakap di depan tu dah bagi aku kekuatan dan kesedaran 💗 Jangan down sebab aku hanya budak pra diploma ja. Level apapun yang kita belajar sekarang ni, semua sama ja. Cara Puan Nisak bagi semangat kat kitorang sangat lah menyentuh hati aku yang keras ni. Memang menusuk lah cita dia. Pesanan Puan Nisak yang paling aku ingat ialah, "kebanyakkan orang yang berjaya selalu bermula dari bawah. Maknanya awak semua adalah orang yang berjaya! Buktikan pada semua yang anak-anak kelas A saya mampu!"


Bumi SI 😃


------

Disebabkan kelas MGT habis awal dalam pukul 4 lebih macamtu, aku dan Tirah decide untuk pergi tasik dengan Pipah, Syaa dan Syida.


Me, Syida & Pipah 💞

Dalam pukul 6 baru lah kitorang jalan pergi tasik. Sepanjang jalan ke tasik tu aku taktahu lah kenapa macam orang tak normal 😂 duk gelak-gelak macam sakai dengan depa especially dengan si Pipah. Aku tak tahu apa yang lawak sangat duh. Lepastu kami menyempat lagi usik Tirah pasal sorang mamat ni (nama di rahsiakan supaya Tirah tak santau aku malamni) 😂 kami duk ship ship Tirah dengan mamat tu sebab mamat tu chat Tirah ajak dia jog sekali HAHAHAHAH patut la Tirah mangat nak pi tasik lepas habis kelas, ada orang tu ajak rupanya 😝 Tak lama lepastu, tiba-tiba ada 2 mamat ni potong kitorang yang tengah jalan otw nak pergi tasik. Salah sorang dari dua mamat yang tengah jog tu ada pandang kami sekilas senyum-senyum before potong kami ke depan. Pastu Tirah cuit aku "ha weh itu lah dia K(nama di rahsia kan gais uhuks)" pastu kami semua usik Tirah suruh join dia joging so nampak sweet gitu kahkah lawak siak 😂 Memang dari awal pergi tasik sampai lah habis tawaf area tasik tu memang teruk Tirah kena bahan. Maka dari situ lah kami gelar mamat K tu sebagai K Tasik 😂😂😂

p/s : K Tasik tu pun budak pra dip jugak gais ehe. Tirah dan si Tasik tu kenal time diorang cari kelas hari sabtu, sehari sebelum kami semua balik hari ahad tu. Kan Tirah tak balik rumah waktu ni 👀 wow Tirah awal-awal dah ketemu jodoh eh HAHAHAHA joke joke


Rasa nak masuk dalam gambar ni dan tumbuk diri sendiri. Tak habis-habis gelak!!!

Lepastu dalam pukul 6.50 petang, kami jalan dekat area bangunan QS(Quantity Survey). Nampak macam nak hujan. Nasib sepanjang jalan tu ada bumbung. Kami ni dah macam buat game treasure hunt duh, dah la sepanjang jalan tu ada hutan kat tepi. Waktu tu dah nak maghrib. Wow baru first day jadi mahasiswi dah merayau kat uni sampai ke tempat ceruk 😂 Jalan punya jalan akhirnya dah sampai ke Pusat Islam. Waktu tu aku tengok ramai pulak yang berkumpul kat PI, ada aktiviti barangkali. Dalam otak tiba-tiba je teringat dekat OC Z. Menyempat lagi 😂 Manatau kan dalam ramai-ramai tu ada dia jugak kat situ. Mata aku dah macam scanner, duk perati dari satu sudut ke satu sudut. Bila aku pasang telinga, rupanya yang ramai-ramai berbaju putih dan seluar trek kat PI ni yang ada koko. Aduh mana maunya si Z tu ada sini, Z tu dah sem 4 degree in Architecture 😂

Pipah ajak masuk dalam, maka kami semua pun ikut. Tuptup waktu tu dah azan maghrib, alang-alang solat kat PI terus senang 😂

Lama kelamaan aku rasa seronok dengan suasana baru kat SI. Hilang sikit rasa homesick aku bila ada kawan-kawan macam depa ni. Paling penting, rasa murung aku sikit demi sikit menurun. Aku dah tak fikir masalah, dan paling penting aku dah boleh move on daripada bestfriends zaman sekolah aku yang sampah belaka :)


Hari rabu kami pergi tasik lagi gais


------

Hari jumaat, penghulu segala hari. Jumaat ada satu subjek ja which is ACC030. Apakah yitu? Itu lah subjek killer kome oi 😂 accounting sobs. Awal-awal tak belajar lagi, cuma Dr. Shatari ada lah refresh sikit pasal accounting ni. Aku sebagai budak yang tak ada basic akaun hanya mampu tenung whiteboard tu dengan fikiran yang kosong sambil dengar si Tirah bebel kat sebelah. Oh ya, kami lebih prefer panggil Dr. Shatari sebab dia memang ada gelaran tu 😂 cumanya kadang tersasul panggil sir. Alah mana-mana pun boleh. Dr. Shatari ni dia tegas dalam kelembutan. Tegas dia tu tak nampak ketara. Cuma korang jangan buat hal dalam kelas dia macam datang kelas lambat ke, meniru ke, makan dalam kelas ke. Kalau makan keropok ke nuget ke di bolehkan lagi, tapi dah kalau kau bawak masuk nasi lemak sampai satu kelas bau dan tak boleh focus sebab terbau kesedapan nasi lemak tu apa jadahnya 😂 

Macam biasa, kami di lepaskan sejam awal. Maka ber horray lah aku dalam hati. Syaa ajak singgah dekat kiosk waffle kejap. Sementara Syaa pergi beli waffle favorite dia, aku, Nurin dan Tirah duduk dekat meja yang di sediakan dekat tepi kiosk. Dalam duk menahan kepanasan, tuptup Tirah cakap, "Mirah tu bukan OC Z hang ka?" Dengan pantasnya aku pun toleh ke arah bangunan Building Survey(Ukur Bangunan) yang berdekatan dengan kiosk waffle.

MEMANG BETUL DUH! SUMPAH AKU EXCITED TERUK 😂😂😂 aku nampak si Z tu tengah jalan masuk ke bangunan BS. Maigash macho siot HAHAHA *tampar diri sendiri* mana tak nya, lepas dari MDS aku agak sedih sebab lepasni dah tak dapat jumpa dia sobs. Lagi-lagi dalam 4 hari ni memang tak nampak langsung kelibat dia. Dalam UiTM ni ada 8 ribu orang kot mana nak nampak dia selalu kan. Me iz sad. Tapi tak sangka harini dia muncul. Yang nampak si Tirah pulak tu 😂 power betui mata Atirah ni. Maka aku pun senyum-senyum sampai balik kolej. Lagi-lagi bila Nurin dengan Tirah usik, "memang jodoh kot hangpa ni" memang berbunga teruk lah aku LOL typical me 😂👊


Tempat pertemuan di hari Jumaat ekekeke

Oh yes, depa dah tahu pasal OC Z tu ahahaha. Depa boleh tahu sebab ofcos lah aku bagitau 😂 entah macamana aku boleh tercerita kat depa, tapi aku cakap kat depa aku tak berharap pun. Z tu takkan kenal aku. Lagi-lagi lepas dari MDS ni, semua dah bawak haluan masing-masing. Even aku pernah berdoa semoga di rapatkan aku dengan Z sepanjang aku dekat SI ni, but it seems impossible.

Tanpa aku sedar, Tuhan dengar doa aku.

------

Jumaat tu sangat lah heaven bagi aku, sebab apa? Sebab aku akan balik Taiping lagi! Kalini Tirah pun akan balik jugak, tapi dia tumpang kawan mak dia. Aku balik dengan Nurin dan Afifah. Haaa dari sini lah aku makin rapat dengan depa berdua, especially dengan si Pipah.

Okay bagi aku ni adalah the best part yang aku patut ceritakan 😂 jap bagi aku betulkan pinggang kahkahkah.

Dalam pukul 12.30 tengahari, kami bertiga bawak beg masing-masing dari kolej sampai ke bus stop depan tasik. Jalan kaki bruh 😂 jauh nakmatiy gais. Sepanjang jalan tu macam biasalah, gelak-gelak tu mesti akan ada. Dengar bunyi beg roda aku pun boleh buat kami terhibur hmm parah betui. Waktu nak lintas jalan besar nak pergi ke bus stop tu, aku jadi ketaq. Kereta banyak gila waktu tu. Dah lah beg aku berat. Nak tarik lagi memang tak lah kang tercabut roda mampus aku nak pergi kutip satu-satu kain baju aku yang berselerak HAHAHAH. End up Pipah pegang tangan aku dan bimbing aku 😂 gayanya macam nak bimbing kejalan yang benar ja wkwkwkwk. Sesampai nya kami di busstop, kami duk tunggu jela bas Perak Transit MyBus datang even tak pasti pukul berapa. Memang aku ikut ja Pipah dan Nurin ni sebab aku kena turun Ipoh Amanjaya dulu baru ke Taiping. Kiranya depa ni la petunjuk arah aku. So aku bergantung 100 percent dekat depa.

Bila ada lori atau bas lalu, pemandu tu mesti pandang kat busstop yang kami duduk ni. Lepastu Pipah pergi tenung balik dekat pemandu-pemandu tu 😂 ekor mata tu tenung ja dari awal lori tu lalu sampai la lori tu hilang dari pandangan. Ada sorang pemandu lori ni sampai pandang pelik kat Pipah sebab tenung dia mendalam betul 😂 Aku dengan Nurin dah tak larat nak gelak dekat busstop tu 😂 Dari sini aku dapat agak yang Pipah ni memang kepala gila sama macam aku.

Tak lama lepastu, ada bas Perak Transit Mybus berhenti kat busstop. Kami bertiga terus meluru ke arah bas. Naik ja dalam bas tu, bapak sardin gila! Ada 2 tempat duduk ja yang kosong. Pipah pelawa Nurin dengan aku duduk, biar dia sorang ja berdiri. Seksa yall aku tengok dia 😂 Bila bas tu berjalan, memang terhuyung hayang di buatnya. Pipah terpaksa pegang tiang dalam bas tu untuk stabilkan diri. Aku dengan Nurin duk tahan gelak ja ni 😂 Pipah pulak tengah menahan gelak plus lenguh 😂 Manusia banyak yang naik dari yang turun. Itu yang buatkan keadaan lagi bertambah sardin. Tak lama lepastu, ada beberapa orang yang nak turun, maka ada la satu dua tempat yang kosong. Aku pun apa lagi, suruh lah si Pipah ni duduk. Pipah terpaksa jarakkan sikit diri dari budak sekolah lelaki yang duduk kat seat sebelah tu. Aku tengok budak tu sedap betul buat taik mata sambil peluk beg sekolah. Paling tak tahan time bas belok, budak tu hampir terlentok kat bahu Pipah 😂 Jenuh la kalau betul-betul terlentok nanti, memang la berlapik tapi takleh bayang duh betapa awkward dan segan nya nanti.

Dalam 40 minit duduk dalam bas, kematu bontot kami di buatnya. Sebaik saja turun dari bas Perak Transit Mybus, aku ingatkan dah betul-betul sampai Ipoh. Rupanya kena naik bas lagi 😢 Ini aku baru sampai Hentian Medan Kidd. Dalam 2-3 minit tunggu dan aku baru ja nak hirup udara segar dan melepaskan beban seketika, Pipah terus ajak naik bas yang tertulis "Medan Kidd - Terminal Amanjaya". Nasib bas tu terus sampai, takdalah nak kena tunggu lama.

Bas kalini dah tak sardin macam tadi 😂 Boleh la aku tegangkan urat-urat kaki semua. Bas awal-awal tadi sumpah sempit gila. Berlaga bontot waktu nak turun tu serius 😂 Dari Medan Kidd ke Terminal Amanjaya dalam 20 minit macamtu. Bila Pipah terangkan sikit-sikit pasal beza Medan Kidd dan Terminal Amanjaya baru aku faham. Tetiba rasa macam Ipoh ni luas gila 😂

Sesampainya kami di Terminal Amanjaya, aku rasa lega selega leganya bila dapat rasa aircond. Masuk ja dalam terminal, rasa heaven teruks. Aku follow je jejak si Pipah dengan Nurin ni. Diorang nak singgah Mydin jap makan-makan. Rupanya Mydin Meru depan Terminal Amanjaya je. Kami masih lagi gagah mengusung beg sebelum tiba di destinasi yang ingin di tuju.

Kami tumpang letak beg dekat tempat kerja kakak Nurin which is satu kiosk dekat tingkat satu. Lepastu Pipah teman aku pergi solat. Aku sebenarnya tengah mengejar masa sebab tiket aku pukul 6.30 petang tapi rilek luh baru pukul 4.30 petang. Lagipun tiket aku dekat ayah Pipah, dia suruh ayahnya beli kan siap-siap untuk aku.

After solat, Pipah ajak aku pergi beli ayam popcorn. Dia punya la bercerita pasal kesedapan ayam popcorn Mydin sampai aku terpengaruh sekali 😂 Aku pun on jelah memandangkan aku agak lapar. Lepastu dia teman aku pergi beli Coolblog pulak. Well, aku memang pencinta Coolblog sejak azali. Cumanya aku dah lama tak minum sebab aku dah tekad taknak minum air manis tapi apakan daya, sekali sekala minum takpa kot bukan selalu. Dah lama kot aku tak pekena 💁

Pastu Pipah ajak lepak dekat kedai mamak (aku lupa apa nama kedai tu but of course la dalam Mydin jugak ehe) sementara nak tunggu ayah dia bawakkan tiket untuk aku. Bau lauk-lauk kat situ menusuk hidung bhai, dah lah aku ni pencinta makanan mamak sobs. Tapi di sebabkan aku memang tak makan nasi langsung dari awal-awal diet sampai lah dah seminggu aku dekat SI, so aku still teruskan untuk tidak makan nasi.

Dalam duk lepak-lepak tu, tak sangka boleh berbicara soal hati dan perasaan 😂 Aku lupa macamana boleh terbukak soal-soal sebegini, tapi yang pasti benda ni bermula dari aku. Aku start cerita dulu pasal semua ex-ex crush aku kat si Pipah ni sambil berselang seli aku menyuap ayam popcorn dalam mulut. Memang antara niat aku datang SI, nak lupakan cerita lama aku dengan orang lama. From ex bestfriends to ex-ex crush. Aku nak bukak buku baru.

Banyak kali aku ulang dekat Pipah, "mungkin aku ni tak cantik kot sebabtu kena reject, kena ignore. Effort aku tak pernah langsung diorang pandang. Lelaki kan pandang rupa je.." But then Pipah start bukak cerita pasal dia dengan someone. Di beri nama AA (memang dia sebut AA tu till now😂 hanya Pipah sorang ja tahu siapakah gerangan AA tu, peh special bukan). Tapi apa yang boleh aku describe pasal AA ialah seorang lelaki yang berjaya menghilangkan sifat anti lelaki dalam diri seorang gadis bernama Nur Afifah binti Zamri 😂 Wow the power of love, but it's not obvious sebab Pipah ni bukan jenis suka bercerita soal hati dan perasaan ni 24/7. Senang cerita dia tak gedik ah, anti lelaki kan macam aku dulu hakhak. Bila Pipah cerita pasal dia dengan AA baru aku sedar, rasa suka dan cinta ni tak kenal rupa. If it's meant to be, it will be :)

Mungkin selamani, aku jatuh suka pada orang yang salah. Pernah dengar ayat ni?

"Demi menyelamatkan kamu dari orang yang salah, Tuhan mematahkan hati mu."

Sedih kan. Tapi itu lah kenyataannya :) Dah nama pun crush, jarang ah crush nak suka kita balik.

Dalam duk sembang tu, kami jadi semakin rapat, dan buat aku semakin senang dengan Pipah. Pasal OC Z pun Pipah dah tahu.

Before nak patah balik ke Terminal Amanjaya, Dee(senior KPM SI) call aku pulak, dia mintak tolong aku belikan Coolblog peppermint chip dekat dia. Aku macam eh? Rupanya dia pun ada dekat terminal tu jugak😂 Nak balik Taiping jugak lah tu. Dah la naik bas sama dengan aku, which is Perak Transit. Tapi tiket dia pukul 5.30 petang. Ahh sudah terpaksa aku berlari pergi naik tingkat atas belikan peppermint chip untuk dia heh. Marathon bhai aku tengah-tengah mall tu.

Lepastu aku terus ajak Pipah pergi terminal terus. Takut tak sempat nak pass kan Coolblog ni dekat si Dee, kang aku yang sedut sampai habis 😋😂 Crowded gila nak mampus, nasib baik terjumpa jugak si Dee ni akhirnya even dia ketot (ampun Dee HAHAHAH). Lagi 5 minit dia nak naik bas fuh. Lepas aku pass peppermint chip dia dan salam-salam terus dia chaw pergi kejar bas. Dan aku masih lagi menunggu lagi satu jam.

Pukul 6, ayah Pipah datang ambik Pipah naik motor. Malangnya ayah dia tertinggal tiket aku 😂 Lepastu sanggup bhai patah balik ambik tiket, nasib rumah agak dekat. Syukur sempat bagi tiket, kalau tak nangis aku kena tinggal bas, dah lah first time ni naik sorang-sorang haih forever alone betul 😂 Dalam 15 minit ayah Pipah muncul kembali bawak tiket aku. Lepas dah setel salam Pipah semua, aku di tinggalkan keseorangan sobs. Dia lambai aku dari jauh ja :') Oh before that sempat lagi Pipah buat video aku di tinggalkan dan post kat status whatsapp 😂 Dah macam si mak melepaskan anak nya pergi belajar jauh ehe.

Masuk dalam bas, aku baru rasa lega. Lega dapat letak badan dan sandar dekat kerusi empuk. Aku duduk sorang ja ehe bagus lah pun, segan la kalau ada stranger kat sebelah. Bas gerak dalam pukul 6.45 petang sebab terminal agak sesak, sebab selalunya Perak Transit always on time. Pakcik driver tu bukak lagu-lagu retro bhai. Di sebab kan aku jenis tak layan sangat lagu-lagu 80 an 90 an, aku cucuk earphone kat telinga dan layan lagu-lagu favorite aku.

Dalam pukul 8 baru sampai Taiping. Time ni aku gelabah teruk duh. Sebab aku ingatkan pakcik tu berhenti kat Simpang. Lepastu tiba-tiba ramai pulak yang turun dekat tempat-tempat yang buat aku rasa macam 'eh bukan ke patutnya sampai terus ke stesen bas?' Yelah apa ke siotnya ramai orang turun dekat busstop Hospital Taiping. Sumpah aku lost teruk 😓 Time ni aku dah tak senang duduk. And then, ada puak cina ni nak turun jugak so tiba-tiba ja bas stop dekat depan Bangunan Majlis Perbandaran Taiping(MPT). Time depa bangun nak turun bas, aku pun join follow belakang depa sekali HAHAHAH kelakar siot 😂 Aku terpaksa follow cina-cina ni sebab aku dah lost, taktahu mana hala tuju aku. Kang kalau driver bas ni hantar sampai ke Kamunting Raya naya aku. Dah la orang dalam bas ni pun makin berkurang.

Baru je kaki nak melangkah keluar dari bas, hujan tiba-tiba turun rintik-rintik. Basah le aku nak ambik masa lintas ke seberang jalan yang ada bumbung tu. Dah macam pelarian dah aku ni haaa 😂 Pastu aku call paktam suruh ambik aku dekat bus stop depan MPT ni. Cina-cina sekalian tu dah menghilang entah kemana, tinggal aku dengan seorang lelaki je dekat bus stop ni. Takut takyah cerita ah, scary siot tinggal berdua je dengan lelaki tak kenal. Dalam 20 minit kemudian baru paktam aku datang. Paktam cakap aku nampak pucat 😐 Mana taknya, dari tengahari tadi naik turun bas sampai ke malam baru sampai Taiping. Boleh kurus macamni punya gaya 😂

But at least aku ada pengalaman baru. Begini rasanya jadi dewasa.

------


No comments:

Post a Comment