Tak, ni bukan entri pasal hijrah ke apa. Entri ni jauh lebih mendalam dari penghijrahan seseorang.
Aku yakin, semua orang pernah di sakiti, dan pernah menyakiti orang lain. Nahh tak pelik pun, benda ni macam kitaran hidup. Normal kan?
So, normal lah kalau aku sendiri yang tiba tiba berubah jadi heartless. Heartless aku bukan biasa biasa brader sister. Heartless aku ni tak boleh bawak bincang. Heartless aku ni mampu buat orang lain menderita teruk.
--
Nak bandingkan diri aku dulu dan sekarang, sama je. Since aku start jaga pemakaian aku, jaga batas jaga solat apa semua, life goes well. Aku rendah kan ego aku tahap paling bawah sekali semata aku nak jadi baik. Aku memang jenis jaga hati orang, sampai aku bagi peluang untuk orang orang sekeliling pijak kepala aku. Orang keep on going ambik kesempatan dekat aku. Sebab apa?
"Wan, hang ni baik lah"
Sekarang ni kalau dengar perkataan ni, aku gelak berdekah je dalam hati. Jaga jaga manusia sekarang. Puji ada makna tu.
Masuk form 3, life aku makin parah dengan kebodohan aku sendiri yang membiarkan diri sendiri di pijak hingga lumat. Aku acah sado waktu tu, padahal balik rumah aku mesti rasa nak nangis. Pernah je aku tak tahan sangat kena macam macam, aku duk tahan sebak sampai menangis dekat meja sambil sembam muka kat lengan, so that orang taktau aku menangis(sebab aku memang tak suka menangis depan orang sejak azali). Balik rumah je aku luahkan perasaan kat twitter, aku contact senior cari kekuatan, cari kakak usrah untuk jalan penyelesaian. Itulah aku dulu, selalu bergantung pada orang. Hati aku hari hari sedih sebab orang asyik buat aku, perbodohkan aku, aku nampak macam lemah sangat padahal aku tak suka tunjuk lemah depan orang. Aku tak suka tunjuk sedih tapi aku tak mampu nak sorok kesedihan aku.
Ditakdirkan, aku kenal dengan seorang minah ni. I don't need to mention her name.
Sama umur, perangai pun hampir sama; annoying teruk, kasaq, ego, sakai, suka usik orang, perangai jantan. Cuma satu je; aku tak heartless macam dia.
Dalam proses aku kenal dia, macam macam benda aku belajar dari dia. Tak perlu dia tunjuk ajar, aku sendiri nilai perangai dia. Guess what, ada pernah kitorang ada persengketaan, dia senyap macamtu je. Yang aku ni, macam orang gila fikir(at that time aku memang suka overthinking). Lama lama baru aku faham kenapa dia buat macamtu.
Dan ya, cara dia sakitkan aku tu, aku dah immune dan aku apply dalam life aku sekarang. Paling best, ego dan heartless aku jauh lebih tinggi dari dia sekarang.
Dia selalu cakap kat aku yang dia ego tinggi, heartless taknak kalah. Hang salah do, ego dan heartless aku lagi maha dahsyat.
Paling aku bangga, bila ada perangai heartless ni, hang memang takkan mudah rasa bersalah dekat orang, especially orang orang yang pijak hang. Hang akan act cool, di samping dalam hati hang rasa menyampah tahap kuasa 10 dekat orang yang buat hang macam macam.
Tapi itulah, setiap benda ada pros and cons.
Aku punya apply perangai heartless dan ego ni sampai aku sakitkan orang yang aku SAYANG.
The biggest mistakes i have ever done.
Tapi chill ah, kesayangan kesayangan aku pun dah masak dengan perangai bangang aku ni π even aku tau ada yang tengah memendam rasa.
Ada kesayangan tak suka perangai setan aku ni? Hang bukan kesayangan aku, hang takat bermuka muka ja dengan aku. Kalau betul hang sayang aku kerana Allah, hang sanggup terima baik buruk aku. Tak suka blah je, takyah fake sangat buat buat suka aku semata nak ambik kesempatan lagi π
I am stronger than I have been before πͺπͺπͺ
*terima kasih minah yang buat aku kuat disebabkan rasa sakit yang hang buat dekat aku bertubi tubi dulu π
Aku memang betul betul kuat, bukan acah macam dulu.
Adios. Ada masa aku sambung part 2.
