Yeah! Aja-aja fighting! Semangat! Hehe assalamualaikum semua. Sesungguhnya rasa kelakar pulak bila buat azam untuk pertengahan tahun. Selalu nya orang azam awal tahun, start tahun baru. Hmm rasanya tak salah nak berazam bila-bila masa pun.
"Apakah azam pertengahan tahun Wan Nur Amirah??"
Banyak giler azam pertengahan tahun ni! First, nak buat yang terbaik untuk peperiksaan penggal kedua bulan Ogos ni. Kalau boleh nak kasi straight A's! Tapi boleh ke? haihh... pelan-pelan kayuh. Takpe, berusaha!(pujuk diri sendiri). Serius cakap result mid-year examination ni teruk sangat. Sangat-sangat teruk. Tersangatlah teruk. Gila-gila teruk. Terlebih teruk. Okee banyaknya TERUK -_- Arghh tension! Walaupun orang sekeliling kata result saya tak seteruk mana, ok-ko centu la, tapi bagi saya teruk. T to the E to the R to the U to the K equals to TERUK. Huwaa... nak nangis :(
Takpe wahai diri dan sahabat-sahabat yang jatuh di medan peperiksaan, sila bangun dan berdiri elok-elok, kasi stabil dan jangan goyah. Bila dah stabil, kita bukak langkah perlahan-lahan, dengan tekad dan semangat yang masih berbaki turut serta senyuman terukir di bibir. Lepas tu, bila dah mula berjalan lama kita sama-sama mula berlari kencang. Yeah! Teruskan berlari. Jangan berhenti berlari. Abaikan apa orang sekeliling cakap. Lari dan lari lah! Sampai kita semua nampak satu bukit. Bukit itu sarat dengan liku-liku dugaan dan untuk part ini semua orang sila kuatkan hati,kumpul kan tenaga sebab nak daki bukit. Jyeahh!! Daki, daki dan terus mendaki. Aku tahu kita semua penat mendaki, sampai ada yang menangis, putus asa! Wahai semua, bangkit lah! Memang dunia ni penuh dengan cabaran. Jangan risau semua, Allah ada untuk kita semua. Mari, jangan nangis, jangan jatuh balik. Terus kan mendaki. Heyy people! Kita dah nak sampai ke puncak! Puncak kegemilangan! Puncak kecemerlangan! Kita dah berjaya! Setelah tabah menghadapi macam-macam dugaan, akhirnya kita di puncak! Aip aip! Jangan gembira sangat dengan kejayaan. Bila-bila masa kita boleh jatuh balik. Jadi, kau stabil kan keadaan kau dari setiap sudut, dari segala segi. Kasi mantap segala-galanya, kasi sama di dunia dan akhirat, in shaa Allah kau berjaya selama-lamanya dan takkan jatuh! :D
Stay strong semua. Nak berjaya bukan mudah ya. Jangan mudah putus asa, Allahkan ada. Berusaha dan berdoalah.
Dan.. tetapkan matlamat dalam hati. Kau pergi sekolah tujuannya apa, kau nak capai apa, kau nak gapai apa. Dugaan sentiasa datang dan kena tabah hadapinya. Seimbangkan matlamat di dunia dan akhirat, in shaa Allah berjaya. Kau boleh! Aku boleh! Kami boleh! Kita boleh! Study smart yeahh!!! :D
Dear myself. Stay and keep strong. Allah always with me. In shaa Allah kejayaan dalam genggaman. Ya aku akan berusaha. Kejar kejayaan. Biar letih asalkan dapat. Doakan saya untuk exam penggal kedua bulan Ogos ni dan exam akhir tahun bulan Oktober ni! Saya pun doakan anda-anda semua jugak :)
Semoga Allah merahmati anda semua.

