Thursday, 21 March 2019

So Far So Good #2

Hampir 2 minggu aku jadi warga UiTM SI yang sah. Aku rasa makin seronok dengan suasana dekat sini tapi ada beberapa benda yang bikin spoil sikit πŸ˜‚

Benda yang spoil tu ialah aku still tak cakap lagi dengan roommates aku πŸ˜… Aku taktahu lah kenapa benda ni terjadi. Tapi seriously aku takleh ngam dengan roommates aku, dengan Wawa je boleh tapi still awkward sikit. Mana taknya, aku ni pantang lepa ja pergi naik bilik Tirah. Aku jarang nak melekat dekat bilik. Memang aku selalu hilang dari radar 😌 Tapiiii bukan sebab aku sombong ke apa, aku cuma tak reti nak start conversation dulu. Aku segan. Kalau aku yang start dulu, nampak awkward nakmatiy. So memang orang lain kena start dulu πŸ˜• macam Tirah and the gang pun sama, depa yang start tegur dulu and the way depa approach aku pun buatkan aku selesa. See? Susahkan manusia jenis introvert ni. Tapi once orang rapat dengan aku, mulut aku susah nak tutup tau HAHAHA potpetpotpet ja memanjang, perangai gila aku pun terkeluar sekali.

Aku fikir mungkin benda ni take time. Lagipun tak tahu perangai jebon masing-masing lagi. So aku just chill, hm sekadar chill jelah mampu. Nak mulakan step tu idok le teman. Aku ada trust issue and agak fobia nak kenal orang baru sebabtu aku dah tak ramah macam dulu. Nak ukir senyuman pun susah. Aku tau gelak ja. Ya itulah aku. Orang yang tak kenal aku akan nampak aku ni macam sombong atau pendiam.

Aku selalu jadi orang terakhir masuk bilik dan kunci pintu.  Aku jarang sekali lepak kat bilik sendiri. Jujur lah aku rindu waktu MDS, sebab time MDS aku ada lah jugak cakap-cakap dengan depa πŸ˜•

Aku harap before habis MDAB aku boleh ngam dengan roommates aku. Even tak serapat macam aku dengan Tirah and the gang but at least ada la memori antara kami berempat; Wawa, Syakirah, Nad, aku :)

Waktu nak pergi kelas, aku orang first dalam bilik tu yang bangun. Bila aku bangun automatik Wawa yang dekat atas pun bangun πŸ˜‚ Aku bangun agak awal, pukul 5.50 pagi. Solat dulu, baru mandi. Kadang terbalik rutin aku. Aku ajar diri bangun awal dari orang lain sebab nak biasakan diri, dan sebab taknak berebut bilik air. Bilik air aras bawah hanya ada 3 je, aku dah la sejenis manusia yang tak suka menunggu. So di sebabkan aku nak elakkan dari menunggu tu, aku mandi awal-awal. Serius aku mandi pukul 6 bukan ada sapa lagi, rasa nyaman ja (rasa seram takda lagi sebab aku bukan jenis penakut 😌). Aku selalu gosok baju kurung dan tudung awal pagi so tu antara faktor kenapa aku selalu bangun awal. Kenapa aku tak gosok malam tu? Sebab, aku selalu balik bilik dalam pukul 11 macamtu, and roommates aku dah tutup lampu. Jadi aku rasa bersalah kalau nak bukak lampu so decide untuk gosok pada esok pagi ja em. Kadang aku terjaga sendiri pukul 5.30 pagi, so aku bangun dan breakfast awal. Breakfast pun aku makan biskut ja dan jugak air kosong. Sekadar lapik perut. Nak selongkar makanan pepagi dalam almari pukul 5 lebih tu pun aku guna torchlight πŸ˜‚ Takut menganggu kalau aku bukak lampu bilik. Ya even aku tak sembang apapun dengan depa, but still aku ada common sense ehe.

Semenjak aku duduk SI, aku memang kerap-kerap lapar. Tapi normal lah tu kan sebab study, letih pergi balik kelas mesti nak energy kan. Kalau nak study takleh lapar kan nanti tak focus πŸ˜‚ Aku dah langgar pantang siak. Kan dulu before masuk SI aku tak makan nasi, sekarang ni aku terpaksa ambik nasi waktu tengahari. Tirah selalu tanya aku, "Mirah tak ambik nasi ka?" Syaa pun sama, "Laa Mirah engko tak makan nasi ke?" Aduh i kenod la dengan pertanyaan sebegini rupa πŸ˜‚ Maka akhirnya aku ambik la jugak nasi seciput beserta lauk yang agak BERMINYAK... terpaksa weh πŸ˜– Takda pilihan dekat situ dah, memang kebanyakkannya lauk di goreng atau di buat kuah yang berminyak tu. And of course lah aku ambik sayur, sayur aku ambik paling banyak.

Pada awalnya, aku makan nasi secara berselang. Contohnya, hari isnin makan nasi, selasa tak makan nasi tapi ratah lauk je. Rabu makan nasi, khamis tak makan nasi dan begitu lah seterusnya. Kadang waktu aku letak lauk ayam goreng seketul dengan sayur taugeh yang melimpah, mesti makcik uptown tu pandang aku pelik πŸ˜•πŸ˜‚ pernah dia tanya, "tak ambik nasi ke?" Aku sekadar tayang gigi ja dekat makcik tu.

Aku selalu makan dekat bilik Tirah. Sebab lepas balik kelas kan terus singgah uptown beli makanan, so terus naik bilik Atirah makan sekali dengan depa. Maka di dalam bilik Tirah ada 5 penghuni πŸ˜‚ Lepas makan tu aku jadi malas nak turun bilik aku so aku tidur kejap kat bilik diorang sementara nak tunggu kelas petang. Solat dan bersiap pun kat bilik depa. So macamana la aku nak rapat dengan roommates kalau gini gayanya πŸ˜‘

Study aku pulak macamana? So far okay lah. Cuma time ELC aku rasa seram sejuk ja di sebabkan lecturer aku garunk πŸ˜… Dan tiapkali ELC mesti sir lepaskan kami lambat. Memang frust lah cerita dia hahah. How about maths? Ahh jujur aku cakap, aku lost... Tapi aku buat-buat faham. Tapi paling best sir selalu lepas awal, I mean awal macam 20 minit sebelum habis waktu sebenar. Management? So far sangat okay sebab kelas selalu takda πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ sebab Puan Nisak busy dengan students dia kat Tapah dan jugak busy siapkan thesis untuk phD. Accounting? So far masih okay sebab sekadar tulis-tulis nota je dulu. Kira-kira takda lagi.

Classmates pulak macamana? Okay lah setakat ni, masih tiada lagi lelaki-lelaki gatal dalam kelas. Memang budak-budak lelaki kelas aku agak behave, nampak baik ja. Budak-budak perempuan pun setakat ni okay ja, tak gedik. Cuma kelas aku ni senyap gila, lelaki perempuan tak sembang langsung. Aku rasa macam duduk dekat kubur bukan duduk dalam kelas yang ber aircond πŸ˜‚ Dalam group whatsapp kelas pun dah tak kecoh macam mula-mula masuk dulu. Paling sakai, si Syafiq Hazril gelar aku suara dinasour πŸ˜’ si Fathihaah pulak kena ejek suara itik. Sakai betul lah πŸ‘ŠπŸ˜‚ Menyesal pulak pergi voice awal-awal dalam group haritu.

------

13 September 2018 - Khamis

Balik dari kelas maths petang tu, Syaa terus balik bilik di temani Nurin. Aku dengan Tirah je singgah uptown beli makanan. Dia rasa nak demam katanya. Malamtu memang nampak Syaa macam tak larat je. Paling parah dia muntah-muntah dan cirit birit. Kami terkejut la jugak kenapa tetiba je jadi macamtu. Aku ni mula lah terbayang benda-benda mistik, yelah kat tempat orang kan dah la before aku datang SI, aku ada baca kisah-kisah seram yang berlaku dalam UiTM SI πŸ˜‚ Manatau kan anti bodi Syaa tak kuat, kena sampuk ke apa aduh apa otak aku ni πŸ˜‚

Keesokkan hari nya, Syaa tak dapat attend kelas accounting. Aku pergi kelas dengan Nurin dan Tirah ja. Rasa tak complete pulak hari jumaat aku takde Syaa, sebab selalunya duk dengar mulut riuh si Syaa ni duk potpetpotpet dengan si Nurin. Kami selalu jalan bersama empat orang.

Masuk je dalam kelas aku bagitau siap-siap dekat Izni yang Syaa tak datang sebab sakit. Izni cakap Syaa kena ada surat doktor untuk mengesahkan dia tak dapat datang sebab sakit, lepastu nanti surat doktor tu snap masuk dalam group whatsapp accounting ataupun boleh send secara private dekat Dr. Shatari. Aku pun angguk jelah.

Habis kelas accounting, kami bertiga bawak Syaa pergi Unit Kesihatan (UK) jalan kaki sama-sama tapi Syaa di payung kan oleh Pipah, takut pengsan nanti. Syida tak ikut, tak balik kelas lagi rasanya.  Aku dengan Syaa masuk dalam nak teman Syaa register nama bagai, Tirah dengan Pipah hanya menunggu di luar. Lepastu pergi jumpa doktor pun aku masuk sekali. Lepas doktor dah check bagai, Syaa mintak surat doktor sebab dia tak pergi kelas akaun harini. Doktor tu cakap tak boleh bagi sebab dah habis kelas. Aku dengan Syaa be like, "...." πŸ‘ŠπŸ‘Š Pastu aku teman Syaa ambik ubat dekat kaunter UK.

Bila keluar Pipah tanya dapat tak surat MC dari doktor? Kami berdua hanya mampu mengeluh ja πŸ˜‚ Dah lah doktor agak kerek semacam ja even handsome. Dapat timeslip je mampu.

Petang tu ada program untuk budak pra diploma. Kami suruh Syaa rehat je kat bilik tapi dia nak pergi jugak, takut Puan Zarina marah katanya. Yes awal-awal memang budak-budak pra diploma agak takut dengan Puan Zarina termasuk lah aku πŸ˜‚

Dewan Kuliah Utama Bangunan Ukur Bahan (Quantity Survey)

Waktu program tu kami kena basuh teruk dengan Puan Zarina 😒😩 Dia punya tahap basuhan tu memang bikin meremang bulu roma do. Bukan takat tu je, kena basuh lagi sekali dengan Puan Nisak 😫 sekali Puan Nisak jerit memang senyap sunyi satu dewan. Aku still ingat kenapa Puan Nisak jerit dan sebak marah kitorang :') sebab kami ni bodoh pi mengiyakan apa yang Puan Nisak perli. Padahal Puan Nisak cakap macamtu sebab nak uji kami semua. Lepastu terus Puan Nisak nak angin. Kami mengiyakan tu umpama kami ni mengaku yang kami memang tak pandai, sebabtu masuk pra diploma. Puan Nisak tegaskan yang kami semua ada peluang yang cerah macam orang lain. Kami semua ada potensi, kalau tak potensi macamana boleh terpilih masuk pra diploma? Memang dah macam tanah perkuburan dalam dewan tu waktu Puan Nisak pegang mic. Lepas Puan Nisak marah bagai nak rak, tiba-tiba Puan Nisak sebak. Ahh aku tak boleh ah, rasa berdosa. Kini aku baru faham satu statement kat twitter ni, perempuan bila marah marah pastu sebak, rasa nak nangis sebab rasa bersalah lah tu πŸ˜ŸπŸ˜… Aku faham the lecturers didn't mean to scold us, tapi terpaksa, sebab nak kami bangkit. 3 jam duduk dalam dewan Quantity Survey(QS), 3 jam jugak la kami semua menahan debaran di jantung.

Waktu ni Puan Zarina tengah explain pasal aliran kami untuk masuk diploma nanti

Selesai program, Puan Seri suruh kami tunggu kejap untuk check nombor akaun bank Islam. Time tengah menunggu turn, tiba-tiba sorang mamat ni lalu dekat sekelompok kami satu geng (Pipah, Syaa, Tirah, Syida, aku, Nurin). Nurin duk usik-usik si mamat ni dengan Pipah so aku tak ambik port lah, aku jadi tukang perati je. Lepastu tiba-tiba mamat tu pandang aku dan cakap, "eh Mira.. hihihi." tetiba je dia gelak apakehe ni πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Dan dari mana sia dia kenal aku? Aku pun gelak sekali masalah nya πŸ˜‚ Pastu aku tanya Pipah siapakah mamat itu? Dari segi pakaian nampak kemas, dan agak lembut. Bukan pondan la cuma macam lembut-lembut sopan santun gitu. Gelak pun gelak kecik je, lain betul dengan aku gelak besar πŸ˜‚

Rupanya baru aku tahu, namanya Farhan, kawan sekolah Pipah. Aku macam lahai, ramai beno team Pipah dekat sini. Paling padu Nurin, Paan dan Pipah pengawas sekolah dan satu team pengawas! Paling daebak, Pipah sendiri ialah bekas ketua pengawas SMK Aminuddin Baki, Chemor. Time aku baru tahu ni aku terkezut beruk bhai πŸ˜‚ aku rasa macam wow ketua pelajar ni, tabik hormat lah apa lagi πŸ˜† Patut lah nampak Pipah ni ada ciri-ciri kepimpinan, level confident tinggi, cara bercakap pun macam ada aura, rupanya bekas pemimpin dulu ah sis insekiyo teruks :')

Paan kenal aku sebab Pipah selalu buat whatsapp story pasal aku, rakam aku waktu tengah hodoh, tengah gelak macam setan semua ada πŸ˜‚ cemana la aku tak jadi famous dekat SI HAHAHAH jk jk 

Petang lepas habis program kami pergi beli makanan siap-siap dekat uptown. Aku macam biasa, menempek dekat bilik Tirah 😌 Waktu kitorang makan sekali, Syaa tak join. Dia balik terus tidur kat atas katil. Bila pegang tangan dia, mak aih panas gila. Lepas makan dan tumpang solat, Pipah cadang nak bawak Syaa pergi Unit Kesihatan (UK) sebab takut makin teruk. Serius Pipah orang yang paling risau kalau kitorang sakit ke apa.

Aku macam biasalah, sarung tudung legend aku tu(yang tau ja tauπŸ˜‚). Tirah cepat ja siap-siap pakai tudung bawal macam biasa. Pipah dengan shawl kedut dia. Si Syaa kitorang suruh dia sarung je mana-mana tudung. Syida tak follow sebab dia pergi makan dekat luar UiTM dengan Ezzah. Lepas kitorang dah siap-siap aku call pakcik uber UiTM, tanya boleh ke bawak pergi UK? Even kitorang tak tahu UK bukak ke tak waktu tu. Nasib baik pakcik uber tu setuju even macam kelakar je pergi UK pun naik uber πŸ˜‚ Yelah dah malam kot lagipun memang Syaa betul-betul dah kritikal.

Malangnya waktu sampai dekat UK, UK tutup pulak πŸ˜’ Kami mana lah tahu UK tutup waktu malam, ingatkan UK macam klinik luar, yang bukak 24 jam atau bukak sampai malam. Kami kan budak baru kat sini uhuks. Terpaksa pakcik uber tu patah balik hantar kitorang ke kolej. Lawak siot, macam buat pusingan UiTM je malam-malam tu πŸ˜‚ Waktu di hantar tu, kami tanya nak bayar berapa? Pakcik tu cakap, "4 ringgit jelah.." We all be like... seriously? Takat pusing dari Blok Anggerik sampai ke UK berdekatan dengan Blok Teratai (blok lelaki) pun kena caj sampai RM4? Nak tak nak kami pun bayar jelah kat pakcik uber tu.

Turun je dari kereta, kami semua gelak bagai nak mati πŸ˜‚πŸ˜‚ kecuali si Syaa dia tak mampu nak gelak, orang tengah sakit kan 😝

Lepastu kami pun duduk kejap dekat kerusi batu area blok. Lepastu siapa entah yang bagi cadangan suruh pergi tanya RS. RS tu apa maksud dia pun aku dah lupa (maaf, aku dah tua). Yang cadangkan tu suruh pergi rumah RS terus, sebelah blok Anggerik 1 je. So aku dengan Pipah pun terus pergi rumah RS.

Tekan loceng kali pertama, tak ada yang menyahut. Kali kedua, baru dengar bising-bising dari dalam rumah.

Tiba-tiba ada seorang makcik ni slide cermin dan sua kepala ke luar sikit. "Ada apa?" 

Aku dengan Pipah saling berpandangan. Pipah try explain semua, aku hanya jadi pemerhati dan tukang angguk ja. Ha itu je function aku teman Pipah pergi rumah RS πŸ˜‚
Cara RS ni cakap pelik sikit, macam bukan orang sini. Dan muka dia macam orang cina pun ada. "Tunggu jap aku nak siap-siap. Bawak kawan tu tunggu dekat kereta saya, kita pergi klinik luar." Nampak macam pelik sikit kan, kejap aku kejap saya kejap bahasakan diri dia Kak Seri. Yep nama dia Seri jugak, bukan Puan Seri yang call aku untuk pra dip haritu tu πŸ˜‚

Waktu kami tengah cari mana satu kereta dia, tetiba kak Seri datang dari blok Anggerik dan pergi ke kereta Mecerdes lama warna hitam. Kami semua be like "woooow padu ah naik mecerdes" jakun betul lah πŸ˜‚ Waktu nak masuk dalam kereta tu pun semua yang lalu dekat kawasan parkir kolej duk usha-usha kami, mana lah kami tak bangga ehek. Kak Seri cakap, "maaf lah ye kereta buruk je ni." Buruk bukan sebarang buruk, berkilat lain maciam ni.

Aku duduk depan sebelah kak Seri. Tirah, Sya dengan Pipah duduk belakang. Seat depan ni macam luas gila sebab tempat sandar dia ke belakang sangat.

Tirah cuit aku dan bisik, "Mirah ke depan sikit kerusi hang ni.."

Baru je aku nak ke depankan kerusi, kak Seri cakap, "eh kerusi ni tak boleh ke depan dah, memang macamni."

Kitorang dalam kereta duk senyum senyum menahan gelak (tak termasuk si Syaa sebab dia tengah menahan sakit plus dia rasa nak muntah HAHAHAH). Makanya Tirah terpaksa duduk dalam keadaan sempit macamtu sobs, sorry Tirah 😒

Sepanjang perjalanan dalam kereta kak Seri duk bebel pasal UK, katanya dekat UK ubat tak elok lah tak berkesan lah. Dia siap cerita lagi pasal anak dia sekolah cina lah apa dekat Tronoh. Kitorang yang masih noob bab-bab persekitaran UiTM ni pun hanya tadah telinga dengar je bebelan kak Seri. Padu ah kak Seri ni, bawak kereta Mecerdes macam Fast and Furious sia, ataupun kalau korang nak dalam versi Malaysia mungkin boleh di kategorikan sebagai KL Drift πŸ˜‚ tiap kali dia kona menyenget je aku kat tepi ni haa wkwkwkwk. Aku rasa Tirah waktu tu dah bertambah sengsara.

Kak Seri bawak kitorang pergi klinik 1 Malaysia dulu. Aku, Pipah dengan Tirah turun. Pipah tanya boleh tak nak rawat dekat sini, lepastu bila pekerja tu tanya budak UiTM ke? Bila kitorang mengiyakan, dia cakap tak boleh la apa sebab ubat 1 Malaysia sama je dengan UK, sebab kitorang ada mention kitorang dah pergi UK tengahari tadi. So tak ada guna kalau mai klinik 1 Malaysia ni pun.

Lepastu, kak Seri terus drive pergi cari klinik swasta mana-mana area Seri Iskandar. Sepanjang tengah pusing-pusing mencari klinik lain, aku rasa macam best gila suasana malam dekat SI ni. Dah lah tak pernah outing malam-malam lagi(waktu ni la HAHAH kan still baru lagi, so tak naik tanduk lagi kome πŸ‘€).

Pusing punya pusing, akhirnya ada jugak satu klinik ni. Klinik Redza namanya if I'm not mistaken. Klinik ni dekat dengan Mc D dan sederet dengan Pizza Hut. Time ni kami semua turun, kecuali kak Seri. "Aku tunggu dalam kereta je tau." Kitorang kesian jugak dekat kak Seri, sanggup cari klinik dengan tinggal suami dan anak-anak kat rumah camtu je 😒

Sebelum masuk kitorang tanya dulu Syaa ada berapa ringgit. Ternyata isinya habuk πŸ˜‚ Macam tak cukup je untuk bayar bil ubat-ubat tu nanti. At last aku ajak Tirah teman aku pergi cucuk duit dekat Bank Islam, guna duit aku dulu. Terpaksa pergi cucuk duit lain sebab dalam dompet tinggal berapa ringgit ja sobs. Bank Islam sederet jugak dengan Klinik Redza. Aku dengan Tirah terus jalan laju-laju pergi ke bank, sementara Pipah teman Syaa masuk dalam klinik.

Waktu dekat bank ni paling hanat untuk aku ceritakan gais πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ ok sabajap bagi aku betulkan pinggang balik *krek *krek *krek


Waktu masuk dalam bank dengan Tirah, still takda apa-apa yang berlaku. Suasana dalam bank tu aman ja dan tak ramai orang pun. Tiba-tiba masuk dua makhluk berhalkum ni. Sorang tu pakai singlet. Tapi aku tak kisah la dia pakai singlet ke pakai jubah ke apa tau. Waktu aku tengah beratur tu, dia tiba-tiba duduk belakang aku, jarak antara kitorang sangat rapat. Aku dapat rasa benda tu dan aku meremang nak mampus. Si Tirah pulak tetiba lari berdiri kat tepi, aku baru nak suruh dia jaga aku berdiri kat sebelah aku uhuks πŸ˜‘πŸ˜’ Takut weh haih. Aku pegang dompet aku kuat-kuat. And at that time pun kawan si mamat ni ada kat sebelah Tirah, and it's creepy too. Mamat yang kacau Tirah tu dah la pakai singlet, pastu duk "single ke single ke single ke" apa hanat πŸ˜‚ Aku tau mesti Tirah dah rimas dah tu. Cepat lah sikit turn aku nak cucuk duit T.T

Waktu tengah beratur tu, tiba-tiba mamat belakang aku tu nyanyi lagu Perfect - Ed Sheeran.

"I found a love.. for me...."
"Darling just dive right and follow my lead.."
"I found a girl... beautiful and sweet.."

Cara dia nyanyi tu macam orang hisap gam bodoh betul πŸ˜‚ kawan dia yang pakai singlet tu pun sama, macam orang tak betul. Memang kurus kering ah mamat dua ekor tu.

Sampai rangkap ketiga tu aku dah maju ke depan sebab orang depan dah blah. Maju lu sini πŸ˜‚ terketar-ketar aku nak tekan nombor pin haih siot. Time aku cucuk duit tu dia dah tak nyanyi, cuma memang badan dia rapat gila duh. Aku rasa kalau arwah tokwan aku bagi aku belajar taekwondo dulu memang dah separuh mampus mamat tu aku kerja kan, sekali dengan kawan dia pakai singlet tu sebab berani-berani kacau Tirah tanya single lagi ke tak huh. Of course la Tirah tak single! Tirah dah ada Haqiem Rusli ok.

Lepas duit not RM50 keluar dari mesin tu, aku terus masukkan dalam dompet dan cepat-cepat ajak Tirah keluar dari bank. Nasib woi mamat dua ekor tu tak follow belakang kalau tak memang aku dengan Tirah jerit macam orang sakai kat situ. Peduli apa, scary doh cara dua ekor tu. Dah lah malam-malam, kita pulak perempuan (even aku ni macam jantan sikit ehem).

Berpeluh siak waktu lari nak pergi klinik tu. Manatak nya, berpeluh ketakutan woi πŸ˜‚

Sesampainya kat klinik, Syaa masih lagi di rawat dalam bilik doktor. Sempat lagi kitorang buat video snapchat (kami tiga ketui pencinta Snapchat). Tak lama lepastu baru Syaa keluar. Tunggu pulak untuk ambik ubat. Waktu pergi tanya bil ubat-ubat tu semua...

"Semuanya RM60 dik."

Pap! Terus jatuh handphone samsung Pipah πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ nasib tak berderai even jatuh kat lantai. Aku bisik kat Pipah, yang aku cucuk RM50 je tadi. At last Pipah tambah RM10.

Masuk je dalam kereta, tiba-tiba kak Seri tanya, "eh nak singgah McD tak? Bagi kawan tu makan bubur Mc D la,di jamin sihat punya nanti."

Syaa terus menyampuk, "tadi pun doktor suruh makan bubur Mc D." Amboi sakit-sakit pun πŸ˜’

So kitorang pun pergi ke Mc D, dah kak Seri nak bawak jugak ekeke. Waktu kat Mc D, niat nak pergi beli bubur Mc D untuk Syaa je. Waktu kami 4 orang beratur tu, tetiba tak tahan nafsu pulak haih πŸ˜‚ Lastly aku, Pipah dengan Tirah decide nak beli burger paling murah, which is Mc Chicken. Jadi lah, janji tak terliur waktu tengok Syaa makan bubur nanti ehe. Waktu ni aku memang dah tak peduli kan diet aku dah.

Kitorang tanya kak Seri nak apa-apa tak? Kak Seri taknak, dia tolak. Maka kami beli untuk kami sahaja ohoho. Nak belanja kak Seri boleh, kena tongtong duit kami berempat dan kira duit syiling sekali lah πŸ˜‚ 

Waktu masuk kawasan uni, lagi-lagi waktu dalam kawasan blok Anggerik, semua pakat pandang woo jangan main-main HAHAHAH πŸ˜‚πŸ˜‚ rasa macam best gila duh waktu ni, even kejadian sebenarnya tengah bawak orang sakit. Waktu bawak keluar plastik McD lagi lah orang usha. Mesti orang ingat kitorang ni kamceng gila dengan kak Seri sampai dia bawak pergi McD bagai πŸ˜‚

Masuk je bilik Tirah kami terus paksa Syaa makan bubur Mc D, even satu suap pun jadi lah. Lepastu tiba-tiba Syida masuk dan mintak sikit bubur McD, tapi akhirnya Syida yang habiskan bubur tu aduhai πŸ˜‚ Aku, Pipah dengan Tirah terus ngap mc chicken, puas hati beb dapat makan. Hilang segala letih bawak orang sakit πŸ˜‚ Malamtu aku decide untuk tidur kat bilik Tirah je sebab malas nak turun bawah, menyempit lah kami 5 orang dalam bilik tu. Nasib Syaa tidur atas katil, kami 4 orang tidur bawah(usung tilam tidur bawah). Aku mesej Wawa cakap aku tidur atas malamni takut dia cari aku hilang pergi mana em πŸ˜•

Ehe

Ni adalah antara kenangan manis ah bagi aku, new experience do even sebagai budak pra diploma ja πŸ˜‚ at least aku belajar something dari kejadian ni.

Moral of the story :

- kalau demam beli bubur Mc D sebab ubat 60 hengget tak makan pun dah terus sihat (sebab Syaa lepas makan bubur Mc D terus bertenaga lain maciam, ubat klinik pun tak makan em)
- perempuan kena pandai jaga diri, nak pergi mana-mana kena berteman kalau tak jadi macam kitorang la kena kacau pftt

Moral ni aku tulis sebab Pipah suruh ekekeke ☺


Thanks for reading. Sorry kalau macam hambar, seminggu aku sibuk cari dan baca pasal konspirasi iluminati bagai sampai lupa aku ada blog πŸ˜— Dan aku tiba-tiba jadi malas nak tulis one plot ni tapi aku gagahkan juga jari jemari ni menaip. Finally dah habis alhamdulillah πŸ˜‚ 

No comments:

Post a Comment