Fuh dah lama aku tak buka blog. Busy betul dengan life ni *sangat* padahal aku always dengan phone je 😂 cuma aku tak ada mood + internet selalu buat hal so aku decide untuk tak update apa apa story kat blog buat sementara. Pejam celik pejam celik... RESULT SPM DAH KELUAR WEI!!!
Harini merupakan hari Jumaat. Dan result dah keluar khamis minggu lepas. Ahh lembab betul la aku, baru sekarang terhegeh nak up cerita 🙄
Apa apapun, tahniah untuk semua calon SPM 2017! Kita dah buat yang terbaik so, redha dan plan untuk masa depan yang seterusnya. Ayat cliche "SPM bukan lah segala galanya". Bagi aku ayat ni betul dan satu bukti kukuh. Result gempak ke tak, lain cerita. Kita kena bangkit dan terus melangkah ke hadapan. Jauh lagi perjalanan kita semua. So rilex jee bak kata crush aku HAHAHAHAHA OPSS
Ini aku nak story pasal malam sebelum result keluar. Aku makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah, gigi tak berapa nak gosok *k ni tipu ja HAHAHA 😂😂 semua benda yang aku buat tak kena. Paling bengap ialah malam tu aku masak nasi untuk aku sorang je makan, tuptup nasi hampir jadi bubur weh ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ’” nasib baik tak terlalu lembik, hm aku makan dengan penuh keredhaan 😢 rasa macam petanda tak elok bakal berlaku esok!
Keesokan harinya, aku bangun macam biasa. Oh lupa nak cakap, malam tu aku dah iron siap siap baju kurung, shawl. Esok tu aku bangun en, aku tengok shawl aku jatuh ke bawah. Dan semestinya dah koyok sikit.... Aku punya bengang la 😤 dah semangat nak ambik result tuptup shawl tak elok pulak. Terpaksa aku gosok kali kedua dengan penuh kesabaran dan kepasrahan. Lepastu, aku punya kalut nak pi sekolah sampai kan bila dah sampai sekolah aku baru teringat yang aku tak makan pagi. Ahhh ni satu bala do. Aku takleh kalau tak makan pagi. Yelah makan pagi tu penting kot 😒 pastu aku sempat la bisik kat perut aku " sabar der result lagi penting dari makan " HAHAHAHAHA
Lagipun waktu sampai sekolah tu memang dah ketaq habis. Aku asyik duk gelak gelak ja sampai Eton rimas dengan aku 😂😂hahahah sabar jelah kalau duduk sekali dengan aku 😂😂 pastu en, Eton ajak aku zikir. Aku pun sambil zikir pastu tetiba rasa nak gelak. Allahu memang SATAN BETUL LAH HAHAHAHA. eton sabaq jelah dengan aku 😂😂 dah la kitorang antara yang terawal datang sekolah. Semangat betul.
Hampir ke angka 10, ramai batch '00 mula memenuhi depan dewan Srikandi. Allahu aku gementar weh ðŸ˜ðŸ˜« aku pegang tangan Eton. Fuh basah der. Pastu aku sambut kedatangan Ishamie, Yashita, Haritha dan ramai lah. Aku sempat lagi kejar Nabilah aka Nabil sebab dia tipu aku kata tak datang ambik result. Hm aku ni hyper teruk kan 😂😂😂 dah pukul 10 lebih, kami semua masih tidak di panggil masuk ke dalam dewan. Pasrah betul semua orang. Aku pun pasrah gila. Semua serba tak kena.
Tiba tiba, aku nampak cikgu bm aku yang kecik molek ja, Puan Rohayu datang menerpa.
"Tahniah tahniah!" dia peluk aku erat erat. Semput k tipu ja 😂😂
Aku tergamam. Gila hang, tengah ketaq tiba tiba kena peluk. Puan Rohayu memang nampak bahagia gila. Aku cam wuish, terkejut der. Aku rasa nak nangis. Nafas aku turun naik.
Ishamie sempat tayang tisu yang dia bawak. Aku sempat snap 😂😂😂
![]() |
| "need this?" 😂😂 |
"Wan, mak kami tanya kami mampu bagi berapa A kat dia. Kami cakap maybe 1A je kot? Taknak letak harapan tinggi sangat."
Aku macam "woi mende 1A je, hang pandai kot even selalu tidoq dalam kelas!"
And guess what.... nama Ishamie kena panggil untuk naik ke pentas do! *pengsan*
And I'm so proud of her! She proved it dekat semua orang yang dia pejam mata dalam kelas pun mampu sauk belambak gila A :"D
Mak Ishamie happy gila, hilang habis kegarangan mak dia selamani 😂😂 sumpah aku bangga. She is one of my best buddies, yang selalu ada waktu jatuh bangun.
Apa apa pun, aku dapat keputusan yang memberangsangkan bagi aku. Aku pun tak expect boleh lulus semua SERIOUS DO I LOVE ALL MY PEMERIKSA 😂😂😂 miracle happens trust me :")
Aku tak expect boleh lulus maths, science and perdagangan. Like seriously doh. Aku peluk Puan Rohayu, cikgu bm aka cikgu kelas aku. Rasa macam mimpi. Bagi aku keputusan aku boek berbanding exam biasa kat sekolah. Aku bersyukur Ya Allah **mata masuk habuk**
Bagi aku, Allah dah bagi lebih dari apa yang aku expect. Even aku rasa aku tak mampu. Even ada ja yang membawang dengan result aku. Alahhh pi mati la semua tu, masih ramai lagi yang bangga dengan result aku. Crush pun wish tahniah tau siap bagi semangat lagi untuk tempuh zaman uni ihiks 🙈🙈🙈❤
So for those yang tak dapat result boek tu, korang still got time untuk fix everything. Dude, SOM is not everything. Focus pada masa depan. Bilangan A bukanlah pengukur kepandaian seseorang. Bersyukur je dengan apa yang kita dapat. Allah knows better! Soooo congrats everyone!
Nah, nah share betapa excited nya aku tengok result. Even aku tak sehebat orang lain. Kesyukuran itu penting :)
Aku rasa this is the first time aku share gambaq aku HAHAHAHA sokay 😂😂 moga kita lebih sukses pada masa akan datang! Jangan putus asa ❤

