Well actually, aku nak cerita pasal aku kena kacau dengan sorang mamat ni tau waktu minggu kedua dekat SI. Kena kacau dalam whatsapp jela bukan depan-depan haha. It's kinda creepy sebab that guy tahu nama aku tempat aku belajar tapi dia bukan budak UiTM SI, cuma dia cakap dia study kat SI jugak. Aku taktau mana dia dapat nombor aku. But it's okay kita abaikan kisah tu, sebab tak berapa penting untuk di ceritakan so aku skip ke cerita seterusnya. Enjoy! 😂😂
p/s: aku sebenarnya agak tak sabar nak sambung this story sebab bermula dari sini lah macam-macam jadi. Izzati kalau baca entry ni mohon jangan cringe ok, banyak pasal awak dalam ni 😂
warning : banyak screenshot dalam entri ni. Read at your own risk 😈
15 September 2018 - Sabtu
Hari sabtu yang tak berapa nak indah. Aku dan kawan-kawan dah mula busy dengan assignment accounting. Semalam waktu Dr. Shatari explain pasal assignment tu, aku, Nurin dengan Tirah tak berapa nak dengar sebab kami kan duduk kat belakang sekali. Suara Dr. Shatari agak pelan dan mendayu waktu ni 😂 Syaa pulak tak datang. Malang betul lah. Nak explain dekat Syaa pasal assignment tu pun kami tak reti. Aku ada tanya Aliyah macamana nak buat, dia pun tak berapa pasti dia main buat je. At last kami bertiga decide untuk tanya budak lelaki dalam kelas.
Kenapa mesti classmate lelaki? Sebab lelaki kan duduk depan sekali. Lepastu waktu tu kitorang tengok set-set perempuan yang duduk depan semua macam focus dan garang je em em em. Kang kalau tanya emo pulak ke apa faham-faham lah perempuan 😂 Lelaki ni macam cool-cool sikit.
At last kami decide untuk tanya 3 classmate lelaki yang kami rasa macam boleh go on(sangat) 😂
Syaa - Syafiq Hazril
Tirah - Ikram
Aku - Del (bukan nama sebenar)
Kitorang ada sebab kenapa pilih makhluk 3 orang tu. Syaa pilih Syafiq sebab Syafiq antara yang function dalam kelas/group whatsapp. Tirah pula mula-mula dia taktau nak pilih sapa sebab dia tak kenal sangat semua classmate lelaki dalam kelas. Aku yang cadangkan Tirah pilih Ikram sebab Ikram duduk depan sekali. Dan kenapa aku pilih si Del ni? Sebab tadi waktu dekat uptown beli nasi untuk makan tengahari, aku ternampak kelibat dia tengah ceduk lauk. Aku siap cuit Tirah tanya, "weh itu bukan classmate kita ke?" Dan aku rasa mamat ni yang duduk sebelah Ikram dan duduk dekat hujung sekali. Aku rasa jelah, sebab aku sendiri tak berapa cam dia. Senang cerita, aku tak berapa cam sangat semua classmates aku kecuali Nurin, Tirah, Syaa, Atin, Farah, Fathihaah dan makhluk-makhluk dekat meja depan kitorang. Itu sahaja.
Misi kami bermula petang tu. Aku start mesej si Del tu. Mula-mula tengok dp aku rasa macam, "eh betul ke ni Del?" Sebab aku pernah pandang dia sekilas dalam kelas, nampak dia takda rambut, botak kan 😂 Dekat dp whatsapp ada rambut pulak eh eh.
Aku baru off phone kejap dia dah kata aku tidur 😂 mamat ni memang fast reply betul. Rupanya dia baru nak tidur, dia cakap aku kacau je dia tengah nak tidur. Ceh siapa suruh reply cepat, boleh je jawab kemudian kan? Eh tapi kang kalau dia lambat reply tak jalan le kerja akaun aku. Pastu aku rasa serba salah, aku suruh la dia tidur balik. Dia marah lagi cakap "dah bangun!! 😑" Aku macam eh mamat ni la poyo betul.
Dalam duk bincang pasal kerja akaun tu, entah tiba-tiba je dia terbagitau yang dia suka someone dalam kelas, nama Izzati. Aku cam pehal duh mamat ni over excited pulak? Dah lah baru kenal, chat tak sampai sehari dah macam nak rapat-rapat dengan aku pulak. Aku pun layan jelah, nampak gaya dia macam tingtong sikit. Kang kalau aku tak layan dia taknak tolong aku untuk kerja akaun ni pulak 😒 Del sendiri tak tahu kenapa dia excited sangat bercerita, gelabah teruk mamat tu waktu dia tercerita pasal Izzati LOL. Pastu aku cakap lah, rileks bro aku tak kenal pun mana satu si Izzati tu (at this time la hahahah). Lepastu aku tanya la Izzati mana satu? Sebab serius kau tak kenal. Dia cakap yang duduk sebelah dia dalam kelas, dan duduk sebelah Fathihaah tu. Aku tanya Tirah dengan Syaa kenal ke Izzati tu? Depa pun tak kenal. Sumpah takleh nak agak siapa Izzati tu.
Aku tanya, macamana boleh tersuka Izzati?
"Dah duduk sebelah meja je.. nampak muka dia jelah."
What the 😂 Aku speechless.
Aku tanya lagi, hang ada bagitau Izzati ke yang hang suka dia?
His answer, "em aku diam diam jelah. Aku taknak ngorat dia."
Part ni aku macam ew, ngorat? Oh lelaki dengan kegatalan berpisah tiada (sesetengah HAHAH)
Aku syak dia takut kena reject kot. Sebab dia cerita dia tak pernah pun mesej Izzati ke apa. Tapi dia selalu usha Izzati dalam kelas. Kadang tengah usha Izzati si Fathihaah pulak perasan, terpaksa dia buat-buat pandang pintu.
Aku rasa kelakar do dengan perangai mamat ni. Then aku cakap la kat dia, "tak sangka senyap dalam kelas pun ada minat orang"
Lepastu cara dia cakap tu dia macam jealous dengan si Syafiq. Dia cakap Syafiq hensem sado hitam manis, tu yang confident bising-bising tu. Dia kurus dah la ter potong rambut sampai botak kulit sawo matang, tu yang senyap tu bila masuk uni takde confident. Aku takleh blah betul la statement tu. Lagipun Syafiq takde la hensem mana pun(jangan marah aku jujur k HAHAH). Baru masuk uni dah insecure macamtu, masalahnya insecure dari segi rupa 😂 Lain la kalau dia insecure dengan cara Syafiq study ke apa aku boleh terima lah kan.
Memang betul duh muka dia macam Mat Luthfi, cuma Mat Luthfi 2 kali ganda lagi hensem dari dia la 😛 dengan pakai spek nya, tinggi kurus melidi, nampak gaya macam nerd, set budak baik lebih kurang macamtu lah eherher (gelak mengejek 😂).
Tuptup dia tanya aku, " dah tengok ke muka aku ada rambut? Takde la macam Mat Luthfi sangat aku rasa." Aku cakap la dah tengok kat dp. Then dia cakap tu baru separuh. Pastu aku cakap la habis aku nak tengok mana? Menyampah pulak aku mamat ni, terlebih ramah pulak padahal permulaan chat pasal kerja akaun je waduh waduh gawat gini. Then dia cakap, kat ig lah, ke nak aku hantar? Time ni sumpah dahi aku berkerut, apa sia gigih beno dia ni.
Aku rasa ni dia nak pancing aku untuk follow ig dia lah LOL. Sebab waktu awal-awal dalam group kelas, ramai mintak ig nak follow. Siap senaraikan lagi ig-ig depa. Aku adalah salah satu manusia yang terkecuali sebab aku tak suka lelaki yang tak kenal follow aku. So aku tak isi pun senarai tu.
Then aku pun mintak jelah ig dia, menyemak je dia hantar gambar dia fikir hensem ke? 😑 Daripada dia bagi gambar dia baik aku stalk sendiri senang. Then lepas aku stalk aku macam hmm, boleh tahan mamat ni, hensem la jugak time dia ada rambut (muntah pls, zaman awal-awal kenal biasa la errr). Memang muka dia macam Mat Luthfi duh. Dan pada akhirnya, aku tekan button follow. Tak lama lepastu, dia request nak follow aku balik. Aku pun accept jelah, fikir 'kawan' jekan hahaha.
Pastu aku cakap ah kat dia dah makin menyimpang kita ni, sepatutnya bincang pasal kerja akaun ni asal sampai ke Izzati sampai ke rambut dia bagi pfttt, benda ni tak masuk dalam assignment kitorang ok 😂 After that kitorang sambung bincang pasal kerja akaun.
Del hantar satu gambar, which is contoh macamana nak buat kerja akaun tu. Dia cakap ni Azri punya. Then aku tanya, siapa Azri tu aku taktau mana satu. Lepastu dia send gambar si Azri ni. Aku tunjuk kat Tirah dan Syaa, aku tanya kenal tak mamat Azri ni? Macam chinese look, aku tak berapa cam duh dia mana satu dalam kelas. Rupanya Azri ni memang wujud dalam kelas aku, Tirah cakap dia duduk depan sekali sebaris dengan Del dan Ikram. Aku macam ohh duduk kat ceruk jugak macam aku mananya aku nak perasan 😂 Lagipun aku bukan jenis tengok orang dalam kelas, awal-awal biasalah.
Lepastu dalam dok bincang tu, aku ada tanya dia, hang kenal ke aku Del?
Aku macam ohh yelah, budak nerd mana nak pandang belakang HAHAHAHA.
Aku dah cakap, aku bising gila dulu dalam group kelas haih malu jugak la bila ingat balik. Nasib sekarang dah senyap.
Pastu dia ada selit sekali lagi pasal Syafiq. Aku rasa menyampah pun ada 😒 sikit-sikit Syafiq, sikit-sikit puji Syafiq lah apa pastu rendahkan diri sendiri. Syafiq ramai perempuan nak lah hot lah apa lah. Ey kau kunyit ke hanet, insecure lain maciam ja.
Lepastu dia explain lah dia dengan Syafiq macam tak berapa ngam, tak rapat pun. Alah bagi aku take time lah tu nak rapat kan, baru 2 minggu belajar kat SI rilek luh. Aku pun agak pelik kenapa classmates lelaki aku macam ada semangat assabiah je, hidup berpuak-puak. Aku saja je cakap, korang bersatu lah baru maju. Yelah sebab dalam kelas aku lelaki boleh dibilang dengan jari ja, kami yang perempuan ni sampai ada 26 ke 27 orang haaa ramai gila dari lelaki.
Pastu Del cakap, malas lah diorang hensem aku tak hensem mana boleh. urghh sekali lagi dia buat aku menyampah 😒😒😒
Pastu aku tunjuk ayat si Del tu kat Pipah, then Pipah suka hati je ambik phone aku dan type dekat si Del ni "hensem tak hensem semua Allah sayang" - puteri bunian yang hodoh dan terus tekan send 😩 tak guna betul lah 😂 Lepastu aku terus type balik kat dia cakap anggap tu kata-kata semangat untuk hang, cover gitew 😆
Pastu dalam tengah duk buat kerja akaun, Del tetiba mesej lagi, "bosan do, rasa macam nak nyanyi" Aku cam so? Nyanyi jela takda siapa larang 😐
Tuptup dia cakap, "aku hantar kat ko lah"
Then aku usik dia cakap asal tak hantar kat Izzati je. Dah tu dia suka Izzati pergi lah hantar kat Izzati pehal sibuk nak hantar kat aku duh.
Pastu dia carut kat aku 😒 dia cakap bak ah nombor Izzati. Aku cam eh mamat ni emo pulak, lempang naya je. Pastu aku pun perli ah bukan sepatutnya dah ada ke? Kata crush kat dia 😹 Pastu saja bagi alasan kat aku, takut silap kononnya.
*Haih andai aku tahu ni permulaan untuk kehancuran hati aku baik aku takyah layan dia sampai panjang berjela macamni. But it's okay korang akan tahu macamana perjalanan kisah ini, dan adakah aku akan kekal dengan Del ni 😂
Lepastu tetiba dia tak puas hati or maybe geram dengan aku, dia send gambar Ikram kat aku. Aku macam what the fish 😂 Dah la dalam gambar tu si Ikram dah sedia posing angkat ibu jari duh kelakar doh. Aku tunjuk kat Tirah, Tirah gelak bagaikan tiada hari esok 😂 Dah lah Tirah pun tengah berurusan dengan si Ikram HAHAHAH
Pastu dia cakap dia bagi voice dia nyanyi semalam lah eh. Aku reply, nak nyanyi pun memang kena ada orang dengar eh? plus aku kasi emoji gelak
And there it goes...
Wow I can't believe that dia betul-betul hantar. Aku pun dengar lah dia nyanyi. Mula-mula tu memang aku rasa suara dia sedap (but after dia buat taik kat aku, aku rasa suara dia cam taik dan aku dah taknak dengar dah 😂). Aku tanya lah dia, so nak aku komen ke apa?
Dia cakap dulu ex dia suruh nyanyi, nanti lepas dengar dia cakap la okay ke tak dia nyanyi.
Nada dia tu cam sedih betul, ke aku yang cepat kesian kan orang ni? 😅
Pastu aku saja je nak melawak aku cakap la "pehh ada ex ke dulu, sedih la pulak cerita hang HAHAHAH" ahhh kurang asam kan aku wkwkwkwk.
Pastu dia mula lah bercerita pasal kisah ex dia kat aku...
"Tak sedih lagi tu. Lagi sedih bila aku kena game dengan member baik aku, dalam kelas duk sebelah, dalam exam duk sebelah. And lagi satu aku baru tahu awek aku bohsia. Sedihkan?"
Reaction aku of course lah terkejut kan. Yelah awek sendiri bohsia kot, kau rasa? Bila dia cerita camni aku jadi kesian pulak.
Dia sambung bercerita lagi...
"Dia keluar dengan member aku tengah-tengah malam. And member aku pakai ws dia kata aku tak pandai jaga makwe. Aku ada dengar cite gak dia selalu buat hal.. time dengan aku okey je.. Lastly tengah-tengah malam tu aku dah tahu dah. Sebab aku kenal member baik aku tu dari form 1. Dia ada je cite dia buat benda tak elok dengan perempuan. Tapi, tak sangka dengan awek aku pun :) Dia kira budak champion tau member aku ni.. target SPM banyak A.. Lastly satu je A.. Result dia teruk... Sebab apa? Sebab time aku tahu awek aku bohsia tu dekat dekat dengan exam SPM. And time SPM, aku demam seminggu sebab broken teruk. Aku tak redha apa dia buat kat aku. Hashtag padan muka dia."
Aku baca satu persatu luahan dia. Bagi aku teruk jugak la apa yang Del alami. Dari sini aku dapat rasa yang si Del ni lelaki baik. Dan that girl sangat lah takda harga diri. Aku faham, once hang broken memang susah nak hilang, ambik masa lama. Even aku tak pernah bercinta tapi aku tahu.
Lepastu untuk melegakan hati dia aku pun selit lah pujian, "btw sedap jugak suara hang" pfttt
Aku ada lah pesan kat dia, aku cakap nak pilih perempuan pilihlah betul-betul, jangan sampai tersilap pilih. Perempuan zaman sekarang ada ja yang trash. Pastu dia teruk cakap, Izzati takkan silap em. Haih mamat ni, dah kalau minat kat Izzati cakap jelah 😌
Alang-alang tu aku tanya dia bohsia tu cane, minah motor ke apa. Biasalah aku ni noob orangnya ehe.
Lepas dia explain baru lah aku faham. Dia cakap ex dia tu kalau aku kenal biasa je, bukan kaki rempit tapi dia suka motor. Mungkin di sebabkan member tak guna si Del ni budak-budak rempit kampung, ex dia minat dan sebab motor ex dia sanggup bagi apa je kat si member lehnet tu. Perempuan macamni pun ada ke? Sanggup gadai maruah sebab motor je??? Del cakap lagi, dia ada motor buruk je tapi motor buruk tu la yang bawak dia pergi sekolah hari-hari. Haduih cerita sedih dia belum tamat lagi.
Pastu aku buat lawak, aku cakap hm nasib baik aku layan basikal je. Ahhh hambar pun hambar janji nampak kelakar di mata aku 😂
Pastu tetiba dia send gambar Izzati dari belakang. Aku syak tu Izzati la, habis siapa lagi kan? Waktu ni aku rasa time CTU, siot nya perangai snap gambar senyap-senyap. Pastu tak lama lepastu dia delete pulak. Eh siot betul mamat ni, dari tadi duk main delete-delete part Izzati, nasib aku sempat baca semua.
Dalam duk gigih buat kerja akaun sama-sama dengan Del, aku mengeluh lah cakap banyak lagi benda aku tak siap. Del ni buat laju gila bakhang, kejap je dapat cari revenues expenses apa semua. Aku ni dengan line slow nya nak mencari. Kiranya Del ni banyak tolong aku dalam assignment akaun. Bila aku kata "cepat gila hang ni" tau dia balas apa?
"Tak secepat Izzati curi hati aku ecewah macam bodo je"
Aku bantai gelak ah apa lagi 😂😂😂 Bagi aku dia ni macam tingtong sakai semua ada lah. DAH SUKA CAKAP JELAH SUKA HALAMAK, ANGAU TERUK.
Lepastu terbukak balik cerita pasal Izzati haih, dengan mamat ni punya angau tak boleh bawak bincang der. Aku tanya Del, hang tak pernah sembang dengan izzati kan dalam kelas?
He replied:
I was like wow, penangan bila satu kelas dengan crush. Kesian aku tak pernah sekelas dengan crush sobs. Yela sekolah perempuan kan dulu. Baru aku faham bila kau sekelas dengan orang yang kau minat macamana, lawak siot 😂 Benda kecik macamtu pun boleh buat hati berbunga eceh hak tuih.
Lepastu tiba-tiba je dia bukak topik lagi pasal si Syafiq Hazril, duk bagi aku stress. Tak habis-habis puji bagai. Nak je aku tanya, kau kunyit ke cetan? 👿 memang Del ni spesies suka kacau orang duh, nampak je diam baik dalam kelas macamtu. Ke awal-awal je dia macamni? Lulz.
Even baru ja chat, dah bermacam benda dia kongsi dekat aku. Dari assignment akaun, insecure dengan Syafiq, suka Izzati, ex gf dia main kayu tiga, member tikam belakang sailang awek dia sampai lah ke dia nak pergi rendam maggi pun dia mesej aku. Tapi malangnya dia tak jadi rendam maggi sebab air panas takde, dia buat maggi tu macam keropok, letak serbuk dan patah-patahkan ja pastu makan macam makan mamee 😂 Del cakap kalau buat macamtu cepat pandai HAHAH otak dia lah.
Benda ni hanya memerlukan masa tak sampai sehari untuk aku mengenali Del dengan lebih mendalam. Del ni banyak cakap, suka bercerita, dalam whatsapp jelah kot? Hahaha takpe takpe, kita tunggu masuk kelas hari selasa ni(sebab Isnin cuti), samada dia tegur aku ke tak kat kelas sebab dah kenal en. Kalau dia buat sombong aku tak tahu lah pulak tapi nampak gaya macam peramah dan 'baik'.
Bila kau dah kenal si Del ni, makin kerap aku pegang phone. Sebab dia tak pernah miss untuk mesej aku. Dah la reply laju nakmampus. Nurin mula lah duk ship aku dengan Del. Bukan Nurin je, Tirah, Pipah, Syaa, Syida sama naik je haa😑 Bila aku pegang phone duk sengih-sengih depa akan kata, "haaa itu mesti tengah chat dengan Del, suka beno ya!" HAHAHAH takde lah aku senyum sengih gelak sebab Del tu kelakar 😂 Lagi-lagi part dia cerita pasal dia suka Izzati, dan part dia insecure dengan Syafiq duh. Tengah duk stress pasal kerja akaun ada lah jugak lawak-lawak yang di selitkan dalam chat kitorang ekekeke.
So kiranya, we are friends now. Dan kiranya, he is the first guy friend in my life. Sebab selamani 11 tahun aku sendu berada dalam kelompok semua perempuan.
Dan hari selasa ni, aku tekad nak cari siapa manusia yang bernama Izzati yang Del angau kan siang malam pagi petang. Tirah pun dah sepakat nak tolong aku cari ekekeke 😈
------
18 September 2018 - Selasa
Harini aku bangun dengan perasaan yang gumbira. Aku happy sebab assignment akaun dah siap 😂 Aku harap apa yang aku dan kawan-kawan buat bertungkus lumus 3-4 hari ni betul semuanya dan tak kena reject. Kalau tak sakit jiwa bhai, lecturer reject lagi pedih dari crush reject.
Dalam pukul 7.40 pagi, aku dan kawan-kawan mula gerak dari kolej ke kelas. Perjalanan dari kolej ke kelas aku ambik masa lebih kurang 10-15 minit. Aku dah semakin biasa jalan laju so kadang-kadang aku kerap tertinggal Tirah kat belakang 😂 Yang Tirah duk keloi(panggil) dari belakang "Mirah sabaq la sat" "Lajunya hang Mirah semput aku" "Hang ni laju-laju nak pi mana" ampun sis 😂
Pintu kelas masih berkunci, so kami yang sampai awal terpaksa berdiri dekat luar. Tak lama kemudian, budak-budak kelas aku mula memenuhi ruang, termasuk lah budak-budak lelaki. Dari jauh aku dah nampak seorang lelaki tinggi bakhang tengah otw nak beratur sekali. Siapa lagi kalau bukan si Del. Aku buat rilek jelah, buat-buat macam tak kisah padahal aku tengah tahan gelak bila teringat kisah semalam. Mana taknya, si mamat Del ni share kat aku dia kena ngorat dengan awek mana entah semalam, siap mintak tolong aku lagi cane nak henti kan kegatalan perempuan tu bodoh betul 😂 Pastu aku cakap ah mesti hang dah jatuh hati kan. Lepastu aku kena carut lagi 😑 Del cakap, "celaka kau, gangster macam aku takkan jatuh hati" puih ok we will see!!! Lepastu malam semalam sempat lagi dia bagitau aku yang dia prank roommates dia bagai aduh takleh blah 😂 Siap pekena aku lagi memang taik betul lah mamat tu.
Lepastu Izni suruh kitorang duduk kat kelas sementara sebab kelas sebenar kitorang tak bukak lagi. Waktu nak masuk tu aku taktahu lah kenapa budak-budak lelaki macam kecoh sangat, padahal selalunya krik krik je. Paling ketara si Del tu lah, tetiba kecoh semacam je. Memang lain macam betul lepastu tak habis-habis pandang dekat tempat aku sampai Nurin pun perasan.
Nurin pilih tempat duduk yang strategik untuk kami berempat sebab kipas betul-betul atas kepala, which is tempat belakang sekali ohoho. Lepastu aku mula cuit Tirah, tu tanda nya aku dan Tirah nak mulakan operasi mencari siapakah Izzati. Di sebabkan mata Tirah macam cctv atau scanner, aku yakin Tirah dapat cam mana satu izzati. Tak lama kemudian..
"Mirah! Mirah! Yang tu kan Izzati? Betui dak?" Tirah tunding jari ke arah seseorang yang duduk depan sekali.
"Hang sure ke?" Tanya aku, semata nakkan kepastian. Tak boleh silap, nanti Del menganjing lagi kat aku huh.
Belum sempat Tirah bukak mulut lagi, Izni menjerit di depan, "Korang semua! Hantar assignment akaun kat depan Izzati ni waktu habis kelas!" sambil berdiri di depan meja yang dikatakan 'Izzati' tu.
Aku dan Tirah saling berpandangan dan tersenyum penuh makna.
Aku cepat-cepat mesej Del, sebab Del tengah pegang phone tu.
Aku cakap,
Biadap betul dia sampai nak kick aku dari group ey! Nampak tak dia punya angau dan protective dalam diam tu huh menyampah 😐
Lepastu boleh pulak si Del tu suruh aku selfie dengan Izzati like what the heck?? Tak pernah bertegur sapa tiba-tiba nak suruh aku mintak selfie dengan Izzati kesayangan dia 😂 Kononnya dia nak bukti lah yang aku dah kenal Izzati hm annoying betul lah, rasa nak campak mamat ni dalam tasik je.
Tak lama lepastu Izni cakap kelas cancel. Maka kami pun apa lagi, kecoh satu kelas bersorak. Bukan senang Sir Ameri nak cancel kan kelas ehe. Cepat-cepat aku and the geng pergi depan Izzati nak hantar assignment akaun.
Waktu aku nak letak assignment aku tu, aku sempat pandang sekilas muka Izzati. Ada iras Mira Filzah, betul apa yang Del cakap. Bezanya air muka Izzati nampak lebih lembut, sedap mata memandang. Hm patut Del suka, gumam aku dalam hati 😌
Selesai hantar assignment akaun, Nurin ajak pergi library untuk bincang pasal assignment CTU yang nak kena submit bulan 10 nanti. Kang kalau balik bilik terus, kerja nak buat taik mata ja 😂 itulah lumrah budak uni, pantang ada masa ja mesti nak tidur, sebab kami sememangnya tak cukup tidur 😗
------
***rasa macam pendek ke part ni? Sabar dulu korang... banyak lagi aku nak cerita pasal aku dengan Del. Stay tuned!

![]() |
| Nampak? Asyik sebut pasal Syafiq je |

| Ahhh rasa nak muntah duh |

| Part ni serius rasa nak humban dia dalam tasik UiTM 😒 |

| Memandangkan aku tak pernah ada kawan lelaki, so bagi aku dialah kawan lelaki paling sakai yang aku pernah jumpa |