Friday, 28 June 2019

Entri Tarik Mengkarung Edisi 12 Syawal

Assalamualaikum evelibadeh 🙋 pekaba? Aku semakin jarang update entri sebab busy gila. Rasanya last aku update secara kerap waktu bulan 2-4 macamtu. Aduh rindu siot nak duduk berjam jam fikir idea untuk blog 😕 sekarang memang busy aku ni takleh bawak bincang. Lagi lagi aku masuk uni bulan 7 ni, memang tak sempat nak sambung cerita dekat SI tu. Sorry gais 😭 tapi jangan risau, aku akan habiskan jugak story kat SI selagi aku hidup hahaha sebab aku takleh nak janji akan habiskan dalam tahun ni. Takpe asalkan siap sebelum aku mati pun dah okay kan? At least kawan-kawan aku baca nanti boleh la mengimbau kenangan time belajar dekat SI. Sebabtu walau apapun jadi aku tetap nak habiskan story tu, sayang la kalau biar tergantung sepi camtu je kan.

For this new entri aku nak update kisah 12 syawal, yang memberi idea ofcos lah si Afifah Zamri. Dan yang menyokong idea tersebut semestinya Atirah Jafri 😒 busy cemana pun aku, aku luangkan jugak masa untuk hampa heheh mohon nangis!

****

16 Jun 2019 | 12 Syawal 1440

Aku duk bersiap berjam-jam depan cermin. Sedar tak sedar dah pukul 8.40 pagi. Apa lagi, terus aku capai phone aku yang lagi satu (aku ada 2 phone) untuk tempah Grab. Lepas dah dapat driver, aku kena tunggu dalam masa 8 minit sebelum si driver sampai ke rumah aku. Agak berjanggut jugak lah aku tunggu padahal dia dekat belakang rumah aku ja (based on location dekat Grab).

Aku sebenarnya rancang nak buat kuih semperit lain untuk Haiqal, tapi malangnya aku takde mood nak buat HAHAH aku kalau nak buat sesuatu kena ada mood. Takut kang nanti kuih semperit tu jadi sunburn lagi haaa kang aku yang terbako melihatnya 😂 Aku terfikir nak beli macaroon jelah dekat Mydin nanti, memandangkan dia suka sangat makan macaroon.

Aku usha jam dekat skrin phone, dah pukul 9. Waktu ni aku baru ada dekat area Pokok Asam. Matey lah aku kalau tak sempat beli tiket! Aku terpaksa beranikan diri cakap dekat abang Grab tu,


"err abang, tiket saya pukul 9.30 pagi."
"9.30? Okay."

Terus zzzuppp! Kereta Bezza membelah jalan raya gitew. Macam formula 1 bhai tapi dengan cara yang berhemah lah. Di sebabkan dia bawak laju aku dah boleh bawak bertendang sikt dalam kereta tu 😂 

Finally, sampai jugak! Wa salute sama lu bro. Di sebabkan dia telah menyelamatkan 'masa' aku, aku rate dia 5 bintang dan rate dia 'excellent service' ekekeke baik kan aku 😂 Lagi 6 minit berbaki sebelum bas pukul 9.30 pagi jalan. Aku terus berlari ke kaunter Perak Transit untuk beli tiket bas. Aku tak peduli dengan mata-mata yang memandang. Semput takyah cita lah, boleh tercabut segala pin tudung dengan cara larian aku tadi. Usain Bolt pun tunduk dengan aku hshshshhs bodo la ayat 😂

Selesai beli tiket yang berharga RM10 (dah naik harga siak zaman awal-awal aku belajar kat SI tiket RM8), aku jalan menuju ke arah bas yang di beritahu oleh pekerja dekat kaunter tadi. Makanya, aku dah selamat berada dalam perut bas Perak Transit.

****

Perjalanan selama 1 jam tu membuatkan kepala aku pening. Tiber je dalam otak terasa macam di cucuk cucuk. Aku turun bas pun rasa macam gayat. Haih spoil betul lah benda benda macamni... mencik!

Aku lintas ke seberang menuju ke Mydin, favourite place tiapkali turun Ipoh 😂 entah la apa yang best sangat pasal Mydin ni tapi yang pasti, takda siapa kenal aku kat sini hehek.


***ok sambil-sambil tu aku boleh la selit sikit sebab kenapa aku turun Ipoh kan? Mula-mula aku rancang dengan Pipah dulu, yang kami nak 'serang' rumah Haiqal tanpa pengetahuan Haiqal HAHAHAHAH siot macam drama pulak. Bukan apa, Haiqal pernah ajak aku datang beraya rumah dia makan cornflakes 😂 sebabtu lah aku fikir nak buat semperit tapi tu lah tak jadi sobs cowie Haiqal 😶 ni kiranya aku turun Ipoh si Haiqal takkan tahu lah. Pastu saja je nak bagi mamat tu terkejut bila nampak aku berdiri terpacak depan pintu sambil buat muka toya HAHAHAH nampak drama lagi! Aku fikir mesti mamat ni rasa bersalah gila dah la dia ada buat salah kat aku sebelum raya haritu! Mesti macam 'weh minah ni dalam duk dingin pun boleh turun Ipoh datang rumah aku omggg' 😤

Tapi betul lah, kita hanya mampu merancang, Allah yang menentu kan. Maka, jalan cerita yang di rancang oleh aku dan Afifah sudah bertukar sebaliknya. Di sebabkan Haiqal already make the things clear, suhu kedinginan aku dekat dia pun dah berkurangan, makanya aku terpaksa la bagitau plan aku dekat Haiqal. Aku fikir kang kalau otw pergi rumah dia lepastu dia takda, tak ke aku pulak yang kena kejutan. Haa nak sangat kan buat kejutan dekat orang wahai Amirah 😒😂


Bincang punya bincang, kami decide nak pergi Aeon Klebang jelah sebab dari Amanjaya nak pergi rumah Haiqal boleh tahan mahal jugak, jenuh kutip syiling aku waktu nak beli tiket bas balik HAHAHAH so untuk menjimatkan duit poket masing-masing, kami jumpa dekat Aeon pun jadi lah. Plan bertukar 360 darjah nampaknya.


ok end!***



Aku pergi cucuk duit dulu sebab dalam dompet aku duit makin berkurangan. Takut tak cukup nak bayar tambang grab dan tiket bas balik Taiping. Kang mengemis dekat tepi jalan aku di buatnya.

Lemme list kan perjalanan aku sepanjang berada dalam Mydin, just to make it short hehehe


1. Singgah Each-a-Cup for air chocolate ✔
2. Pergi mamak nak makan roti canai because I'm super hungry dari atas bas lagi ✔
3. Singgah Harolds Bread beli something untuk Haiqal ✔

Check!


Aku lupa nama panjang dia apa tapi sedap! Plus dapat makan roti canai kuah sambal pedas gila tu pehhh boek ah





Lepas aku dah selesaikan ketiga tiga benda di atas tu, aku decide untuk tempah grab around pukul 11 lebih, tunggu respon dari Haiqal. Aku taknak nanti aku pergi sana dia takda lagi so aku tunggu dia bersiap dulu.

Lepas je dia cakap aku dah boleh bertolak, terus aku tempah grab dari Mydin ke Aeon Klebang.

Pipah pulak macamana? Aku dah pesan dekat dia rehat cukup-cukup dulu baru datang Aeon jumpa aku sebab dia baru balik kerja, so mesti letih en. Kang dia pentoi aku taknak tanggung!

******

Aturan Tuhan sememangnya indah dan tenang 😂 kitorang datang dalam masa yang lebih kurang serentak. Aku bersyukur at least tak buang masa aku nak tunggu dua makhluk tu. Aku sampai dulu, di ikuti Afifah and the last one, Haiqal. Terkejut gak ah tengok dia datang dari belakang HAHAH untuk menutup rasa terkejut tu aku duk gelak-gelak. Lels nak buat kejutan dekat Haiqal tapi sendiri yang terkezut pehal 😂


Lipstick aku dah hilang gais.....



Pastu kitorang jalan bertiga pergi naik Food Court. Time otw tu menyempat le bercerita pasal junior-junior depa, pasal Aeon Klebang yang selalu penuh dengan junior sekolah ABC(Aminuddin Baki Chemor) dan junior sekolah Taib. Indahnya dunia bila tak nampak muka budak-budak Convent kat sini kahkahkah 😎 rengsek aku duduk Taiping HAHAHAH

Aku jadi tukang dengar, Pipah jadi tukang cerita dan Haiqal jadi tukang gelak. Complete 😂

Kitorang duduk kat meja yang agak terpencil dekat tepi tingkap. Tengah duk fikir nak makan apa, Haiqal bukak cerita yang mak dia ada ajak aku dengan Pipah pergi rumah makan makan. Pastu terus Pipah cakap, "ha boleh jugak, jom lah" uwaw pantesnya kamu 😂 aku tanya "serius lah Pipah?"

"Aku pernah ke tak serius Mirah?" Aku terkedu HAHAH. Ni yang best dapat member camni. Asal ajak je terus onz.

Haiqal call mak dia dulu cakap kitorang jadi nak datang beraya.

Aku dari tadi tak habis pening dengan rasa nak muntah tapi aku tahan je. Pipah tak habis habis tengah tenangkan aku, tapi aku rasa sebenarnya dia buat aku lagi rasa nak muntah ada lah. Mana idoknye, dia duk cakap, "sabar Mirah sabar.. aku tau kau gabra nak pergi rumah mertua kan.." eyyy siot nya apa kena mengena 😂 

Kami tongtong duit grab untuk jimatkan kos masing masing. Well, plan bertukar seperti asal nampaknya wehuuu 😎

******

Keluar dari perut kereta aunty grab tu, aku dengan Pipah tunggu jelah si tuan rumah yang tak keluar keluar lagi dari kereta tu. Takkan nak terus masuk, rumah orang tu. Sila behave anak-anak!

Aku tanya Pipah, "Haiqal buat apa do lama sangat dalam kereta aunty grab ni? Dia salam cium tangan aunty tu mintak restu dulu ke?"

Lepas Haiqal keluar tu terus Pipah tanya soalan aku tadi tu, "kau buat apa lama sangat? Salam aunty tu ke?" HAHAHAH mengekek yal kitorang gelak 😂 dah la aku siap rakam lagi video si Haiqal tu turun grab HAHAH biadap betul eh aku, depan rumah dia kot! Kena halau kang sia sia je 😂

Time nak masuk dalam rumah tu sumpah aku segan gila. Takde lah aku rasa macam tak percaya do aku buat kerja segila ini HAHAHAH. Aku tak sangka aku boleh turun Ipoh kali kedua, tak sangka boleh datang terus rumah Haiqal. Beria lah aku janji dengan diri aku yang aku nak turun Ipoh sekali je setiap tahun puih 😑

Masuk rumah tu lepas salam mak Haiqal, kami berdua terus duduk dekat kerusi yang sama. Berlaga badan yal HAHAHAHAH bodo lah kelakar bila ingat balik padahal luas lagi rumah tu, ni nak jugak menyempit dekat kerusi yang sama 😂


Nampak tu dok menyempit ja HAHAHAH

Mak Haiqal tanya kami asal mana? Pipah orang first yang buka mulut, cerita lah yang dia asal Chemor jugak, aku pulak dari Taiping. Aku tak sempat buka mulut, rasa macam ada emas dalam mulut 😑 mak Haiqal tanya lagi, kitorang course apa? Sekali lagi Pipah yang tolong jawab kan :') 

"Saya dekat Permatang Pauh. Haaa dia ni sama dengan Haiqal lah, dekat Sungai Petani nanti."

Aku tengah tahan gelak je ni time Pipah cakap sama tu 😂 aku yang buat plan nak 'serang' rumah Haiqal asal aku pulak yang senyap ni?

Mak Haiqal tanya, nak makan mee ke nasi tomato? Aku semestinya pilih nasi tomato sebab aku tak makan mee. Bihun aku makan lah.

Selesai mak Haiqal hidang semua juadah, mak dia jemput kami makan. Aduh segan aku bertambah level 9999999. Perut aku tiba-tiba jadi sebu, rasa cam taknak makan. Tapi rugi lah tak makan, aku datang dari jauh kot. Selesai ceduk nasi dan lauk, kitorang makan kat bawah. Haiqal join sekali makan nasi tomato dengan kami.

Selesai makan tu kitorang pergi dapur terus nak basuh pinggan dan cawan, pastu mak Haiqal cakap, "ehh tak usah le basuh biar je dekat situ." Tapi aku macam biasa lah degil nak jugak basuh sejak dari beraya rumah ex mertua lagi HAHAHAH 😂 Pipah pun ikut jejak aku lah ni, durhaka!

Lepas makan tu kami gosip gosip kejap, benda wajib kan tiapkali jumpa 😂 gosip di selangi gelak tawa tak ingat dunia. Aku dah macam terlupa yang aku ada dekat rumah orang, sukati ja gelak macam hanet. Tapi takpa lah mak Haiqal pun ada cakap tadi yang si anak nya tu pun mudah terhibur, sikit sikit duk 'hehehe' sikit sikit 'hehehe' 😂😂😂

Aku kira-kira dalam sejam lebih jugak la kami duk bergosip bertukar cerita. Macam macam kami sembang. Dari bab study sampai ke bab membawang HAHAHAH. Pendapat aku en, aku lagi suka kalau berjumpa sembang depan-depan. Feel dia lain macam dari chat atau otp. At least kalau sembang depan-depan, kau boleh tengok reaction orang tu, panahan mata orang tu, gerak geri orang tu, dan paling penting dapat rasakan aura kehadiran orang tu. So, I prefer berjumpa dari text/call if aku ada masa terluang lah untuk berjumpa. Tapi demi depa aku sanggup weh :')

Selesai sembang, Pipah ajak aku balik. Aku pun bangun lah dari bersila dekat bawah pergi ke kerusi untuk ambik beg. Time sampai kat kerusi tu lah tiba tiba je... zap! Rasa macam ada panahan dekat urat kaki. Aku terus duduk kat kerusi sebelum makin parah 😂 dia punya sakit tu macam urat dekat kawasan jari kaki kau tengah bergelora dipukul ombak sumpah tak tipu duh. Yang Pipah dekat sebelah duk gelak gelakkan aku. Dia ingat aku main-main lah tu 😤 bila aku duk mengadu sakit sambil gelak (gelak sebab terhibur dengan situasi diri ini yang seringkali di landa musibah kecil) baru lah Pipah sedar ini bukannya cobaan. Tarik mengkarung at its best 😭😂

Aku suruh Pipah pijak kaki aku yang tengah duk tarik mengkarung tu. Dah takde pilihan lain, kalau tak jangan sampai mak Haiqal mengurut kaki aku pulak HAHAHAH aku dah la tak boleh urut urut ni, sensitif a.k.a geli 😅 time Pipah pijak tu aku rasa macam satu kesalahan besar pulak, menyesal suruh dia pijak sebab sakit gila duh. Ni pijak nak bagi aku hilang kaki ke cane Pipah?!

Haiqal yang baru keluar dari bilik terkejut tengok Pipah tengah pijak kaki aku. Dengan reaction muka aku pun takleh blah. Nasib time ni mak ayah Haiqal takde kat ruang tamu, kalau tak mesti bertambah tebal muka aku 😹

Ambik masa 5 minit untuk aku pulih dari tarik mengkarung. Nasib baik tarik dekat bahagian jari kaki je, kalau dekat betis lagi menyengat rasa dia. Aku pernah kena teruk waktu dekat SI, sampai terpaksa skip kelas pergi Unit Kesihatan sebab effect dia tu sampai aku takleh jalan. Pipah suruh aku bangun dan try jalan. Nasib boleh jalan macam biasa, kalau tak aku tumpang tidur rumah Pipah! 😂

Bila dah okay, aku dan Pipah mintak izin untuk balik. Sebenarnya bukan balik terus pun, tangkap gambar dulu HAHAHAH. Time nak snap gambar tu, baru aku hulur macaroon dekat Haiqal.  Respon awal dia macam biasa lah, "ehh..." sambil tersipu sipu lewls 😂 Tu je aku mampu bagi sempena birthday dia 😔

Sebenarnya gambar ni aku crop sebab dia pakai selipar 😂 dia yang suruh crop ataupun cover dengan apa apa hahaha

Tengah tengok masa depan

Tangkap berpuluh puluh gambar, tapi beberapa gambar je yang elok pun 😂 and for me gambar candid yang lawa pun HAHAH sebab tak nampak kekok


Kesian photographer tak berbayar asyik dok snap gambar kitorang je

This is candid bruh I tell you 😂

Kalau tak gelak memang tak sah

Ya ampun mata gue... panas terik punya pasal

Apa apapun, thanks Haiqal sebab ajak kitorang datang rumah makan makan ehe. Unexpected plan but the plan goes really well. Terima kasih daun keladi, nanti aku datang serang lagi 😆

Lepas photoshoot di tengah panas selama sejam, aku decide untuk lepak mamak dulu dengan Pipah sebelum ambik bas pukul 4.30 petang. Pipah pun bawak lah aku pergi makan dekat satu kedai mamak dekat area Chemor, lepak jap sebelum Pipah balik rumah dia, aku ke Amanjaya.

Murtabak kongsi, sweet kan kitorang uhuks 😏

Thanks Pipah sebab teman sepanjang perjalanan! Wuv you 💕




Wednesday, 12 June 2019

Entri Berani Mati Edisi Raya Kelima

Assalamualaikum heyyo wassup geng! Dah lama aku tak update apa-apa cerita dekat sini. Busy nau. Last aku update yang pasal kesenduan aku agagaga. Takpe sekarang aku dah okay sikit! 😁

Ni aku nak bagitau siap-siap, entri ni sebenarnya khas untuk kawan-kawan aku je (mention: Afifah, Atirah, Afiqah & Najwa Deng). Diorang yang nak sangat aku up cerita ni dekat blog. Especially si Pipah tu siap merayu kat aku haish tak sampai hati aku nak tolak permintaan dia :') Aku pulak duk fikir berkali kali samada nak tulis atau tidak sebab benda ni ada kena mengena dengan yang masih hidup dan paling penting, kena mengena dengan my ex crush 😂

Okay, di sebab kan aku update dekat blog, of course lah orang lain pun boleh baca. Maaf kalau ada yang tak selesa ke apa. Takde niat apa apapun. Sekadar untuk memuaskan pembacaan rakan-rakan aku pada awalnya so jangan salah sangka. Plus nanti kalau aku dah tua boleh la aku mengimbau kenangan beraya di rumah dia for the first time kan :') okay jangan sendu mirah!

Bismillah. Mari kita mula kan ~

****

Dalam dua tiga hari kita seronok beraya, aku dapat jemputan raya ke rumah ex crush. Yang ajak tu adik dia a.k.a adik angkat aku. Sebenarnya boleh di katakan tiap tahun Adlin ajak aku beraya dekat rumah dia tapi aku segan (kan dulu aku suka abang dia so macam segan la kalau bertembung ke apa dah la dulu gemuk gila selemuih hodoh nakmatiy 😂). Aku dah agak tahun ni aku mesti akan di jemput lagi hehehe so memang dari awal aku dah berkira-kira untuk datang. Dah ada keyakinan sikit dan aku pun dah tak ada simpan perasaan dekat dia 😌 Aku tak sabar nak jejakkan kaki ke rumah ex, for the first time setelah berkali kali Adlin ajak dulu. 

8 Jun 2019

Malam tu, aku gigih pergi beli barang untuk buat semperit susu untuk di bawa ke rumah ex HAHAHA gigih nau 😂 aku fikir kalau setakat pergi dengan tangan kosong macam tak syok lah pulak, jadinya aku terfikir nak buat semperit susu. Ya aku buat sendiri 😂 Lagipun dulu waktu aku sekolah mak dia baik sangat dengan aku even tak pernah berjumpa depan depan. Rajin bagi itu ini. Aku teringat waktu first day aku nak exam SPM, mak dia bekalkan puding untuk aku 😋

First try, sunburn gila weh semperit tu :') dah la bentuk bunga tak berapa nak lawa, tiber pulak sunburn! Aduh parah ceni. Dah la tekan acuan tu pun separuh mati. Yang burn tu takpe, sebab ada banyak lagi acuan yang aku tak tekan tapi itu lah, tangan aku dah nak tercabut dah ni. Dah la buat kerja sorang-sorang, cousin aku dah tidur sobs.

Percubaan membakar kali kedua, alhamdulillah nais gilaaaa omgeh aku nak nangis kegembiraan hshshshsh. Dah la kaler pink pastu tak burn macam tadi aduh serius lawa (pada pandangan mata aku). Bunga cantik ke tak tolak tepi janji naik dan tak burn macam tadi lol.

Ni percubaan kali kedua! Warna dia nice duh


Di sebabkan banyak lagi acuan tu, aku terpaksa buat sampai habis. Pukul 4 baru aku siap baking. Sakit pinggang, lenguh tangan toksah cakap la, rasa nak baring terus kat dapur. Selesai susun kuih yang aku buat tu dalam balang dan kemas dapur, baru aku tidur. Tidur yang tak nyenyak.


9 Jun 2019

Aku siap berbaju kurung, pin tudung dan make up dalam pukul 1 lebih. Aku siap awal takut Fazleen sampai awal. Tak sabar plus berdebar debar. Sambil menunggu Fazleen datang ambik tu boleh la prepare susun semperit untuk di bawak ke sana. Aku letak dalam bekas kecik. Aku pilih kuih semperit yang lawa lawa je, ada lah yang burn sikit aku letak jugak sebab susah nak mencari yang lawa lawa sebab yang paling lawa banyak kat bawah balang besar yang aku susun pagi buta tadi 😂 yelah takkan nak bawak yang sun burn teruk tu pulak malu le aku. Cousin aku siap puji lagi cakap semperit aku sedap, cukup susu bagai tapi sayangnya banyak yang sunburn :') sepupu aku tu bukan senang nak puji, kiranya tu memang kenyataan jujur dari dia. Aku redho kuih aku tak lawa hm asalkan sedap kan? Tu paling penting.

Ni haa ada yang burn sikit, ada yang nice 😂


Tunggu punya tunggu, Fazleen masih enggak kunjung tiba. Aku terpaksa duduk depan kipas stand tu sebab taknak make up cair 😂 lek aku tak make up tebal pun ish, aku make up takat tutup cela cela dan bagi wajah berseri ja ekekeke.

Last last, Fazleen datang ambik aku pukul 3 lebih. Sebab tukar plan tanpa sengaja. Yang lambat tu sebab kawan lama si Fazleen ni tiber tukar masa cakap openhouse waktu tengahari. Pada awalnya cakap waktu pagi. So terpaksa Fazleen datang waktu tengahari. Dah tu terkejar kejar nak ambik aku pulak dengan sesaknya. Tak apa aku tak kisah lambat atau cepat janji sampai.

Masuk je dalam kereta, terus aku bukak google maps. Aku ikut google maps yang Adlin send tu. Aku tukang bagi direction. Malangnya tukang bagi direction pun macam harey 😂 dua tiga kali pusing duk salah jugak haih. Paling takleh blah aku boleh tersilap kiri kanan. Aku syak wayar dalam otak aku dah berbelit sebabtu kiri kanan pun dah tak kenal. Alih alih jalan mati, alih alih rumah orang lain 😂 betul lah fakta mengatakan bahawa perempuan memang fail kalau bab bab nak tengok direction waze bagai ni sobs. Kesian doh Fazleen yelah dia yang bawak kereta kan. Dah la dia duk gaduh nak terkencing la apa HAHAHAH aku suruh dia tumpang kencing kat rumah aku taknak. Aku syak aku jadi loqlaq harini sebab nak beraya rumah ex kot :') itu yang asyik bagi salah direction ja.

Aku cuba untuk tengok direction bebetul. Akhirnya aku sampai dekat location yang Adlin send tu. Tapi yang pelik, kenapa macam bukan rumah dia?

Aku try call Adlin. Dia tak angkat. Banyak kali aku call. Aku sekadar call whatsapp ja sebab takde credit. Yang si Fazleen dah gelabah nak membuang. Siap ugut lagi "hang jangan sampai aku kencing dalam kereta haaa" HAHAHAH ngek 😂 aku dah la dengan berdebar nak pergi rumah ex, dengan sesat nya, dengan nak menenangkan si Fazleen, dengan si Adlin tak angkat call. Pening woi!

End up aku keluar dari kereta, aku try usha rumah-rumah yang ada kat situ. Memang sah bukan rumah Adlin. Sebab lorong tu sunyi, dan takda kereta ayah dia. Aku kenal kereta ayah dia a.k.a bekas bapak mertua ku eh tiber hshshshs.

Aku pergi balik kat kereta, bersandar kat tingkap. Tengok jam dah pukul 4. Takkan aku nak sia siakan waktu dengan tunggu macamni. Tiba tiba otak aku terfikir benda yang aku rasa paling mustahil untuk aku lakukan tapi aku TERPAKSA.

"Weh... nak aku call M ke?" tanya aku dekat tepi tingkap kereta.

*aku bahasakan crush aku tu sebagai M la HAHAHAH 

Fazleen memang menggalakkan aku untuk call si M sebab dah takda cara lain. Call Adlin tak angkat, kang balik rumah terus aku yang sendu. Makanya, aku terpaksa memaksa diri untuk call M. Aku mengeluh kasar. Aku takut doh nak call dia, yelah kang dia ingat aku call sebab nak menggatal pulak aih. Tapi benda dah tak boleh nak elak. Terketar siak tangan aku nak call dia. Macam biasa, call whatsapp je mampu.

Harey betul, dia pun tak angkat jugak! Aku mula la fikir dia tak angkat sebab tengok 'nama aku' em korang faham tak maksud aku? 😂

"Dia tak angkat! Aku dah la takda credit nak call biasaaaa huarghhhhh" aku mula menggila dekat tepi tingkap. Memang aku dah macam orang sakai dekat luar tu. Aku ada gak try whatsapp dia cakap 'M nak alamat rumah' tapi dia tak online eherher.

"Haaa takpa takpa, guna phone aku. Aku ada credit." fuh lega aku bila dengar Fazleen cakap macamni.

"Okay bak fon hang." aku mintak dari luar tingkap.

"Hang buatpa kat luaq tu, masuk lah kot ya pun ishh." Fazleen mula beletiaq gaya mak mak. Dah la dengan cuaca mendungnya, gaya macam nak hujan. Aku berjalan masuk ke dalam kereta seperti yang di arahkan.

Aku dial nombor Adlin dulu. At last, operator yang jawab. Fuh terbako je aku 😂 tapi aku husnudzon mungkin tetamu ramai lah tu, itu yang tak angkat call. Tapi sampai bila aku nak duduk tersadai kat tepi jalan ni dengan Fazleen. Perut aku pun dah kemain berdendang bagai. Aku tak makan apa-apa lagi, cuma makan time pagi je.


"Weh Fazleen, Adlin tak angkat doh! Cemana ni siak aduh memang takda cara lain dah. Try call M pulak lah." tangan aku berpeluh peluh mendail nombor ex crush. TERPAKSA WEH TEPAKSA! Fuh ini kalau dia tak angkat sebab nombor tak kenal memang aku balik terus bersama kuih semperit 😂

Selesai dial, aku tekan butang hijau dekat skrin. Jantung aku dah berdegup kencang dengan kelajuan 60km/j. Bunyi 'tuutt tuuut tuuut' tu pun dah buat aku rasa nak terkencing sekali bersama Fazleen.

Tiba tiba, hilang 'tuut tuuut' tu.

Aku diam. Aku nak sebelah sana yang cakap dulu.

"He.. lo?" suara garau kedengaran di sebelah talian. Suara yang seakan akan baru bangun tidur, macam suara orang malas.

Sumpah, aku rasa aku macam tak cukup nafas. For the first time aku dengar suara dia. Selama aku suka dia( 2 tahun) dan selama aku kenal dia sampai sekarang, aku tak pernah langsung dengar suara dia. Otp tu lagi laa tak pernah gila ke 😂

Tapi aku macam tak sure tu suara dia ke siapa so aku tanya, "helo.. ni M ke?" Yelah kotkot aku tersilap orang ke, tahtah tu suara ayah dia ke apa sebab selama aku mengenali dia, expectation aku terhadap suara dia lain dari apa yang aku dengar pada saat itu. Serius.

*ok lah kalau duk cakap pasal suara dia sampai kiamat tak habis

"Ya saya..." jawab dia bersahaja. Macam rilek je gaya dia, memang baru bangun tidur apa?

Aku terus cakap, "err nak alamat rumah boleh tak?"

"hantar kat nombor ni ke apa?" soal dia balik. Memang sah la dia mamai HAHAHAH aku syak jela 😂

Laju je aku cakap terus, "ehh bukan bukan, hantar kat..." belum sempat aku nak cakap habis, dia potong pulek.

"Ni siapa?" soalan dia buat aku rasa nak tercabut jantung. Ni dia dah hilang mamai ke apa hshshsh

"Ni Amirah." aku jawab bersahaja, padahal tengah kawal suara dari shaking hshshshhs

Lepas aku cakap nama aku, lama gak dia diam sebelum dia balas, "ohh okay okay." Ha suara ni baru macam di alam nyata sikit 😂

"Okay thanks tau." belum sempat dia nak jawab sama-sama, aku dah tutup.

"FAZLEEN AKU TAKUUUUIIIITTTT!" jerit aku dalam kereta. Aku tak sangka dapat cakap dengan dia, dengar suara dia, after 4 years weh 😂 even conversation tu formal. Aku taktahu ah asal jantung aku tak habis habis degup lagi. Dia bukan sebab suka, mungkin sebab aku tak pernah sembang dengan dia kot, like seriously tak pernah. And one more thing, dia first love aku jadi.... *ok topic end

Lepas je dari aku call dia, terus aku tengok kat chat kitorang yang dia dah bluetick aku. Haaa on pun mamat ni. Dia reply "ehhh" sebelum send location yang tepat. Aku macam apa benda mamat ni eh eh, nak terkejut pulak agagaga

Lepastu aku reply, "tadi cari tk jumpa" and dia laju je reply, "haha ni jumpa la kot"

Untuk tamat kan perbualan, aku reply "Haaa okay thanks" 😆

Lepastu aku tekan maps tu, aku tengok betul-betul. Rupanya lorong 9! Ini lorong belas belas dah ni aduh tersasar jauh aku. Aku taktahu samada Adlin bagi silap alamat ke apa, ke google ni yang gelong. Terus Fazleen start enjin kereta dan blah dari situ. Ga usah membuang masa lagi!

****

Dalam dua tiga minit kemudian baru sampai ke tempat yang sepatutnya. Dari jauh dah nampak Avanza ayah dia. Dan dari jauh nampak ramai gila junior junior aku. Aduh malu aku ceni. Aku nampak Adlin tengah sembang dengan junior junior(kawan kawan dia la kiranya) dekat luar. Nampak gaya macam depa dah nak balik.

Aku memberanikan diri turun dari kereta. Aku jalan ke depan dulu seperti yang di suruh oleh Fazleen. Fazleen dah tak sabar nak membuang tu.

Aku tarik nafas dalam dalam, dan lepas... Okay mirah sila jalan :")

Waktu aku on the way berjalan ke rumah dia, semua yang ada kat depan rumah tu pakat pandang aku. Weh bapak takut!

Fazleen bisik kat aku, "pehal depa semua pandang kita? Tak pernah tengok orang ka."

"Tak depa pandang aku lah tu, tu semua junior convent."

Makin dekat dengan halaman rumah dia, aku makin berdebar. Aku takut lah tiba-tiba M ada kat belakang pintu ke haa tak ke luruh jantung aku 😂

Aku terpaksa buat jejak kasih jap dengan junior-junior aku dekat situ especially dengan si Ros sebab Ros yang paling rapat dengan aku. Gaya Ros macam dah nak balik, siap berhelmet bagai. Lepas salam apa semua, aku berdiri depan pintu rumah dengan Fazleen, menunggu Adlin yang tengah melayan kawan-kawan dia nak balik.

Selesai semua tu, Adlin ajak aku dengan Fazleen masuk rumah. Oi berdebar 😭 Aku ikut belakang Adlin. Waktu otw nak pergi ke ruang tamu, langkah aku terhenti. Aku nampak macam ada mamat yang aku kenal tengah bersandar kat kerusi panjang dengan seorang budak perempuan. Budak perempuan tu aku kenal, Sofea adik bongsu depa 😂 yang di sebelah Pia tu macam aku kenal!!! Di sebabkan mamat tu terlindung di sebalik Pia, so aku tak berapa nak nampak empunya badan tu, tapi aku yakin itu adalah M. Depa dua macam tengah tengok tv sebab time tu tv terbukak, tapi nampak gaya macam si M tu baru bangun tidur je.

Langkah aku masih statik. Fazleen duk tolak tolak aku ke depan, suruh aku jalan dulu. Aku takut doh nak jalan depan si M 😂 tak kisah la dia baru bangun tidur ke apa. Aku suruh Fazleen bersabar dulu even aku tahu tahap nak terkucil Fazleen sudah berada di skala 6 😂 Aku tunggu je Adlin patah balik untuk 'jemput' aku hahahah.

Dua tiga minit kemudian baru Adlin datang balik. Aku tanya dia tandas kat mana? Buat buat cool pulak hek eleh Mirah 😂

"Meh la Lin nak tunjuk." Adlin ajak aku dan dia terus jalan ke depan. Tanpa membuang masa, aku follow dia cepat-cepat dari belakang. Waktu jalan depan M, sumpah aku rasa macam nak tumpang kencing sekali 😂 seram sejuk ja aku rasa. Aku tak pandang langsung dia even aku tahu tu adalah dia.

Masuk je ruangan dapur, kehadiran aku dan Fazleen di sambut mesra oleh ibu Adlin. Senyum lebar je ibu even muka letih. Aku tersengih sengih. Waktu aku salam ibu, aku terus sua bekas yang berisi kuih semperit susu. Aku cakap, "ni ada kuih sikit heheh." 

Ibu Adlin ucap terima kasih dengan senyuman yang tak lekang di bibir dan tanya, "buat sendiri ke ni?"

Aku sengih sengih dan balas, "haah buat sendiri tu hehehe."

Ibu cakap, "uih nampak tu Lin, buat sendiri tu." dan gelak gelak mesra dengan Adlin. Waktu ni aku dah kembang semangkuk yal HAHAHAHAHAH 😂 rasa happy gila duh.

Aku teman Fazleen melunaskan hajat. Sambil sambil tu sempat betulkan tudung memandangkan ada cermin dekat bilik tu. Aku rasa ni bilik untuk solat, ada sejadah dan cermin panjang. Ada bilik air sekali dalam bilik tu. Kecik je ruangan bilik tu.

Selesai segala benda, kitorang keluar dari bilik tu dan terkebil kebil. Tak tahu mana nak pergi sebab Adlin tiba-tiba hilang. Di sebabkan blur punya pasal, kami patah balik ke tempat tadi. Makanya, terpaksa lalu depan si M tu lagi. Haih hanet betul aku dah tak larat nak berdebar debar ni 😩 Waktu lalu tu macam biasa, aku tak pandang langsung dia.

Tak lama lepastu, Adlin muncul kembali. Hish memang macam chipsmore betul lah dia ni. Aku tanya nak makan mana? Adlin tarik nafas dan bawak aku kembali ke dapur 😂 and yes kena lalu lagi depan tu ey!! Ni dah masuk 3 kali aku duk lalu lalang depan ex.

Rupanya kena makan dekat meja makan area dapur tu. Aku malas nak pandai pandai duduk tadi, yelah rumah orang kan. Lepas Adlin 'hantar' kitorang balik ke sini, terus dia menghilang, pergi layan tetamu yang lain kot.

Terhidang 3-4 jenis makanan. Yang paling menarik perhatian aku ialah lontong! Aku capai mangkuk kecik dan cedukkan nasi impit untuk Fazleen dulu. Waktu tengah ceduk tu, tiba tiba ibu Adlin lalu. Aku kawal gerak geri aku dari parkinson.

"Haa makan je makan. Ambik je banyak banyak."

Aku dan Fazleen tersengih sengih macam kerang busuk.

Selesai ceduk untuk Fazleen, aku ceduk untuk diri sendiri pulak. Aku ambik lontong sebab aku memang dah lama craving lontong. Rasa nak nangis duh ibu cam tahu tahu je kahkah ok perasan 😆

Fazleen tetapkan dalam 20 minit je duduk situ lepastu terus balik sebab waktu tu pun dah nak dekat pukul 5.

Dalam duk makan makan tu, tiba tiba ibu lalu balik dekat meja makan dan tanya lagi, "ni sekelas dengan Lin ke?"

"Eh bukan. Senior heheh." jawab aku malu malu. Malu sangat 😒

Ibu pun 'ohhhh' kan aje sebelum berlalu pergi.

"Mak dia kenal hang ke tak?" tanya Fazleen.

"Entah la.. macam tak kenal je tapi gaya dia sambut aku tadi macam kenal. Eh taktau aku. Dia tak cam aku kot yelah dalam ramai ramai orang ni kan." aku cuba berhusnudzon.

"Tapi mak dia tau kan hang nak mai?"

"Haah tahu. Adlin bagitahu cakap 'kak wan nak mai' eheks." aku tersengih.

5 minit kemudian, ayah Adlin pulak datang menyinggah sembang dengan kitorang, tongkat dagu terus dekat meja tu 😂 fuh ex ayah mertua ku HAHAHAH jk jk

Ayah Adlin cakap, "lahai keciknya ambik mangkuk. Haa makan makan, tambah lagi. Rugi wooo kalau hampa tak tambah." aku dalam hati, haih peramah betul family ex ni 😂

Aku pun senyum gelak gelak centu jelah sambil suap lontong. Fazleen pun duk tergelak gelak.

Gaya nak habis makan, tiber pulak ada satu family ni datang dekat meja makan. Ibu dan ayah salam salam depa dan jemput depa duduk sekali dengan kami. Aduh bertambah segan aku di buatnya. Nasib dah nak habis makan. Fazleen bangun dulu maka tinggal aku je kat meja tu, duk menghirup kuah lontong buat kali terakhir.

Time aku kalut nak bangun tu tiba tiba pakcik tu(maybe kawan ayah Adlin kot) cakap, "eh apa cepat sangat makannya duduk la."

Muncul pulak ayah Adlin dari belakang dan cakap, "Itu lah pasal kerja nak lari je, duk malu malu pulak hai budak budak ni." memang merah la muka aku cita dia 😂 tak guna Fazleen biar aku sorang sorang kena bahan!

Sebagai tetamu yang berhemat aku tolong basuhkan mangkuk, cawan dan sudu aku dengan Fazleen. Time nak basuh tu ibu lalu kejap kat dapur dan cakap dekat aku, " eh takpayah la basuh, biar sis Lin basuh." di tambah dengan gelak gelak di hujungnya. Memang ibu dia kaki gelak macam aku ke cane 😂

Aku tak dengaq kata, aku teruskan membasuh ja (Pipah cakap mungkin sebab ni aku demam, sebab aku ingkar arahan ex mak mentua)

Lepas selesai membasuh pinggan, aku bagi isyarat mata dekat Fazleen, tanda 'jom blah'. Macam biasa lah, aku kena jalan dulu.

Aku pergi balik dekat meja makan tu dan cakap kat ibu yang aku nak balik dah. Ibu macam 'alaaa nak balik dah ke, cepatnya'. Ayah pun macam 'loo awai lagi nak balik dah' aduh aku jadi tak sampai hati nak balik awal 😢😂 tapi nak buat macamana, aku tumpang orang kan. Yang satu family tu pun bagi reaction yang sama jugak, macam taknak aku pergi HAHAHA

Lepas salam mak dia apa semua, aku terus lalu dekat ruang tamu. Aku perasan dia still ada dekat kerusi tu, aku tengok guna ekor mata aku ja HAHAHAHA.

Aku gi cari Adlin nak bagitau yang aku dah nak balik. Reaction Adlin sama macam ibu ayah dia dan family pakcik tu 😂

"Alaaa cepatnya nak balik. Takmau makan kuih kuih dulu ke.." Aduh aku rasa bersalah tapi apakan daya 😭 it's okay nanti saya datang lagi ekekeke

Adlin ajak tangkap gambar, benda wajib tiapkali kami jumpa sebab yela bukan senang nak jumpa kan. So aku pun tunggu jap dekat depan pintu rumah dengan Fazleen sebab Adlin masuk jap buat apa entah. Tapi aku intai dekat tingkap yang terbukak sikit tu, nampak macam Adlin pergi dekat M. Tingkap rumah yang terbukak tu menghubungkan terus ke ruang tamu sebabtu aku nampak.

Dalam duk menunggu tu Fazleen tanya aku, "M tengok hang tak tadi?"

Aku menjongket bahu, tanda tak tahu. "Entah la aku tak pandang dia pun dekat kerusi ruang tamu tu. Malu do."

Aku pandang lagi sekali tingkap tu. Aku terperasan M tengah pandang tingkap yang sama, maksud nya tengah usha aku dari jauh. Aku terus siku si Fazleen dan bisik, "FAZLEEN DIA PANDANG WEH!"

Fazleen pusing belakang untuk tengok sipi sipi and yes, dia memang tengah usha dari jauh 😂 

Tiber Adlin keluar bersama handphone di tangan dan aku rasa tu bukan handphone dia. Tapi cover phone tu cute sebab cover phone We Bare Bears 😆 jadi aku tanya lah tu phone siapa.

"Ni phone M." balas Adlin sambil gelak gelak. Aku pun ohhh kan jelah sambil tahan gelak. Aku kan jenis mudah terhibur jangan salah faham.

Adlin suruh si Min (adik M yang nombor 2) tolong tangkapkan gambar kitorang. Guna phone siapa? Phone si M lah 😂 uwaw sangattt.

Lepas dah snap beberapa kali, aku pun mintak nak tengok jap gambar gambar hasil tangkapan sebentar tadi. Sambil slide tu aku saja gurau, melawak gitu. Aku cakap, "uish ni dok slide slide ni kang terslide gambar awek dia mampus aku hahahahha." aku bantai gelak macam siot 😂 Lepastu Adlin balas sambil gelak gelak, "dia mana ada awek lah."

Belum sempat aku nak bukak mulut Fazleen terus cakap, "hang ada peluang lagi nampaknya jangan risau." Aku buat muka terkejut dan gelak. Harey punya member cakap takda tapisan langsung HAHAHAH dah la ada depan rumah dia! Aku takut gak ah nanti tiba tiba dia muncul dari belakang dan terdengar apa yang Fazleen cakap tu tak ke naya je. Sia sia kena hambat balik HAHA jk jk 

Kami sambung snap gambar lagi. Adlin ada snap gambar aku berdiri sorang dalam 2-3 keping. Lepastu bila aku tengok gambar tu aku cakap kat Adlin, "uish ada gambar akak sorang ni boleh la suruh dia buat wallpaper dah alang alang kan." Lepastu aku gelak. Weh wtheck aku cakap macamtu siak 😂 Aku sendiri tak sedar macamana lajunya mulut aku menutur kan kata kata sebegitu rupa 😂😂😂 maaf M kalau baca! Melawak di petang raya ja okies 🙏😂

cc : Adlin a.k.a ex adik ipar HAHAH jk jk
Dah puas hati tengok semua gambar dan ada lah beberapa yang cantik dan memuaskan, maka aku pun mintak izin untuk undur diri. Dah pukul 5.30 petang. Kesian Fazleen nanti kalau lewat lewat sangat.

Sebelum melangkah pergi aku pesan dekat Adlin, cakap kat ibu yang kuih semperit aku tu burn sikit, sikit jee tak banyak hahaha. Aku cakap kuih semperit tu main panas tadi sebabtu sunburn. Adlin gelak sambil geleng kepala. Dia dah cukup masak dengan perangai loqlaq dan lawak bodoh aku :')

Aku melambai lambai ke arah Adlin sebelum berjalan menuju ke kereta. Bapak jauh aku suruh Fazleen parking. Sebelum tu, aku membuang pandang ke rumah ex buat kali terakhir (apak ayat aku agagaga). Kalau panjang umur aku datang lagi(untuk beraya)

Thanks driver!


***

Sorry ex kalau terbaca and rasa annoyed ke terasa ke apa. Seperti yang dikatakan tadi, pada awalnya ini untuk 4 makhluk di atas tu dan takda niat apapun. Apa yang duk gurau lawak lawak tu memang sekadar gurauan, ya saya suka melawak dan ketawa. Kalau terasa ke apa boleh pm tepi kita settle cara baik 😂😭🙏 hope you are doing fine, always :)

p/s: terima kasih sangat sebab angkat call. kalau tak sampai ke sudah saya tak sampai rumah awak. kalau tak memang semperit tu berkecai dekat tepi persimpangan jalan tu

nota lagi satu : for those yang tahu siapa si M tu diam diam ja okay. Siapa bahan aku,tanya aku dah move on ke belum aku block HAHAHAHAHAH

Cantiknya camera huawei ex agagaga


Sunday, 2 June 2019

I've Reached My Limit.

Aku penat.

Penat pendam dan telan semua kesakitan yang orang buat dekat aku. Aku punya penat tu sampai aku tak sedar mata aku berair. Aku ni payah lah nak nangis, tapi sejak dua menjak ni sumpah mood aku barai. Afifah siap kira lagi dah berapa hari kitorang murung dan benda ni ofcos boleh berpanjangan memandangkan aku masih lagi tak mampu nak heal sendiri.

Banyak benda yang aku terasa, tapi aku keep on pendam, pendam dan pendam. The thing is sampai bila?

Kadang aku suka memberi lebih dekat orang yang aku sayang, dan expect orang yang aku sayang akan memberi 'lebih' jugak dekat aku.

Aku tak mintak banyak. Aku tak mintak benda mahal-mahal untuk di balas. Cukup dengan sekadar MENGHARGAI. Hargai apa yang aku dah buat, segala effort yang aku taburkan selamani.

Sometimes a small little effort can make me feel appreciated. Tapi benda sekecil hama pun orang susah nak buat. Effortless. Nampak macam aku sorang je beria menghargai. Umpama bertepuk sebelah tangan. Apa salahnya kalau sama-sama menerima dan memberi dalam kuantiti yang sama, atau lebih sikit.

Aku selalu tersilap memberi dan menghargai dalam hidup ni. Banyak kali.

Dek kerana itu lah, aku sendiri yang terluka.

Aku type ni pun dah rasa penat siak. Penat hati lagi sakit dari penat kudrat.

Takkan lah aku pulak terhegeh nak cakap dekat semua orang "weh hargai la apa yang aku buat ni" fikir aku ni apa? Common sense lah.

Satu lagi benda yang aku terasa; aku ni ramai ja kenalan tapi TAK SEMUA kenalan aku function waktu aku susah. Aku rasa macam sia-sia ja kita kenal dan kawan. Apa motif kita berkawan kalau waktu aku susah buat aku macam tak wujud ja? Tapi bila bab nak minta tolong laju je hahahanat.

Di sebabkan tu, aku decide untuk malas nak ramah sangat dengan sesiapa yang aku kenal samada dekat social media atau in real life. Lagi lagi yang macam rapat dengan aku. Sumpah terasa bodo haih nama pun hati bukan kaki. Yelah apa function doh ramai member tapi sekor dua je function? Apa motif kita kenal? Setakat nak tambah list contact jeke? Hahaha gampang.

Tapi benda paling tak boleh go on bila kawan kawan kau sendiri tak function jugak :) like seriously, kita rapat gila kot. Kalau rapat so-so tu aku boleh terima lagi, ni yang memang betul kamceng fuh dia punya sakit hati tu macam kena tikam bertubi tubi. Takkan tiapkali aku ada masalah aku nak kena chat "weh aku ada masalah do nak dengar tak" aduh dah macam mengemis je yal. Nama pun member, tanya ah buat caring ke apa, jadi pendengar yang ikhlas, show some effort. Ni bila aku bagi hint ada problem boleh buat bodoh and just live your fcking life. Ignorant af.

Umpama membiarkan aku sembuhkan luka aku sorang-sorang.

"Eh takpe lah biar dia tenang dulu, nanti dia ok dia cari aku balik la tu"
"Ala biar la dia nanti ok lah tu macam tak biasa"
"Takyah la tegur, biasa la sedih sedih"

It hurts tho.

Itu lah yang aku cakap, aku terlalu memberi, sampai aku sendiri sakit. 

Tak apa lah amirah, lepasni jangan ambik peduli dah pasal orang yang macam bodoh ni. Jaga hati sendiri dulu. Biar orang nak cakap aku sombong ke apa, aku dah penat jadi baik.

From now on, aku nak kecikkan lagi circle of friends aku. Biar tak ramai kawan asalkan function waktu kau susah. Quality over quantity.

I'm so tired. Thanks for those yang dah rosakkan mood aku sepanjang tahun ni :)

Pergi mati buat insan-insan yang takde effort dalam friendship. Member susah pun korang boleh tutup mata peh power lah ✌

Ada kawan aku pernah cakap, kadang Allah uji kita di saat kesusahan sebab tunjuk mana satu sahabat mana satu kawan (correction: musibat). Baru nampak mana satu function, mana satu macam taik.

Terima kasih buat yang masih bersama dengan aku dan function di saat aku susah mahupun senang, tak henti henti bagi semangat, bagi solusi and so on. Aku nampak effort korang. Sebab ada ja manusia-manusia yang masih bersama dengan aku sampai sekarang tapi tak function langsung. Macam berkawan dengan tiang.

Sorry aku dah penat. Mungkin ini adalah entri paling bosan yang korang pernah baca tapi peduli apa aku. Blog aku suka hati aku lah. Luah kat korang pun bukan korang sedar, tak ubah apa-apa pun.

Banyak benda aku nak tulis tapi aku dah tak larat. Mentally tired.