Tuesday, 5 March 2019

Kerja Gila Apa Aku Buat Ni?

Assalamualaikum heyyo everyone! Di sebabkan korang ada baca my previous entry pasal seminar yang di batalkan tu, aku nak teruskan menulis pasal kronologi(ceh) atau flow sebelum ke seminar 3 Mac tu. Anggap lah ini penceritaan semula 😂

Kita stop kejap story aku dekat SI. Ampun semuaaaaa 🙏

Akhir januari haritu, aku ternampak ada poster Seminar Novelistar Ain Maisarah kat ig Blink Book(syarikat penerbitan kak Ain sendiri), itu takpe lagi aku dah sedia maklum memang kak Ain selalu buat seminar tiap tahun. Yang menarik perhatian aku tu ialah...





YES! Tak sangka kak Ain dah buka kepada golongan dewasa macam aku (weh aku dah dewasa ke sia HAHAHAH 😂😝) sebab selalunya kak Ain buat untuk budak-budak sekolah 17 tahun ke bawah. Mungkin tahun ni lebih special. Ke aku yang tak pernah tahu ni? Eh lantak lah, pening aku.

Lepas baca segala maklumat dekat caption bawah gambar poster tu, aku tiba-tiba terdetik untuk pergi. Aku memang nekad nak pergi. Even dah tertulis harga kat situ yang buatkan aku rasa nak mengemis di tepi jalan 😫😂 kena bayar ok! Kalau early bird bayar before 15 Februari, dalam RM200 je. Selepas 15 Februari dia jadi RM250. Lepastu aku terfikir lagi tambang untuk pergi sana dan aku nak tidur mana uhuks.

Gigih aku cari awal-awal tiket ETS dan tiket bas yang boleh sampai awal ke Bangi before pukul 9 pagi 3 Mac tu. Malangnya tak ada. Semua nya terlajak dalam pukul 9 lebih macamtu. Dah la ETS takde yang ke Bangi terus. Bas pun sama. Aku boleh je turun KL dulu tapi masa akan jadi lambat sebab pukul 9 dah nak kena ada kat situ. Kalau pukul 9.30 pagi aku baru sampai KL naik ETS or bas, bilanya aku nak sampai Bangi kan 😌 Bila aku fikir balik, aku memang kena cari tempat tinggal sehari. Tanpa pengetahuan family, aku try contact beberapa orang kawan aku yang stay atau study kat Selangor. Nade ada ajak aku tumpang tidur dekat rumah dia area Batang Kali, Aina pulak nak ajak aku stay dekat hostel (rumah apartment if I'm not mistaken) dekat Shah Alam sebab Aina study kat MSU. Aku memang suka decide dulu before tanya pendapat family HAHAHAHAH tau sebab apa? Sebab aku nak diorang setuju jugak dengan rancangan aku untuk ke sana 😂 tapi aku tau mesti tak boleh punya lagi-lagi aku nak pergi sorang. Weh gila ka pi sorang, dah lah KL.

One day, aku ada try tanya sepupu aku boleh ke aku tumpang rumah member? Dia tanya, hang nak pergi dengan siapa? Aku sengih-sengih cakap, "sorang jelah ehe" lepastu terus rancangan aku di bantah sekeras kerasnya 😥 uhuks. Ok aku tau aku gila uhuks

Tapi aku tak kira, apapun jadi aku tetap nak pergi. So di sebabkan aku tekad nak pergi, aku terus bank in RM200 dekat pihak kak Ain. Even aku tak pasti lagi dapat pergi ke tak sebab takda kata putus lagi, tapi dengan cara aku bank in awal-awal tu lah yang boleh buatkan aku pergi ke sana! Sebab nanti family aku tak boleh bantah, sebab dah bank in. RM200 tu takkan diorang nak bagi duit melayang macamtu ja kan. EHE BIJAK TAK AKU EHE EHE EHE EHEEEEE *suara Cute Girl berkumandang*

And then, aku try whatsapp maksu aku. Aku tanya dia boleh tak maksu teman? Aku siap tambah emoji muka kesian sedih comel semua ada HAHAH. Pastu maksu aku cakap boleh, cuma kena balik hari lah, kesian maktok aku duduk sorang nanti sebab yang jaga maktok aku sekarang ialah maksu aku la (adik arwah abah). Lepastu maksu aku cakap, belum kos pergi balik berdua lagi, Aku macam hmm.. haah kan. Pendaftaran RM200 tu pun guna duit aku sendiri tau sobs (terketar-ketar aku time nak letak duit kat dalam mesin CDM Maybank haritu sobsss). Lepastu aku try pujuk maksu aku, aku cakap aku tengah kumpul duit lah ni. Tapi serius. Aku usaha kumpul duit melalui hasil jualan choco crispy aku tu. Aku tebalkan muka pergi tanya owner kantin sekolah aku dulu boleh ke letak choco crispy ni. Nasib lah makcik (aku panggil kakak ehe) tu bagi letak. Setiap unit yang terjual aku akan dapat 0.50 sen. Okay lah tu kan, aku sekadar menolong bisnes cousin aku ja ehe. Bak kata Pipah even 50 sen ja tapi lama-lama jadi bukit. Lagi-lagi choco crispy tu laku bakhang. 50 bekas habis dalam masa 2-3 hari ja. Licin bhai dakdak Convent sapu! Terima kasih junior-junior sebab support ex senior mu ini ehe *lap air mata* So lepasni aku nak letak 100 bekas terus untuk 5 hari, senang kerja.

Bila maksu aku setuju nak teman, aku jadi lega sikit. Tapi lepas bincang punya bincang, akhirnya kami berdua terpaksa bertolak sehari awal ke seminar tu. Maksu aku takut aku tak sempat sampai Bangi pukul 9 tu. Maksu aku beli tiket pukul 11 malam (2 Mac) pastu mungkin sampai Shah Alam (rumah lama maksu) dalam pagi pukul 3-4 pagi macamtu. So sempat la 3 jam rehat dekat rumah lama maksu tu. Pastu dalam pukul 7 lebih, aku kena bertolak sorang dari Shah Alam ke Bangi naik grab. Lebih kurang sejam kot perjalanan. Habis seminar pukul 5 petang (3 Mac), aku bertolak balik ke Shah Alam. Dalam pukul 10.30 malam bas jalan balik ke Taiping.

Wew! Penat merangka perjalanan aku 😂 nampak dak kemas ja strategi aku untuk pergi ke sana. Oh btw jangan riso, maktok aku nanti akan di jaga oleh cousin aku dan adik-adik aku sekali teman ehe. Alhamdulillah urusan aku di permudahkan.

Okay last, korang mesti nak tau kenapa lah aku nak pergi sangat kan? Korang mesti assume sebab aku just nak jumpa idola aku kak Ain Maisarah tu je kan? Sanggup berhabis duit kumpul duit semua.

teeeetttt. Korang salah.

Aku ada dua sebab kenapa aku nak sangat pergi. Dan kalau aku melepaskan peluang, aku lah manusia yang paling rugi di dunia yang fana ini.

First, memang aku nak menuntut ilmu. Aku nak tahu sangat apa teknik teknik nya. Rugi lah kalau aku tak join. Ain Maisarah ialah seorang manusia yang bagi aku hebat dalam mengatur kata dalam setiap helaian mukasurat buku yang di tulis beliau. Dah lebih 10 tahun beliau dalam bidang penulisan ni. Bermula dengan novel remaja pertama beliau bertajuk Aku Mahu Popular terbitan PTS One Sdn. Bhd. Beliau keluarkan buku tu tahun 2006 tak silap aku, but till now buku tu still di cetak siap keluar design cover baru. Kebanyakkan karya-karya dia semua bestseller dan pernah di adaptasi menjadi sebuah drama. Dan tak silap aku pada tahun 2011, kak Ain mula menubuhkan syarikat penerbitan bukunya sendiri, Blink Book Sdn. Bdn. Awal penubuhan syarikat miliknya sendiri, kak Ain mula cari penulis untuk collab dengan beliau. Tiap tahun makin ramai yang join jadi penulis di bawah kelolaan beliau. Dan aku pernah baca dekat satu laman web ni, yang Ain Maisarah memperoleh royalti sebanyak 6 angka pada setiap tahun malah pernah lebih dari sejuta dia dapat dalam setahun hasil usaha gigih dia dalam bidang penulisan.  I was like wow, dia sangat memberi inspirasi dekat aku 😭😭😭💪💞

Second, aku pergi sebab interview yang dia pernah janji. Nope, interview bukan di buat pada hari tersebut, dan tak ada interview apa-apa pun actually. Cumanya korang ingat tak aku ada screenshot dan post kat satu entry ni pasal conversation aku dengan kak Ain yang tengah mencari penulis baru dekat dm instagram tu? Haaa pasal itu lah 😂 kan dia ada janji nak interview aku lepas dia balik dari tour utara sebulan? Time tu mungkin dia lupa pasal interview penulis baru. Lagi-lagi aku pulak baru masuk belajar en. Lepastu sampai dah masuk tahun 2019, sampai aku dah habiskan 6 bulan aku dekat SI pun kak Ain still tak contact aku untuk interview lagi 😕 me iz sad. Tapi aku tak salahkan dia pun. Sebab dia busy, sebab lepas dari tour utara tu aku tengok dia ada event dekat pesta buku Indonesia pulak. Lepastu ada meeting dengan staff-staff Blink Book lagi. So aku faham dia memang supa dupa busy bakhang. Dengan nak urus anak-anak kecil dengan suami lagi. Jadi di sebabkan itu, aku nak ambik peluang untuk berjumpa dia sendiri waktu seminar tu. Bagi aku ni adalah satu inisiatif untuk dia tengok kegigihan aku nak collab dengan dia, dan supaya dia tahu dan kenal aku lah manusia yang bakal di interview last year tu. Weh nampak tak setianya aku menunggu interview 😆 ini lah hajat aku yang sebenaq-benaqnya. Elis cakap bijak jugak aku rangka strategi macam ni ehe sebab dia orang pertama yang tahu pasal ni. Apalah sangat dengan wang ringgit yang aku dah keluarkan untuk seminar, perjalanan pergi balik makan apa semua. Berkorban ah sikit demi peluang yang terbukak luas ni. Grab the chances!

Sebabtu lah tajuk entri ni 'KERJA GILA APA AKU BUAT NI?' Sebab memang gila pun. Aku pun tak expect aku akan buat benda macamni even pada mulanya family aku anggap aku main-main. Tapi lepas aku p bank in duit seminar dan aku cerita pasal strategi aku ni baru lah depa buka mata. Aku adalah spesies manusia yang akan berkorban apa saja samada dari segi impian, cita-cita dan orang yang aku sayang(biarpun jarang sekali di hargai eh tiberrr). Nampak macam beria tapi takpa at least aku mencuba dari yang duduk saja tapi tau duk mengata ja eheh. Rezeki tak pernah salah alamat, ingat tu!

Doakan lah semoga urusan aku di permudahkan. Ini jelah peluang aku tau. Dah lah aku minat dia dari darjah 3. Dan di sebabkan inspirasi dari dia lah aku minat menulis sampai sekarang. Dan aku memang teringin nak jumpa dia depan-depan. Wow dah macam 10 years challenge 😂 bezanya ni bukan challenge, ini 10 years later my dream come true 🙆💖💖

p/s: tarikh spesifik seminar tu diorang tak inform lagi. Apa-apa gue roger di sini yahh 💁

Adios! 

No comments:

Post a Comment