Monday, 28 August 2017

Kecewa

Lemme be invisible for awhile. K acah


Assalamualaikum and hai. Aku sebenarnya tengah broken. Tapi aku takmau tunjuk ahaks. Well, aku tak suka menzahirkan kekecewaan aku melalui percakapan. Tapi aku akan tunjuk melalui perbuatan. Aku akan bebai? Itu sudah pasti hahah. Tapi orang tetap takkan nampak yang aku tengah kecewa/broken. Yelah reaksi orang broken mesti akan sedih nangis bagai. Ew nangis. HAHA.



"Kepala hotak ah aku dah study bagai nak rak, ni yang aku dapat?"
"Menyesal sia stay up setiap malam, bukan aku dapat result elok pun"
"Apa benda ni? Asal aku usaha, markah macam tahi aku dapat? Orang lain yang duk goyang kaki je pun dapat result lagi bagus dari aku lah!"
"Dah lah aku give up. Macam bodoh je"
"Lepasni aku malas nak usaha. Nak jadi apa pun, jadilah!"



Ahh. This is students. Termasuklah aku baru baru ni. Aku rasa macam takde guna semua usaha aku. Sia sia.

Haih doakanlah aku untuk SPM. doakan aku dapat ubati kekecewaan aku. Aku taknak kecewa lama lama. Bukan dapat duit pun.

Aku punya give up tu takyah cakap lah. Give up nakmatiy. Aku kalau down, down nak mampus. Ini lah seorang aku.

Sekarang aku ada kat kampung. Tengah release tension (sangat kahkah)

Ciao gais.

Wednesday, 23 August 2017

Berhabuk Teruk

Assalamualaikum para pembaca budiman lagi bijaksana *acah ramai yang baca blog aku HAHA* πŸ˜›

Dah berkurung aku tak bukak blog, tak merepek kat sini. Rasanya last aku update bulan November tahun lepas. Sobs sedih! 

Itupun, aku update melalui ihsan paktam aku pinjamkan laptop dia. I mean, laptop family sebab satu family guna ehe. 

Selama yang aku tak update apa apa ni, macam macam benda jadi dekat aku. Kisah pahit, manis, suka duka. Lagi lagi aku dah form 5, aku ada tanggungjawab besar iaitu SPM. Aku kena focus SPM, itu yang payah tu.

Wattpad pun dah lama aku tak sentuh.
Ask.fm pun dah berkurun tak reply questions. 
Facebook ga usah bilang dong, berhabuk teruk! 
Yang aku aktif sekarang, twitter dan instagram. Instagram tu since ada phone baru yang aktif kemain tu kehkeh 🌚🌚

Well actually, tak tahu nak update apa. Yelah dalam pukul 3 pagi ni semua pakat tidoq, aku je duk celik lagi. Dah lah esok last paper ERT untuk trial. Ya Allah daku berasa sangat sangat lega. Penderitaan bakal berakhir heheh. 

Apa apa pun, doakan yang terbaik untuk aku even orang tak kenal aku sangat (aku yakin ada yang baca blog aku sebab haritu ada dua tiga orang dm aku kat twitter cakap story kat blog aku menarik. Hihi πŸ™ˆπŸ˜†)

Thanks untuk sesiapa yang baca. Ada masa aku update lagi. Oh sebelum ku ucapkan selamat beradu dan menyambung kembali pembacaan subjek ERT, aku nak bagitau yang aku tengah gigih siapkan manuskrip cerpen untuk di hantar kepada satu syarikat penerbitan ni. Syarikat Penerbitan Wahai Sdn. Bhd. Alah yang terbitkan buku buku Inche Gabbana yang Ikhwah Pakai Jeans tu. Diorang ada bukak peluang untuk orang macam aku, untuk hantar karya berdasarkan syarat syarat yang di senaraikan. Bagi aku, agak sukar nak siapkan sebab dia nak kisah benar. Ada 3 tema semuanya;

🌸STIGMA
🌸BULI
🌸DERA

Ha macam menarik kan tema? Aku pilih tema Stigma sebab tema tu quite easy for me. Aku memilih untuk garapkan kisah hijrah kawan aku. Aku pilih dia sebab aku rasa dia unik, kisah jahiliah dia sumpah awesome dari aku. I mean macam, dia dulunya mungkin orang nampak takde peluang untuk berubah tapi sekarang, dia lah manusia yang aku rasa sedang berusaha memburu cintaNya. So, aku tertarik sangat dengan kisah hidup dia. Dan aku harap nukilan aku kalini diterima oleh syarikat, macam tahun lepas aku pernah masuk satu contest kat blog dan aku menang! Dapat duit raya RM30 dengan kad raya buatan sendiri dari owner contest tu. Rasa bersyukur ada orang mampu tengok hasil penulisan aku dari pelbagai perspektif. Aku ingatkan cerita aku yeshe yeshe jerps hihi πŸ˜ŒπŸ˜‚ doakan lah eh diterima. Aku harap sangat, sebab cerpen aku ni akan dibuku kan sekali dengan orang orang yang terpilih. Aku harap aku dipilih! Amin πŸ™ƒπŸ’ž

Okay guys. Gerak lu. Fi hifzillah ✨