Tuesday, 19 February 2019

I Survived! #5

Assalamualaikum my beloved readers! Jadi mari sambung menghayati pengembaraan aku sepanjang menempuh Minggu Destini Siswa (MDS). 

------

Selesai sudah MDS pada hari pertama menjejakkan kaki ke UiTM Seri Iskandar. Nak dekat pukul 12 baru kami di benarkan balik ke kolej masing-masing. Gila tak letih! Hari first pun aku dah pancit, apatah lagi nak melalui hari-hari yang mendatang. Malamtu aku tidur tak tenang πŸ˜ͺ duk teringat dekat rumah ja hm. Dan aku teringat dekat ex crush (ah bodoh lah benda ni HAHAH) bukan apa, aku berharap dia akan contact aku lepas aku bagi something kat dia sebelum aku datang SI. Aku ada bagi hadiah kat dia tapi melalui kawan baik dia so aku berharap yang dia akan contact aku, cakap terima kasih pun dah cukup janji aku nampak lah yang dia menghargai apa yang aku bagi tu. Malangnya, ucapan goodluck study pun aku tak dapat.



Pasal ex-ex crush ni nanti aku buat entry lain pulak eh(kalau rajin) 😬 bila dikenang memang sakit hati tapi aku menulis dekat sini sekadar luahan rasa dan pengajaran bersama πŸ˜—πŸ˜Œ but aku takkan direct cakap siapa mereka-mereka ni, tapi kalau mereka-mereka ni baca dan terasa itu adalah mereka haaa lantak lah HAHAHAHA πŸ˜›πŸ˜‚


Roommates aku semua sepakat tidur kat bawah. Diorang usung tilam letak kat lantai. Aku je tidur atas katil. Wawa ada ajak tidur bawah sekali, tapi aku segan. Sebab aku ni tidur ganas takut kang esok pagi semua dah arwah kena tindih dengan aku HAHAHAH jk jk πŸ˜‚ aku takde lah seteruk tu haip! Diorang tidur kat bawah sebab bilik panas gila, lagi-lagi yang dapat katil bawah macam aku dengan Sya, mana nak kena kipas sangat. Tapi aku terpaksa tabahkan diri. 

Sebelum tidur, kami dah start sembang sikit-sikit. Tanya asal mana, sekolah mana dulu, SPM macamana, pastu menyempat lagi risau pasal subjek-subjek yang kami bakal belajar nanti which is Accounting, Mathematics dan Management. Dalam bilik aku semua budak pra diploma. Aku mati-mati ingat Syakirah tu budak degree sebab muka matang seriusπŸ˜… dan bila pertama kali aku nampak dia terus aku teringat kat Iqa. Diorang macam seiras duh 😭 Nad pulak muka comel-comel gitu tapi dia nampak macam kekok sikit dengan aku, kening dia unik aku suka! Wawa pulak pipi pau bertahi lalat, suka senyum, comel πŸ˜† Sya dengan Nad asal Perak, cuma Wawa ja asal Selangor. Kiranya dalam bilik aku 3 orang Perak, sorang Selangor.

Entah macamana, kami masing-masing tiba-tiba senyap lepas duk rancak bersembang pasal diri masing-masing. Tak lama lepastu, aku tengok diorang semua dah sedap tidur. Aku tak boleh tidur duh. Rasa tak selesa. Mungkin awal-awal memang macamni (padahal sekarang ni, aku paling rindu katil aku ok!). Aku duk check phone, main twitter apa semua sampai pukul 1 lebih. Tak lama lepastu aku pun lentok sekali. Letih.

------

Pukul 4 pagi jam aku berbunyi. Lagu 'I Took a Pill in Ibiza' remix menjadi pilihan aku. Sebab lagu tu rancak so aku set la even berdesing telinga aku dah la letak kat tepi bantal πŸ˜‚ aku bersyukur aku sedar yang jam aku berbunyi. Cepat-cepat aku tutup bunyi jam takut menganggu yang lain. Teraba-raba aku nak ambik barang-barang mandian dengan hanya bercahayakan lampu torchlight yang aku dah selit siap-siap kat bawah bantal malam tadi. Aku takut nak bukak lampu bilik, takut menganggu roommates aku yang tengah tidur. Aku tahu masing-masing letih. 

Time aku baru nak bukak pintu keluar dari bilik untuk pergi mandi, aku perasan Wawa pun turut sama bangun. Tapi jam dia tak bunyi lagi. Mungkin dia nampak kelibat aku nak pergi mandi awal-awal pagi ni kot πŸ˜‚ memang time aku masuk tandas tak ramai lagi yang mandi. Yelah baru pukul 4 siot. Tapi memang sepanjang MDS pukul 4 aku akan pergi mandi, sebab taknak berebut bilik air dengan budak-budak aras aku yang lain. Lagi-lagi bila OC-OC kata pukul 5 suku dah kena berkumpul.

------


5:15 pagi. Dua kepala tu time MDS tak kenal lagi πŸ˜‚ lepas MDS tetiba boleh jadi geng pulak



Aku keluar bilik sama-sama dengan roommates pukul 5 macamtu. Awal gila kan! Aku beruntung roommates aku semua jenis tak suka melengah-lengahkan masa (time ni HAHAH). Time ni tak ramai lagi yang tunggu dekat perkarangan kolej. Dalam 5 suku macamtu baru lah nampak ramai yang keluar dari bilik dan beratur ikut blok dan aras. Oh lupa nak cakap, kami semua adalah penghuni Kolej Cempaka Sari dan terbahagi kepada blok Anggerik 1 dan Anggerik 2. Aku aras bawah, of course beratur paling hujung. Dan aku beratur paling depan sekali dengan si Wawa. Wawa memang suka betul duduk depan πŸ˜πŸ˜‚ time solat pun dia suka rebut saf depan. Aku ni kalau boleh nak elak dari duduk kat depan tapi nak buat guane. Time ni aku agak bebai sebab nya ramai yang tak turun lagi, so kitorang tak boleh nak gerak ke Pusat Islam lagi. Bengang siak sebab aku dah penat berdiri beratur sesak-sesak camni. Panas siot waktu ni. Lastly nak dekat pukul 6 pagi baru kitorang jalan beramai-ramai pergi PI untuk solat berjemaah. Hampir sejam ok berdiri! Mana tak bengang, dah lah tak cukup tidur. Hari kedua MDS dah merungut macam-macam haih.

------



7:37 pagi. It's time for breakfast!



Second day of MDS. Tiada apa yang menarik berlaku pada pagi ni. Tapi sejujurnya aku paling bersemangat pada waktu makan pagi, makan tengahari dan makan malam πŸ˜‚ sebab time tu lah nak mengisi perut dan rehat kejap. Dah la makanan sedap-sedap, makan free pulak tu. Punah ah diet aku, sebab dulu kat rumah aku sekat diri aku daripada makan nasi dan minum air manis. Kat sini aku tak ada pilihan. Kalau aku tak makan nasi, pengsan le aku dah la penat dia takleh bawak bincang. Time nak pergi makan tu agak leceh sikit. Sebab jauh dari PI nak berjalan pergi dewan makan KCS (Kolej Cempaka Sari). Dah lah panas gila bakhang.Time ni aku bukan bersama dengan Wawa je, Atin and the roommates pun dah join aku sekali. Kemana-mana mesti bersama. Kiranya agak meriah lah hari kedua aku kat sini hahaha. Roommates Atin ada 2 orang je iaitu Izzati(bukan Izzati mentor aku, ni Izzati lain ye yang mulut potpet sikit tuπŸ˜‚) dan Wiyah. 

Sebelum makan tengahari dan solat zohor, kami semua di suruh memakai pakaian sukan which is baju putih,seluar trek dan kasut sukan. Time ni aku lega sikit sebab panas siot pakai baju kurung. Tapi ada sesetengah pelajar merungut. Maybe ada di kalangan diorang yang lupa nak bawak baju putih. Macam si Atin tu dia tak ada baju putih, dia bawak baju rumah sukan sekolah rumah sukan Mahsuri HAHAHAH lawak siot. Semangat Convent betul sampai terbawak-bawak ke uni.

Baru 2 hari kat SI aku dah burn teruk! Dah la aku jenis susah nak hilang sunburn ni, ambik masa lama gila. Sunburn yang dah lama ada ni pun susah nak hilang, di tambah pulak sunburn dari SI haish murung jap 😀


Lepas solat zohor berjemaah, kami pra diploma di asingkan dengan budak degree. Rupanya budak-budak ijazah ada taklimat PTPTN. Kami budak pra diploma pulak tak ada yang pinjam PTPTN sebab semuanya dapat elaun setiap bulan. Kami di asing kan lelaki dan perempuan. Rupanya sekarang ni adalah waktu Ice Breaking. Seorang OC yang di gelar OC D memperkenalkan diri. Nama dia tersangat lah panjang, Syed Nur apa tah namanya so dia suruh panggil dia OC D ja, atau D saja pun boleh. Berumur 21 tahun, asal Kedah tapi selalu berpindah randah katanya. Ambik course Degree in Architecture, sem 4 kot (sorry sis lupa kahkah). Orang nya kecik-kecik kurus putih ja. Muka ada cahaya nur baby face gitew(baby face tu bukan aku cakap eh, ada girls yang cakapπŸ˜‚). Nampak gaya pun macam ustaz sikit hahaha. OC D ada terangkan serba sedikit mengenai Program MDAB Pra Diploma (Mengubah Destini Anak Bangsa). Aku tertarik dengan apa yang di terangkan. Katanya, dia agak kamceng dengan budak-budak pra sem lepas. Biarpun dah buat haluan masing-masing, ukhwah diorang still kamceng. Time ni aku rasa best gila! Perasaan untuk menempuh alam pra diploma semakin membuak-buak.

Permulaan ice breaking, dia bahagi kan pulak antara negeri. Paling ramai puak negeri Perak le kome. So kiranya Wawa terpisah seketika dari aku, sebab dia orang Selangor kan. Pastu, dia main tunjuk ja siapa-siapa yang dia rasa nak tunjuk. Maka orang tu kena bangun perkenalkan diri. Aku dah cuak siak sebab aku duduk kat bulatan depan sekali dengan Atin, Wiyah dan Izzati Yasmin si roommate Atin (type nama penuh dia supaya orang tak keliru Izzati mana satu πŸ˜‚). Perempuan yang kena dulu. And that girl yang kena perkenalkan diri tu lawo, so ada lah siulan-siulan belah lelaki huh nyampah aku. Lepastu si lelaki pulak kena. Lepastu tukar pulak, OC D mention nama. Contoh nya sebut nama Siti, so orang yang ada nama Siti tu kena bangun perkenalkan diri. Time ni lagi lah aku berdebar, sebab nama Amirah begitu senang untuk di ingati πŸ˜‚πŸ˜­ Waktu ice breaking di jalankan, memang kecoh gila lah. Lagi-lagi belah lelaki, kecoh betul. Waktu ni aku rasa yang paling ada chemistry adalah budak-budak lelaki, sebab bilangan diorang lagi sikit dari pra dip perempuan. Banyak usikan-usikan dari belah lelaki, duk mengusik kawan-kawan diorang sendiri sampai OC D pun nak tergelak. Time ni aku rasa agak happening sebab yelah, aku ni 11 tahun sekolah perempuan tak pernah bercampur. Bila bercampur macamni baru aku rasa ini adalah satu pengalaman yang baru. Baru nampak perangai budak-budak lelaki yang sebenar HAHAHA.

Paling best, OC D suruh kami semua duduk mengikut bulan kelahiran pulak hahaha. Maka aku dengan Atin terpaksa berpecah. Aku mencari mana lah April babies ni. Lepas dah duduk ikut bulan, kami di suruh bercampur antara lelaki dan perempuan. Time ni aku macam malu sikit ah hahaha, tak biasa. Aku bersama puak-puak April ni kena cari tempat untuk duduk bersama. Arahan yang seterusnya, kami kena perkenalkan diri masing-masing dalam group bulan, just cakap nama panggilan dan tarikh lahir ja. Maka, semua pakat-pakat perkenalkan diri, Ada sorang perempuan ni dia start cakap dulu nama, diikuti dengan aku yang ada kat sebelah dia dan yang lain-lain jugak. Dalam bulan empat hanya ada 3 orang lelaki ja seingat aku. Seorang lelaki yang aku ingat ialah Iskandar(sebab sekarang ni Is ialah one of my bodyguard ok! HAHAHA siapa sangkaπŸ˜‚) tapi time ni nampak Is macam malu-malu pendiam. Takpalah aku pun malu gak time ni ekeke. Tak sangka Iskandar bulan April jugak, 28 April so kepada budak-budak pra dip yang mengenali si Is ni mohon wish nanti okay! hahaha ngek lah. Kami gigih ingat nama-nama ahli beserta tarikh lahir. Susah woo nak hafal nama sekali dengan tarikh lahir. Belum sempat habis game ni, kami di arahkan pergi ke DIAK pulak. Lahai tak sempat nak berkenalan dengan lebih rapat. 

Pastu,  Petang tu kami di suruh pusing satu UiTM. Jalan beramai-ramai gitu. Sebabtu di suruh memakai pakaian sukan. Awal-awal jalan tu memang lah okay, lama-lama tu bapak semput gila bakhang la. Aku dan Wawa jalan sekali dengan Atin and the roommates. Dah la aku tersalah beli saiz kasut sukan, merana bhai time jalan tu asyik nak tercabut je. Memang menyumpah seranah la cerita dia waktu berjalan tu πŸ˜‚ time berjalan tu ada yang sempat duk selfie lagi. Aku usha panas je HAHAHAH yelah orang kalut duk jalan berhimpit-himpit ada pulak satu puak ni berhenti tengah jalan dan selfie beramai-ramai. Memang rasa nak nangis duh. Lutut time tu rasa nak tercabut ja. Kami semua be like, "bila nak sampai ke tempat berkumpul tadi tu.." "weh dahaga sia" "ingat ni merentas desa ke" "UiTM tak boleh besar lagi ke?" "takde tempat jual air ke sepanjang kita berjalan ni.." "baru hari kedua dah kena seksa macamni" "ini kem askar ke" HAHAHAH semua dah macam zombi dah aku tengok πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

And finally, sampai pun! BAPAK LAH TERKETAR-KETAR LUTUT AKU! Time sampai tu semua pakat tercari-cari beg untuk ambik air dalam beg diorang. Aku hanya mampu telan airliur ja, sebab air aku dah habis :') emosi teruk aku tengok semua pakat teguk air depan aku, aku dahaga gila nak mampus ni 😭 bila dah jadi camtu terus aku homesick balik halah halah. Pastu diorang suruh buat lompat bintang pulak dah. Haiyo rasa nak cekik cekik je OC-OC kat depan tu HAHAHAH sebab aku tengok diorang macam rilek-rilek je tak join kami mengembara satu uni. At last diorang pun kena marah jugak dengan lecturer yang conduct kitorang jalan tadi tu. Haaa padan muka kahkah.



5:18 petang. Exhausted.



Lepas lompat bintang tu kami di suruh duduk buat seketika. Alahai nak apa lagi! Aku dah merungut macam-macam dah kat Wawa, aku cakap aku letih nak balik bilik apa semua πŸ˜“ pastu aku dengan Wawa decide nak balik bilik je terus sebab penat sangat-sangat. Kitorang tak join budak-budak lain makan malam pukul 6.30 petang. Before kami di suruh untuk bangun beratur untuk bergerak ke dewan KCS, mata aku terpandang susuk tubuh seseorang. Dia lelaki and one of OC. Entah kenapa aku tiba-tiba rasa nak pandang dia. Nak kata handsome tu, em tah la HAHAHAH. But on the first day waktu dia perkenalkan diri dia, aku tak focus. Tiba-tiba terdetik di hati aku yang aku menyesal lah pulak tak focus time dia perkenalkan diri dia HAHAHAH ngek lah. Aku pandang dia agak lama, macam ada something yang tertarik. Lastly aku cam hm lantak lah, yang penting aku nak balik bilik dan rehat kan kaki aku kejap. Dah 50/50, tunggu masa nak tumbang je ni πŸ˜‚



Ignore my edit HAHAH. Btw sunburn teruk, sis murung sobs


------

Malam tu waktu kat DIAK, tiba-tiba salah seorang OC perempuan ni cakap "saya dapat maklumat ada di antara korang yang balik bilik terus, tak join makan malam." Time dia cakap camni, aku dengan Wawa pandang antara satu sama lain. Masing-masing muka cuak je πŸ˜‚ OC tu sambung lagi, "korang kena ikut flow MDS. Kalau pergi makan, kena pergi even korang taknak makan. Jangan berpecah" lembut saja dia menasihati. Tapi aku still kecut jugak ok! Sebab rasa macam, baru second day kat SI dah buat pala eh πŸ˜’

Malam ni macam malam semalam, rasa tenang, sejuk dan MENGANTUK! Hahaha aku dengar si Atin kat sebelah asyik duk menguap je. Izzati dengan Wiyah tak duduk sekali waktu tu. Kiranya aku, Atin dengan Wawa ja dekat depan sekali. Yes, Wawa masih lagi memilih seat depan macam biasa πŸ˜‚

Paling lawak, Atin nak buat taik mata kejap tau HAHAHAH lepastu dia selamba badak je pejam mata sambil duduk dan peluk beg. Aku sendiri pun tak perasan yang Atin betul-betul nak tidur sebab sibuk belek phone. Wawa pun sama sibuk tengok phone. Tak lama lepastu, seorang OC perempuan (OC Ainin rasanya) datang kat si Atin ni dah halakan camera kat muka Atin. Korang boleh agak kan dia tengah buat sapa? Banyak kali sia dia snap. Aku dengan Wawa terkejut tengok kejadian tersebut tapi takut nak kejutkan Atin HAHAHAHAH. Bila dah lama-lama OC Ainin kat depan kitorang dan makin ramai yang gelakkan situasi tu, baru Atin tersedar dan terus perbetulkan postur badan. Aku dan Wawa tak mampu berkata-kata time tu. Tapi yang bestnya lepas Atin bangun dan sedar gambarnya di ambil, dia gelak je dan cakap "weh malu siot dia tangkap gambar aku!" Memang bongok lah Atin ni dari zaman sekolah lagi macamtu πŸ˜† lepas Atin tersedar tu OC Ainin tersenyum menahan gelak dan terus berlalu pergi. Budak-budak lain yang nampak kejadian tu terus takut nak buat taik mata even nak pejam mata sekejap, takut nanti kena macamtu πŸ˜‚

Lepas dari tu Atin tak jadi nak tidur, yang dia mampu adalah main phone πŸ˜‚ Aku yang mengantuk ni pun terpaksa tahan mata, takut kang senasib macam Atin kahkah. Wawa ada pelawa aku makan coklat berangin, tapi aku tolak sebab aku tak makan coklat jenis macamtu. Aku mula pandang ke depan lepas rancak main phone, dan tak sangka mata aku bertembung dengan mata OC yang aku ter usha petang tadi. Dia duduk dekat pentas. Like seriously, it's not a joke atau fairytale punya story. Jantung aku seolah-olah berhenti. Muka aku terus merah. Gelabah jugak la tapi aku act cool je. Dia punya pandangan tu tak berkelip sia, sangat mendalam, dah la aku duduk depan sekali. Aku husnudzon, dia tengah termenung tu πŸ˜‚ agak lah nak pandang aku sampai macamtu kan, aku bukan lawa mana pun ew HAHAH. Time dia still pandang tu, aku buat-buat main phone balik dan menahan senyum. Ok time ni aku taktahu kenapa aku boleh senyum-senyum pulak HAHAHAH potong betul lah. Tak lama lepastu, OC ni pun blah dari pentas tu pergi ke belakang. Time dia lalu tu sumpah terasa bhai aura dia dah lah jalan laju. I was like 'what happen to me? hello?' 'dah lupa ke crush kat tempat asal tu?' πŸ˜‚


Time ni kat PI lepas solat kahkah hanya mampu mengadu nasib kat igstory ja πŸ˜‚


------


See, aku dengan Wawa memang akan duduk saf depan


Third day of MDS. Nothing special, macam biasa ada taklimat itu taklimat ini. Tapi seriously semalam aku letak kepala terus tidur, penat punya pasal.


Selepas taklimat apa entah aku lupa, OC yang menarik perhatian aku tu tiba-tiba datang ke depan. Time dia lalu tu macam biasa la, aura dia peh. Dan semua perempuan pandang dia dari dia datang dari belakang sampai lah dia ke depan pentas. Dia pegang mic dan bagi beberapa pesanan, especially yang nak balik kolej ambik barang tu kena inform dulu dekat OC-OC. Ada jugak eh makhluk tak dengar kata, sebab aku rasa benda ni dah di ulang banyak kali since first day of MDS. Sukati je balik tak inform OC-OC. Soft spoken teruk dia ni. Cakap elok-elok, gentleman, tak marah pun even aku tengok dia macam letih je uruskan masalah-masalah yang ada waktu tu. Siap pesan lagi apa-apa masalah datang je jumpa dia jangan takut, dia tak makan orang, dia akan tolong sedaya mampu. "Korang semua adalah tanggungjawab saya..."

OMG MY HEART!✨πŸŒŸπŸ˜πŸ˜­πŸ˜‚πŸ˜†

Pastu, dia letak mic kat tepi dan berjalan laju ke belakang balik. Macam biasa lah, perempuan akan pandang dia dari depan tu sampai lah dia pergi belakang dan menghilang dari pandangan.

Waktu tu aku still tak tahu nama dia. Like seriously dalam banyak-banyak OC, dia sorang je yang aku still tak tahu nama. Salah aku jugak time dia perkenalkan diri, aku mengelamun, homesick! 😀 

Aku berura-ura nak tanya Wawa tapi takut kang kantoi nampak aku ni macam 'suka' OC tu. Tapi di sebabkan perasaan ingin tahu yang membuak-buak, aku tanya.

"Em Wawa, yang cakap kat depan tadi tu nama apa eh?" 

"Hm lupalah nama dia apa.." Wawa time ni tak syak apa-apa HAHAHAH. Jawapan dari Wawa agak mengecewakan aku kahkah. 

"Oh ha kite dah ingat. Dia OC Z (hanya mampu gelarkan dia guna huruf, nama di rahsia kan lah dey, orang tertentu je tahuπŸ˜†). Nama penuh dia tak dengar sangat haritu, dengar macam unik sikit. Kenapa Mira tanya?"

"Oh, tak da apa saja tanya. Sebab taktahu nama dia. Dia ni jarang eh conduct kita, selalunya yang aktif OC Aina, OC Fauzan, OC D dan OC Ainin je.." aku cuba jawab dengan cool. Tenang setenang tenangnya. Fuh nasib Wawa tak tanya banyak dan tak syak apa-apa.

"Dia selalu uruskan belakang tabir je, kemasukan kita semua tu."

Yes finally aku dah tahu nama! Tak tak aku just nak tahu nama ja tak lebih dari tu! (masih ego takmau ngaku waktu ni πŸ˜‚)

------

Malamtu, kami di lepaskan untuk kembali ke kolej masing-masing agak awal, dalam pukul 10 macamtu. Aku ajak Atin basuh baju, entah kenapa waktu tu rajin gila bakhang nak basuh baju. Time tu blur-blur lagi taktau mesin basuh ada ke tak kat blok aku. Aku ingatkan takde, so aku angkut baldi yang berisi baju-baju aku tu pergi ke blok Atin. Atin penghuni blok Anggerik 1. Bapak letih gila sia, dah la Atin duduk aras 2, bilik hujung sekali. Dah macam orang gila aku duk usung baldi tu termengah-mengah. Pastu aku dengan Atin turun pulak ke aras 1 sebab katanya mesin basuh ada kat aras 1(blok Anggerik 1). Malangnya mesin basuh kat situ semua penuh, semua pakat guna. Tak guna betul! Last-last aku ajak Atin basuh baju guna tangan jelah πŸ˜‚πŸ˜‚ Aku ajak Atin basuh kat tandas blok aku (Anggerik 2). Makanya aku dengan Atin turun ke bawah dan pergi ke blok aku. Nasib lah blok bersebelahan je. Nasib Atin dah bawak sabun siap-siap.

Masuk je kat tandas aras aku, mak aih boleh tahan ramai. Ramai yang nak mandi waktu tu. Time ni kan noob lagi, kitorang taktahu ada tempat basuh baju which is ada dua sinki besar khas untuk basuh baju kat tepi tu. Tau kami basuh kat mana? Kami berdua basuh dekat jamban weh HAHAHAHAH HALAH BODOHNYA BILA INGAT BALIK! πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Dah la ruang sempit, yelah faham-faham lah tempat melabur kot haduh ngek betul. Nak basuh kat tempat mandi tu tak boleh sebab takda paip macam kat jamban ni. Pastu di sebabkan aku malas nak patah balik bilik untuk ambik sabun basuh kain aku sendiri aku rembat Atin punya. Nasib Atin ni pemurah ekekeke. Kami basuh kat jamban yang bersebelahan. Dalam duk basuh tu kami terjerit jerit "Atin dah siap belum?" "Weh Wan jangan tinggalkan aku" "Weh aku tengah berus kain ni" "Weh jap nak perah baju" OMG look how we survive and support each other πŸ˜‚


------

Aku mengambil masa yang lama untuk ingat segala memori ni semua πŸ˜ͺ sebabtu lambat update, sorry gais! Macam biasa, thanks for reading ♥♥♥

friendly reminder : if 'Z' baca ni dan rasa Z tu adalah diri awak, I'm sorry πŸ™Š saya sekadar tulis memori saya sepanjang dekat SI. Dan awak termasuk dalam memori saya tanpa sengaja since day 2 πŸ™πŸ˜‚ but seriously I hope that you didn't read this, kang terkejut pulak en saya pernah ada hati kat awak uhuks. And for those yang dapat agak siapakah itu Z, diam-diam ja ok! πŸ˜‚

Korang sabar jap eh, banyak lagi kegilaan yang aku buat sepanjang dekat sana. Hashtag ytjt sangat kahkah

Sekian, 
Amirah Yang Berani Mati.

   

No comments:

Post a Comment