Thursday, 6 November 2014

Kisah Kucing Kesayangan Rasulullah S.A.W

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh ^_^

Siapa pencinta kucing? Sayang kucing? Alhamdulillah, saya pun suka kucing jugak. Bermula dari usia kecil lagi diri ini dah biasa dengan kucing. Lebih-lebih lagi kucing ni haiwan kesayangan Rasulullah. Moh kita baca kisah kucing kesayangan Rasulullah di bawah ni.(Teringat kucing dekat sekolah, nama dia Muezza jugak hehehe)
Kisah Muezza (Kucing Rasulullah SAW.)


BISMILLAHIR RAHMAANIR RAHIIM
Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza.


Suatu saat, dikala Nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu, Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.
Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk sujud kepada majikannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan mungil kucing itu sebanyak 3 kali.


Dalam aktiviti lain, setiap kali Nabi menerima tamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan di taruh di pahanya. Salah satu sifat Mueeza yang Nabi sukai ialah ia selalu mengeong ketika mendengar adzan, dan seolah- olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.
Kepada para sahabatnya, Nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, layaknya menyanyangi keluarga sendiri.


Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan lucu ini sangatlah serius, dalam sebuah hadist shahih Al Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi Muhammad SAW pun menjelaskan bahwa hukuman bagi wanita ini adalah siksa neraka.


Dari Ibnu Umar ra bahwa rasulullah saw bersabda,”Seorang wanita dimasukkan kedalam neraka kerana seekor kucing yang dia ikat dan tidak diberikan makan bahkan tidak diperkenankan makan binatang-binatang kecil yang ada dilantai.” (HR. Bukhori)


Nabi menekankan di beberapa hadis bahwa "kucing itu tidak najis". Bahkan diperbolehkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci. Kenapa Rasulullah Saw mengatakan bahwa kucing suci, tidak najis?


Lalu, bagaimana Nabi mengetahui kalau pada badan kucing tidak terdapat najis?
Faktanya adalah ; Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak telur bakteri. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.


Permukaan lidah kucing tertutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok mengerucut seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setetes pun cairan yang jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar bisa membuang bulu- bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya. Dan hasil penelitian kedokteran dan percobaan yang telah di lakukan di laboratorium haiwan, ditemukan bahwa badan kucing bersih secara keseluruhan. Ia lebih bersih dari manusia.


Sisa Makanan Kucing Hukumnya Suci. Hadis Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahwa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu. Pada saat itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.” Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu heran?” Ia menjawab, “Ya.” Lalu, Abu Qatadah berkata bahwa Nabi SAW prnh bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),” (HR At-Tirmidzi, An- Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).


Diriwayatkan dan Ali bin Al- Hasan, dan Anas yang menceritakan bahwa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis.”
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahwa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur.


Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang shalat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan shalat, ia lupa ada bubur.
Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya.
Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing. (HR AlBaihaqi, Abd Al- Razzaq, dan Al-Daruquthni). Hadis ini diriwayatkari Malik, Ahmad, dan imam hadis yang lain.
Oleh kerana itu, kucing adalah binatang, yang badan, keringat, bekas dari sisa makanannya suci.


Wallahualam bissawab.Semoga bermanfa'at :)


Mengatur Langkah

Akhirnya. Freedom yo! Dah tak ada exam, cuma tinggal nak settle kan PBS je. Alah sikit aje PBS tu. Alhamdulillah boleh selalu jenguk blog ^^

Rindu nak menaip dekat blog. Rindu nak edit tu edit ni dekat blog(walaupun selalu tak menjadi hehe). Selalunya tak ada masa nak online dekat perpustakaan sekolah. Oh ya! Lupa nak bagitahu satu rahsia. Tapi memandangkan dah tulis dekat blog, so ia dah tak menjadi rahsia. Erm tak apa lah hehe. Sharing is ukhwah bak kata ku hehe.

Sebenarnya selalu online dekat perpustakaan sekolah bersebab ok bersebab. Dekat rumah ada WIFI. Namun akibat kelalaian sendiri yang boleh mengundang maut, WIFI hampir meletup dan saya hampir hangus(ok yang ni saja buat gempak padahal hidup lagi alhamdulillah xD) sebab tangan gatal nak online time hujan lebat. Kilat sambar WIFI kesayangan uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa(kesedihan tahap maksimum)

Kejadian ni berlaku time saya UPSR, darjah 6. Yelah kan dah freedom, dah dapat result so online lah kerjanya sementara nak naik ke sekolah menengah. Yang dikatakan hampir mengundang maut tu sebab tangan gatal pi pegang WIFI. Dan dipendekkan cerita tokwan tak nak tukar WIFI baru sebab nanti makin rakus mengonline je khoje sampai pelajaran terabai --'

OK. Tutup cerita WIFI. Sekarang tumpu dekat tajuk nya. Assif tadi buat iklan pasal WIFI xD

                                                        **********

Aturan langkah setelah hijrah sangat payah. Sungguh. Dengan nak hadapi kritikan manusia. Yelah kan, manusia kalau tak judge orang tak sah. Kalau buat benda baik pun nampak salah, apatah lagi kalau buat salah. Faham kan?

                                             
                                                   Aku mudah goyah.
                                                 Aku mudah mengalah.
                                                            Allahu.

Nak berjuang ke jalan Allah memang memerlukan jiwa yang kental, iman yang sado. Jangan peduli. Teruskan istiqomah wahai diri.

Mereka bukan maksum. Begitu juga aku. Sifat maksum hanya ada pada Rasulullah S.A.W, sempurna luar dan dalam.

Aku siapa? Manusia, yang kadangkala leka dengan curahan duniawi.


Pekak kan telinga. Bila orang dah letih diorang akan berhenti judge, don't worry. Anjing bila dah lama menyalak dia akan berhenti jugak ^^ 

Biar nampak salah di mata manusia hatta seluruh dunia sekalipun, asalkan Allah redha dengan setiap aturan langkah kita. Stay strong dear self. Harus Qowiy :')

Qowiy Lillahi Taala...
Moga Allah redha



Tuesday, 21 October 2014

Hijrah Itu Indah

Aku mencari kekuatan, untuk mengharungi semua tusukan kata-kata pedas manusia, demi bermujahadah kerana Allah. Aku tak peduli apa depa kata, sebab depa bukan Tuhan! Aku buat semata-mata keranaNya. Dah lama tertanam dalam hati kecil aku. Ingin merasai NIKMAT menjadi muslimah sejati, menjadi hamba yang taat padaNya. Terdetik di hati. Dan siapa sangka...

Jalan yang aku pilih ini, memberi nikmat yang tiada taranya. Bahagia. Terasa serba indah. Memang benar.

                                                      HIJRAH ITU INDAH!


Allah, syukran kerana memberi kesempatan untuk aku perbetulkan semua ini. Bertudung labuh memang selesa. Rasa selamat. Terasa selalu didampingiNya. Allahu :')


"Sejak bila hang pandai pakai pelapik dagu, handsocks, tudung labuh pastu tutup cun-cun ni?"


Sejak aku tau malaikat maut mai jenguk aku 70 kali sehari. :'))

Moga Allah redha.



Thursday, 19 June 2014

Azam Pertengahan Tahun

Yeah! Aja-aja fighting! Semangat! Hehe assalamualaikum semua. Sesungguhnya rasa kelakar pulak bila buat azam untuk pertengahan tahun. Selalu nya orang azam awal tahun, start tahun baru. Hmm rasanya tak salah nak berazam bila-bila masa pun.

"Apakah azam pertengahan tahun Wan Nur Amirah??"

Banyak giler azam pertengahan tahun ni! First, nak buat yang terbaik untuk peperiksaan penggal kedua bulan Ogos ni. Kalau boleh nak kasi straight A's! Tapi boleh ke? haihh... pelan-pelan kayuh. Takpe, berusaha!(pujuk diri sendiri). Serius cakap result mid-year examination ni teruk sangat. Sangat-sangat teruk. Tersangatlah teruk. Gila-gila teruk. Terlebih teruk. Okee banyaknya TERUK -_- Arghh tension! Walaupun orang sekeliling kata result saya tak seteruk mana, ok-ko centu la, tapi bagi saya teruk. T to the E to the R to the U to the K equals to TERUK. Huwaa... nak nangis :(

Takpe wahai diri dan sahabat-sahabat yang jatuh di medan peperiksaan, sila bangun dan berdiri elok-elok, kasi stabil dan jangan goyah. Bila dah stabil, kita bukak langkah perlahan-lahan, dengan tekad dan semangat yang masih berbaki turut serta senyuman terukir di bibir. Lepas tu, bila dah mula berjalan lama kita sama-sama mula berlari kencang. Yeah! Teruskan berlari. Jangan berhenti berlari. Abaikan apa orang sekeliling cakap. Lari dan lari lah! Sampai kita semua nampak satu bukit. Bukit itu sarat dengan liku-liku dugaan dan untuk part ini semua orang sila kuatkan hati,kumpul kan tenaga sebab nak daki bukit. Jyeahh!! Daki, daki dan terus mendaki. Aku tahu kita semua penat mendaki, sampai ada yang menangis, putus asa! Wahai semua, bangkit lah! Memang dunia ni penuh dengan cabaran. Jangan risau semua, Allah ada untuk kita semua. Mari, jangan nangis, jangan jatuh balik. Terus kan mendaki. Heyy people! Kita dah nak sampai ke puncak! Puncak kegemilangan! Puncak kecemerlangan! Kita dah berjaya! Setelah tabah menghadapi macam-macam dugaan, akhirnya kita di puncak! Aip aip! Jangan gembira sangat dengan kejayaan. Bila-bila masa kita boleh jatuh balik. Jadi, kau stabil kan keadaan kau dari setiap sudut, dari segala segi. Kasi mantap segala-galanya, kasi sama di dunia dan akhirat, in shaa Allah kau berjaya selama-lamanya dan takkan jatuh! :D

Stay strong semua. Nak berjaya bukan mudah ya. Jangan mudah putus asa, Allahkan ada. Berusaha dan berdoalah.


Dan.. tetapkan matlamat dalam hati. Kau pergi sekolah tujuannya apa, kau nak capai apa, kau nak gapai apa. Dugaan sentiasa datang dan kena tabah hadapinya. Seimbangkan matlamat di dunia dan akhirat, in shaa Allah berjaya. Kau boleh! Aku boleh! Kami boleh! Kita boleh! Study smart yeahh!!! :D







Dear myself. Stay and keep strong. Allah always with me. In shaa Allah kejayaan dalam genggaman. Ya aku akan berusaha. Kejar kejayaan. Biar letih asalkan dapat. Doakan saya untuk exam penggal kedua bulan Ogos ni dan exam akhir tahun bulan Oktober ni! Saya pun doakan anda-anda semua jugak :)
Semoga Allah merahmati anda semua.