Aku mencari kekuatan, untuk mengharungi semua tusukan kata-kata pedas manusia, demi bermujahadah kerana Allah. Aku tak peduli apa depa kata, sebab depa bukan Tuhan! Aku buat semata-mata keranaNya. Dah lama tertanam dalam hati kecil aku. Ingin merasai NIKMAT menjadi muslimah sejati, menjadi hamba yang taat padaNya. Terdetik di hati. Dan siapa sangka...
Jalan yang aku pilih ini, memberi nikmat yang tiada taranya. Bahagia. Terasa serba indah. Memang benar.
HIJRAH ITU INDAH!
Allah, syukran kerana memberi kesempatan untuk aku perbetulkan semua ini. Bertudung labuh memang selesa. Rasa selamat. Terasa selalu didampingiNya. Allahu :')
"Sejak bila hang pandai pakai pelapik dagu, handsocks, tudung labuh pastu tutup cun-cun ni?"
Sejak aku tau malaikat maut mai jenguk aku 70 kali sehari. :'))
Moga Allah redha.
