Saturday 19 December 2020

Amirah Masih Wujud.

Salam hi korang........ aku memang bukak blog setahun sekali ke macamana HAHAHAHAHAH

ok terhibur sendiri. 

sedeyy idop.

sobs.

entri kat Penang pun aku tak sempat nak tulis habis 😔


Straight to the point, aku takde plan pun nak tulis blog harini. Senang cerita entri kalini sumpah paling random sebab tak rancang. Sebab sejenis aku kalau nak tulis apa-apa kat sini, aku akan rangka dulu sikit-sikit, aku akan take time berjam jam depan laptop semata nak brain ayat dan susun jalan cerita untuk blog, dan dua tiga hari kemudian baru aku publish untuk pembacaan umum ewah ayat lewlss 💁 Ini tak, sumpah terpaling random and I'm shockEd


Aku tak tahu nak cakap apa doh, like.... I've no idea what I wanna say and why this entry exist. First time aku tulis blog takde hala tuju 😂😂😂😂 


Tahla. Takde yang menarik pun untuk entri kalini. Paling penting aku rasa annoyed dan takda mood dengan semua orang yang menunjukkan perangai annoying diorang sejak dua menjak ni. Mungkin sebab aku penat dengan online class + assignment belambak tambah dengan aku ada 2 bisnes nak kena handle TAMBAH LAGI DENGAN NAK MELAYAN MANUSIA YANG KADANG MENYAKITKAN HATI


fun fact about me: I rarely feels annoyed with people tapi bila aku rasa annoyed waktu tu, YES YOU ARE FCKING ANNOYING


Entah la aku syak sebab aku penat kot. Contoh situasi la kan, ok lah takyah situasi..... sksksksk aku bet semua orang pernah ada rasa macamni 😂 

Disebabkan aku rasa annoyed teruk level rasa menyampah gila tahap barbie dengan semua, aku borong jajan belambak gila nakmampos semalam. Also aku beli 3 chocojar siak wtf what happen to me aigooooo T.T also aku beli brownies 2 packet siak haih ni aku yang makan ke saka sia pastu aku auto rasa nak emo sikit sebab barang yang aku order tu sampai lambat HAHAH yela Shopee kan. Nasib ada satu chocojar ni dia boleh COD area rumah aku



tengok lah ni astaga. brownies aku order kat member HAHA


Konklusinya disini, do whatever makes you happy. Ok I mean, benda yang aku buat tu takde la 100% buat aku happy cuma aku rasa puas sebab at least aku tak hamburkan kemarahan aku dekat manusia yang  buat aku annoyed, aku pergi habiskan duit dekat makanan. Alhamdulillah manusia manusia tu patut bersyukur diorang masih hidup *dehem 10 kali

Even it doesn't makes you fully happy, still sakit otak dan sakit hati, but at least it is one of the process of healing. Terapi orang kata 😝

Menulis dekat sini pun satu terapi rasanya. Tengok la.. aku dah kurang sikit rasa annoyed tu HAHAHAH okay sekarang baru faham kenapa aku random menulis blog harini 😆 macih blog muah

Jap ni dikira cari bila perlu ke? HAHAHAHAH ye lah time sibuk nakmampos tak teringat pun blog, bila tengah down baru teringat "ohh aku ada blog rupanya" hm ampun bang jagung 😌😔

Tah la korang I is pewnut. Korang doakan aku boleh survive dan sukses untuk ODL sem ni okay? Dan semoga bisnes aku makin maju.

Nak dekat setahun aku tak update apa-apa kat sini. Harap pembaca setia aku masih wujud. Dan pemilik blog ni masih wujud jangan risau, even macam chipsmore kejap ada kejap takde sksksks

Plus banyak benda yang jadi dalam hidup aku sepanjang tahun doploh doploh ni. Miracle la kot paling banyak? Yang pasti aku sendiri dapat rasa hidup aku banyak berubah sejak mindset dan jiwa aku turut sama berubah ke arah yang lebih baik. Kemon dah nak masuk 21, takkan kau nak hidup bersama otak level budak-budak lagi kan?

Okay raklu semua. Thanks for reading!

Much love for you all! weheee




p/s: aku baru sedar blog ni dah cecah usia 5 tahun. selamat datang ke tadika anakku blog

p/s kali kedua: in shaa Allah kalau ada masa dan ada mood aku update blog, I mean... untuk second entry for 2020 sebelum kita melangkah ke tahun 2021 dimana aku taktahu la bila corona ni akan habis. sendu sangat ah entri untuk tahun 2020 ni mohon menangis untuk aku :'D

Thursday 26 December 2019

Masih Hidup.

Assalamualaikum and HELOOOOOOOOO EVERYONE!? Sumpah lah aku ada blog? HAHAHAH yall I'm sorry sebab menghilang lama gila. kiranya nak dekat 6 bulan aku menyepi kan? Takde khabar berita, tah hidup ke dah mampos si Mira ni 😂

Jangan risau geng, aku masih hidup. Cuma kehidupan aku kalini agak berbeza. For the past 6 months, macam-macam dah jadi. Tempoh tu sama dengan ketiadaan apa-apa entri di blog aku. Bersawang habis.

Aku tak tahu nak start dari mana. Aku hilang kata-kata, tibeh. Nak start dari mana eh? Sumpah takde idea 😭 aku dah hilang skill penulisan aku sobs.

Ahah it's okay. Let's make it short, malas nak panjangkan entri ni sebab nak bahagikan some stories yang aku fikirkan dekat entri lain ehek 😈

My latest picture. Sejak jadi budak OM aku dah reti jaga penampilan kahkah(even still rasa selekeh but at least ada la confident sket dalam 70%)


WHERE DID I GO?

Kalini aku dapat bilik dekat aras 2 gais uhuk

For those yang tak tahu atau mungkin terlupa, aku dulu budak pra diploma. So aku sambung study for diploma dekat UiTM Merbok, Kedah. No more UiTM Seri Iskandar ') sebab itu lah blog aku bersawang. Aku daftar sana 20 Julai, seingat aku lah. Dah masuk alam baru faham faham le, busy yakmat! Dengan kena hadap MDS buat kali kedua, tempuh minggu interim, macam-macam lah. Okay jangan suruh aku cerita pasal MDS Merbok, sebab it's going to be a loooooong story 😂 boleh kejang jari jemari aque geng. Cukup lah aku story pasal MDS dekat UiTM SI. Kalau kat SI takpe semua boleh, dekat Merbok banyak kisah perit dari bahagia termasuk kisah MDS. MDS zaman aku pra dulu best nakmampos okay 😤


Aku setia membawa alpaca ni sampai ke Merbok


WHAT COURSE?

Waktu isi penerapan, budak budak pra diploma di beri 3 kuota sahaja. Makanya, dekat atas sekali aku isi course Pengurusan dan Teknologi Pejabat. Yang kedua pulak aku letak Penulisan Artistik. Yang ketiga serius aku lupa HAHAH 😂 samada Banking atau Pentadbiran Awam. Ya Allah muda lagi dah nyanyuk haih.

Takdir Tuhan yang tak di sangka sangka, aku dapat course yang teratas sekali. Tentu sekali aku gembira sebab aku memang target course OM, namun dalam pada masa yang sama aku agak berbelah bahagi. Aku tahu, dalam izin Tuhan tu akan tetap ada ujian yang tersendiri.


FIRST IMPRESSION VS REALITY DEKAT TEMPAT BARU?



So far so.... idk. Naik turun, atas bawah, bersimpang siur, berliku-liku, berakit-rakit kehulu berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian. K hambar.

Macam yang aku cakap dekat atas tu, aku hepi sebab dapat course yang aku nak, aku yang nak sangat dapat dekat Merbok sebab konon agak dekat berbanding Dungun(sebab course OM pun ada kat sana jugak), pastu dengan member Merbok duk cerita cakap Merbok best. Aku pun rasa tak sabar le nak menempuh life baru di Merbok. 

Bila dah masuk baru aku tahu, sesungguhnya aku dah lama berada dalam zon selesa(UiTM SI). Kalini Tuhan nak ajar aku the real student life is. Indah khabar dari rupa. Kelas jauh kena naik bukit, masakan dekat dewan makan dan cafe tak sepadu SI dan harga kadang-kadang boleh tahan mahal jugak, tempat outing semua agak jauh. Tambah dengan environment yang memang tak kena dengan jiwa. Yep, memang itu di namakan tempat belajar kan, selalu belah belah ceruk gitu(jangan kecam aku eh HAHAH benda realiti).

Beza gila SI dengan Merbok. Aku rasa menyesal sebab tak enjoy dan explore SI puas-puas waktu zaman pra dulu. Acah busy focus study dulu, sekarang menyesal teruk! Bukan aku je rasa, geng-geng SI yang tercampak dekat Merbok semua mengalami rasa yang sama.

Konklusi pertama, kitorang tak boleh move on dengan SI 😭
Konklusi kedua, cukup lah Allah bagi tempoh 6 bulan untuk kami merasa senang dekat SI.
Konklusi terakhir, redha itu perlu bila dah tercampak dekat tempat baru yang tak kena dengan jiwa. Kena terima dengan hati yang terbuka. Kalau tak terima kang tak tenang jiwa nak belajar eceh.


DOES ANYTHING CHANGE?

Semenjak masuk Merbok, dah macam macam yang jadi. Macam macam yang aku tempuh, yang aku alami. Dalam apa yang berlaku, ada yang baik dan sebaliknya. The biggest thing that happened to me, okay boleh sedia tisu dah kot gais? lol jk jk. I won't story secara detail. It's just 3 words to describe everything;


I T   H U R T S  A L O T

Penguat semangat tiapkali airmata aku jatuh waktu broken teruk dulu; gambar Afifah ;')

Benda ni yang berjaya buat aku menangis dekat luar koridor waktu otp dengan Najwa, at that time minggu kedua aku dekat Merbok. Benda ni jugak lah ganggu focus aku waktu minggu interim. My life kinda miserable waktu awal-awal masuk Merbok, serious talk. Nak mulakan hari pun rasa tak semangat. Semangat aku betul-betul hilang. Lagi bertambah emosi bila environment tak kena dengan jiwa. Aku tersangat lah murung. Rasa down gila. Rasa macam silap besar mohon course OM dan berharap untuk dapat dekat sini. Kalau tak mesti benda tu takkan jadi. Outing dengan member-member SI baru aku rasa semangat tu ada balik, rasa happy sikit, pergi karok semua. Tapi tulah karok pun aku pilih lagu-lagu broken apoo 😒 

Aku punya level mental breakdown sampai dalam dewan pun nangis tetiba. Dah la alone takde geng, tak kenal classmates lagi. Sakit.


Awal-awal lagi airmata aku dah jatuh HAHAH sumpah ni bukan aku woi. Boleh tanya member-member aku, siapa yang paling kental, ego tinggi dan tak mudah nangis? Nama aku yang depa akan sebut laju tanpa teragak-agak 😂 Aku hanya akan menangis kalau benda tu memang betul-betul menyakitkan.


*pasang lagu Lucid Dreams by Juice WRLD (my current favorite song)


Sakitnya tu aku tak boleh describe. If I said it hurts, I really mean it. Aku tak main-main. Benda yang paling aku nak elak dan taknak rasa dah dalam hidup ni ialah rasa broken di sebabkan manusia. Kalini punya broken paling pedih nak habaq mai.

Everything has changed. If it was changed for the better, I'm truly okay with it. Unfortunely, it's getting worse. Berminggu-minggu aku fikir, mana silapnya aku? Mana silapnya our friendship/relationship? Apa punca dia? Kenapa semua dah lain?

I still see your shadows in my room
Can't take back the love that I gave you
It's to the point where I love and I hate you


Benda ni start goyah sebelum masuk Merbok lagi. Tapi aku take it positive, aku tahu benda boleh bawak bincang, dan aku tahu dia sejenis yang boleh di ajak berbincang. Awal-awal boleh bincang lagi, dan kami kembali macam biasa. Lepas masuk Merbok, terus jadi lain. Aku terlupa, yang manusia boleh berubah. 

Honestly, aku dah hilang semua tentang dia, setelah melangkah ke alam baru, dunia baru. Yes, environment baru, tapi aku tetap nak manusia yang lama, jiwa yang aku pernah kenal dulu. Apakan daya, hidup ini punya pilihan. Manusia di beri kuasa untuk memilih.

Dia memilih untuk melangkah ke depan, jadi diri yang baru, jadi siapa je aku nak halang? Aku bukan siapa-siapa dah.

I didn't want it to end
I watch it blow in the wind
I should've listened to my friends
Did this shit in the past
But I want it to last


Kalau dulu, ada yang 'selalu ada'. We both are bestfriends, but the way we act like more than friends. Yang sentiasa semangat cerita hari-hari yang dia lalui. Conversation tak pernah terhenti. We always have that deep conversation tiap malam; talked about life, socmeds, gossiping etc. Partner gossip membawang for sure. Yang sentiasa cari aku untuk bercerita even the smallest thing, benda yang macam 'alah tu pun nak cerita?' but I always lend my ears to hear all the stupid and funny stories sebab aku suka dia cerita, aku selesa, aku sayang. Yang selalu dengar luahan aku, idea merapu aku. Yang seringkali juga menjadi tempat untuk aku korek idea, sebab dia suka bagi macam-macam idea untuk aku. Yang softspoken, jarang menyakitkan hati. Yang aku sanggup korban apa saja semata untuk dia, untuk tengok dia happy. Yang aku always pamper, comfort. I love how he treat me before masing-masing ke alam baru. Dia juga punca kenapa blog ni kembali segar di tahun 2019, yep he is the reason, one of my supporter.

Aku hilang dia. Paling sedih, aku juga hilang diri aku buat beberapa ketika. It hurts when you lose yourself because of someone you love.

Even at that time macam dah renggang, aku still usaha dan cuba repair apa yang patut. Macam-macam yang aku buat untuk kembali macam biasa. Aku pernah pesan, communication is the key. Apa-apa bincang terus, heart to heart conversation, bagitau apa yang tak suka, yang tak kena. Kalau benci sekalipun, bagitau. Sebelum blah, bagitau. I think I have done my part. I have done my best. Nampak macam aku yang beria.

It takes 2-3 months untuk aku betul-betul heal. Kalau tanya sekarang ni aku dah betul-betul move on ke? Jawapan aku, yes and no 😃 sebab? Move on dari rasa sayang itu ya, move on dari kenangan belum tentu, dan move on dari segala kesakitan yang dia bagi, tentu nya tidak.

Time dia sakitkan aku, dia boleh happy dengan kawan-kawan, kenapa aku kena seksa kan diri dengan bersedih pasal dia? Dia sikit pun tak kisah, tak pernah tanya pun aku okay ke tak, sihat ke, sakit ke, mati ke. Effortless. Dia boleh ignore aku macamtu, kenapa aku tak boleh? Segala janji-janji dia dulu memang ternyata kosong, sekadar kata-kata.

I start to love myself. Dulu, aku lebihkan dia dari diri sendiri. Kesakitan yang dia bagi buatkan aku lebih menghargai kawan-kawan, buatkan aku seronok menerima orang-orang baru dalam hidup aku(classmates, roommates etc.). Aku start aktifkan diri dekat uni. Aku mampu berdiri sendiri. Aku hargai apa yang masih ada. Yang dah pergi tu, biarkan saja. Aku mula percaya dengan aturan Allah, dan aku percaya, akan ada yang jauh lebih baik untuk aku nanti, even dulu aku rasa he is the one. Allah knows best.

Diorang yang selalu comfort waktu aku broken teruk dulu 😭 ajak lepak jenjalan semua sebab nak bagi aku happy. I'm so thankful!!!

Jangan risau, aku halal kan semua benda sepanjang dari zaman pra aku kenal dia, paling penting aku dah maafkan dia. Cuma aku takkan lupa. Heartbreak is not a joke guys. Benda ni efek segala aspek dalam hidup aku. I'm so thankful aku ada kawan-kawan yang supportive, yang ada waktu aku broken teruk sampai aku heal. Aku bersyukur tak sama kelas, kalau tak boleh bayang tak macamana aku nak hadap dia? Selisih sebelah pun dia buat bodoh je. Nak kata mesej aku ke apa, takde pun. From bestfriend to stranger real quick. Mungkin dia dah ada yang baru, idc 😂 I have my own life too, buat apa nak begging someone to stay dalam hidup kita dah kalau dia taknak? Common sense. Nampak macam aku yang beria.

Kalau nak aku pandang dari sudut positif, macam yang member member selalu cakap kat aku tiapkali aku meroyan, "Allah nak bagi yang jauh lebih baik dari dia untuk hang". Sejak dia blah, aku anggap semua yang ada di sekeliling hanya lah pinjaman. Kalau kau nak blah, berambus je aku dah tak kisah. Sikit pun tak goyahkan aku dah. Macam yang Tirah selalu cakap, "dia yang rugi sebab hilang hang." Betul jugak tu, aku tak rugi apapun. Satu ayat Elis yang aku takkan lupa, "PONDAN JA TINGGAL TANPA KATA-KATA''.

Siapa buat aku broken lagi, siap sedia la dengan depa, semua set-set gengster ni 😤

Back to the old days waktu zaman pra dulu, dia janji benda ni kat aku, "Mira, kita jumpa in the future okay?" "Aku nak kita jadi bestfriend kalau boleh buat selamanya" "Hang satu satu nya girl bestfriend yang aku ada, takkan ada yang lain."

People change, memories don't. The word still remain dalam kepala aku, aku tak lupa even dia mungkir janji :) this shit has taught me alot of things, and really change me to the best version of me. I'm totally grateful. Thank you for hurting me.

OKEY ENOUGH FOR THIS SENDU PART! Let's move on to the last one (maybe?)

Feel much better now! No man no cry HAHAH

HOW'S MY SEM 1?

Pada awalnya, aku terciduk teruks! Sebab awal-awal lagi aku dah start berkecimpung dengan macam-macam aktiviti. Aku cuba nasib untuk jadi exco Multimedia tapi aku dapat bahagian Publisiti untuk kelab under course aku iaitu OMSA(Office Management Student Association). Lepastu aku masuk Brass Band, position bass drum. Patutnya aku main snare sebab waktu sekolah aku main position tu tapi coach pujuk aku suruh main bass sebab katanya aku dah ada basic so better main yang susah susah sikit peh 😂 Dua benda aku masuk tu pun dah boleh buat aku terciduk. Penat yakmat, hari cuti aku akan di ganggu dengan training band dekat HEP. Aku kena jadi morning person while my rumet sekalian duk syok terbongkang tidoq lepas subuh. Tidur tak cukup itu pasti, pernah tidur sejam je sebab uruskan event. Pernah balik dari post mortem pukul 4 pagi, lepastu solat isyak, tuptup nak dekat pukul 6 kena bangun solat subuh pastu pukul 8 pagi pergi kelas. KAU GHASE? Paling perit bila balik bilik lewat pastu tengok rumet rumet kau dah tidur nyenyak, sakit hati woo 😂


This is my first time handle event! Gementar jugak la, dah la kerja aku banyak gila time ni, terkejar sana sini. TERCIDUKS
Second time, event Caprice. JAP MATA AKU TENGOK MANA TU HENETS

Awal tu aku macam redha dan trying to be okay dengan kesibukan aku. Aku fikir, dah sibuk nakmampos ni mungkin akan membantu aku dalam fasa nak move on ni. Nak move on kena sibukkan diri. Sesungguhnya aku bukan acah acah busy, aku bebetul busy sampai takde masa untuk diri sendiri. Member ajak lepak kat bawah pondok membawang sambil makan keropok pun kadang aku terpaksa tolak.


The third and the last aku handle event for this semester yeay!

Sampai satu tahap benda tu dah start menganggu akademik aku. Maths aku paling terciduk ah, subjek lain aku boleh lagi. Dalam sem ni saja 3 kali aku menangis sebab maths 😭😂 mental breakdown. weh sumpah dari zaman sekolah aku tak pernah doh nangis pasal mana mana subjek. Masuk diploma ni pehal tacing teruk, tacing pasal subjek pulak tu kahkah. Tiapkali masuk kelas math mesti aku murung. Semua tengah buat latihan aku nganga je mampu. Aku baru nak start semua dah siap?! Mementang aku ni otak lembab. Yelah nak buat math ni otak kena segar, takleh stress, takleh letih. Ni aku banyak benda nak kena fikir, pasal hal event, kerja aku sebagai exco, latihan drum aku, sumpah penat nak mampos. Sebab penat aku nangis. Broken sebab tak faham subjek yang di ajar lagi perit dari broken kena tinggal 😂

Pertengahan sem aku lagi 2 kali ganda busy. Masuk diploma ni banyak betul assignment grouping pasal video lah projek itu ini haih. Kesibukan yang macamni berjaya buat aku betul-betul kuat nak melangkah kedepan tanpa dia. Zaman pra pun tak tough macamni. Mental fizikal kena kuat. Aku beruntung dapat groupmates semua boleh bekerjasama, sebulu, ada common sense, semua buat kerja. Even aku selalu group dengan orang yang berbeza, semua aku boleh masuk(bcs I'm introvert).

Masuk week kematian (week 10 and above) life aku kembali stabil. Sebab segala event yang aku kena uruskan dah settle, segala presentation aku dah habis, kecuali presentation OBM131 aku buat week 12. Kira awal la jugak kan? Kelas lain week 13/14 baru nak kalut kahkahkah. Pada awalnya aku merungut sebab kelas aku semua benda nak laju. Submit semua nak cecepat. Ending dia baru aku nampak hikmahnya, bila kau dah settle awal-awal kau dah tak payah nak kena fikir benda tu lama-lama. Terima kasih tak terhingga kepada barisan lecturer saya ehek 🙈 Maths aku pun dah tak terciduk. Bak kata member "mirah selalu perform waktu akhir akhir, buat comeback" HAHAHAH takdenya chor 😂 anggaplah result quiz dan test maths aku yang makin meningkat tu sebenarnya atas pertolongan dari Dia.

OBM100 presentation & roleplay; Chinese New Year

OBM131 layout office presentation. Subjek paling tough sebab nak buat layout office 3D tu bukan bishe bishe. Tudung aku dah macam ribut taufan siak HAHAH IDC JANJI PRESENTATION SETTLE

Aku tak sentuh lagi en pasal classmates.... hahahah. So far semua okay nakmampos, macam bersatu hati even semua orang jarang sembang dalam kelas, yelah kau datang kelas nak nyembang ke blajo hah 😂 Awal awal aku cam "eh boleh ke aku masuk dengan diorang, diorang dah la mostly 18, aku 19." At last kamceng teruks. Dalam kelas aku budak lelaki 5 orang je, tapi depa punya hingaq dan menganjing tu fuh 😂 sumpah baru aku dapat rasa chemistry kitorang kuat. Semua masuk ayaq, sporting teruk, loqlaq depa bukan bishe bishe. Tak macam zaman pra dulu, classmates laki perempuan macam rasis siot. Pastu berpuak puak pulak tu. Class aku ni ada je puak memasing tapi kami takkan sembang sesama puak kami je. Kami sembang dengan semua, grouping pun kadang tak ikut puak. Jujur, aku sayang depa semua 😭 sepanjang satu sem ni dah macam macam kami tempuh bersama. Itulah yang di namakan bersatu kita warga UiTM 😂 K HAMBAR.

Saja letak gambar semua tak ready. HAHAH (+ Miss Tasnim in this pic ehe)

Incomplete. Nanti sem 2 kalau nak keluar makan ramai ramai camni pastikan semua kena ada! 😤

Aku beria la cakap aku nak tulis sikit je kat sini, end up panjang jugak entri kali ni. Sokay memandangkan aku dah lama tak menulis apa salahnya en 🙆 aku harap tak ada yang terkurang dalam entri ni, takut la jugak ada apa-apa yang tertinggal. Lagipun tak menang tangan aku nak type pasal semua benda, from starting week 1 till week 14 peh tak sanggup yal 😂 kiranya ni aku just make it short lah(even tak berapa nak short). Sorry sesangat tau korang 🙏

Btw tak sangka dah nak masuk tahun 2020. Pejam celik pejam celik je duyaii 😬 tolong doakan beberapa benda boleh? Buat yang menyinggah ke blog aku dan sudi baca sampai habis, tolong doakan agar Wan Nur Amirah binti Wan Noor Eduan

- dapat menjawab final dengan tenang
- lulus semua subjek sem 1 dengan jayanya
- di beri ketenangan dalam hidup
- dapat capai ideal weight
- dah tak jumpa mamat sampah

paling penting

- crush suka balik 😂

Okay yang last tu sem 5 nanti ahaks #ytjt

Aku tak mention pasal crush en kat atas? hahaha biar lah rahsia. Tapi aku memang betul-betul suka dia, dok usha dari minggu interim lagi. Menyempat lagi kome si Mirah cuci mata, padahal waktu tu tengah broken pasal dia 😂 we will see sejauh mana rasa suka aku tu boleh bertahan. Sebab aku ni jenis setia, kalau suka kat sorang, memang sorang tu jelah, bukan jenis aku la nak crush kat semua jantan dalam satu masa. If I said I like him, I really mean it. Plus aku bukan jenis yang rapat dengan lelaki. Kalau dia dah ada makwe nanti terpaksa redho ah HAHAHAH siapa suruh lambat confess. Setakat ni yang aku dah selidik memang dia single mingle triangle 😏 Benda boleh rilek buat apa rushing. Masa masih panjang, buat apa nak gopoh pergi confess. Lagipun, dia tak tahu pun aku suka dia. Sem 5 atau waktu grad nanti aku confess! Aku nak enjoy this feeling menyukai orang dalam diam. Thanks to my crush, dia pencetus untuk aku teruskan niat nak move on 😝 Kalau jodoh tak kemana kan. Itu yang suruh korang doa beramai ramai tu, moga tak bertepuk sebelah tangan HAHAHAHAH🌚 penat tau tak nak jumpa orang baru.

Nak aku up gambar dia kat sini ke? MEMANG TAK LAH GENG HAHAHAHAH

Baik letak gambar aku. Btw sejak aku disakiti, aku dapat rasa aku makin glow and shine. Bak kata twitter, 'when you break someone, she might getting more beautiful and stronger, thanks to you. But she wasn't the same person anymore.' Indeed!

Oki itu aje! Sebelum aku mengakhiri entri ni, aku nak ucap selamat melangkah ke alam 2020. Sesungguhnya di tahun 2020 tak ada kereta terbang, duit aku yang makin terbang.


Saja letak sini. Lesson learnt.