Btw, aku dapat banyak feedback positive dari yang membaca blog aku ni, especially pembaca setia 😆 tiapkali aku baru update new entry, diorang dah suruh aku update story baru cepat-cepat. Woi jem otak ni tahu tak hahaha. Dengan nak ingat segala kenangan-kenangan lepas, dengan nak menjaga bahasa penulisan nya supaya orang yang membaca tak rasa aku ni menulis macam budak tadika. Ha susah tau nak jadi novelis a.k.a sasterawan ni *acah seketika* 😏 anyway thank you untuk semua yang support aku even aku ni sekadar picisan ja. Terharu ok ada supporters *tarik tisu 😢😹 Semoga apa yang aku tulis ni menjadi pedoman untuk orang yang membaca. Apa yang aku tulis ni sememangnya adalah kisah hidup aku sendiri.
------
Ahad, 26 Ogos 2018
Hari yang di tunggu-tunggu telah tiba. Hari yang bersejarah bagi aku. Pagi tu aku bangun dengan perasaan yang bercelaru. Sedih, happy, takut semua bercampur menjadi satu. Aku ni dah la spesies suka overthinking. Memang macam-macam dah aku fikir dalam kepala otak aku.
Aku sempat lagi mesej Tirah, sebab Tirah cakap kalau nak bertolak bagitau dia hohoho. And kami memang ada berjanji nak sebilik 😂 before kereta nak keluar dari perkarangan rumah arwah opah, aku perati je rumah opah lama-lama. Sedih nak tinggalkan rumah. Tak pergi lagi dah homesick haih teruk betul aku 😂
Sebab aku ada tanggungjawab kat rumah. Aku ada adik-adik aku. Diorang lah amanat aku lepas arwah abah dah tak ada. Lagi bertambah beban bila opah dah tak ada. Jadi aku rasa sebak nak tinggalkan rumah. Even aku ada cousin aku yang boleh jaga diorang, but kau faham tak perasaan aku sebagai anak sulung dan yang kena tanggung segalanya? Aku ni nampak je garang dan macam tak ambik peduli tapi aku sebenarnya care dekat family huah *nangis dalam hati
Aku story kat Iqa pasal ni. Memang berat nak tinggalkan semuanya. Tapi Iqa pesan, anggap ni satu jihad. Kita belajar jauh nak cari ilmu. Serah semua pada Allah.
![]() |
| 7:25 pagi, goodbye Taiping! |
Dalam perjalanan tu memang aku senyap ja dalam kereta. Dah lah 2 jam nak sampai sana, dengan jalan bengkang bengkok nya. Oh lupa nak cakap, 3 kereta bhai escort aku pergi Seri Iskandar HAHAHAHA kau hado? Pak mak sedara aku ada 2 3 orang yang ikut dengan anak-anak sekali, sebabtu sampai 3 kereta. Diorang excited nak hantar aku pergi belajar. Ha part ni pun aku overthinking jugak. Aku terfikir pak mak sedara aku sanggup hantar aku pergi belajar sampai 3 kereta, kalau aku tak belajar betul-betul dan kecewakan diorang aku tak tahu lah. Time aku terfikir macamni aku nangis senyap-senyap okay dalam kereta 😢😭 eii benci betul lah nangis-nangis ni macam siot je HAHAHA. Biasa lah first time berjauhan dengan family.
Sesampainya di sana, baru ja nak masuk uni yang kena lalu dekat tasik UiTM tu, aku dah macam excited dah. Bila nampak ada fasilitator time diorang duk bagi direction nak masuk kolej kediaman tu aku kembali kecut HAHAHAHA. Sebab aku dengar dari kawan-kawan aku yang masuk diploma, orientasi uni sangat lah macam hanat. Fasilitator pulak jenis tegas. Okay ini lagi satu bala.
Time aku dah sampai, si Tirah still lagi dalam perjalanan. Aku dah gelabah teruk time ni sebab aku nak satu bilik dengan dia, yelah dah kenal en. Aku sampai dulu of course lah kena ambik kunci dulu. Lagipun Tirah pun tak tahu sampai SI pukul berapa. Kalau di tunggu nya mau nya aku dengan family dah tumbuh janggut kat situ. So aku pun dengan berat hati pergi lah ambik kunci dulu.
Di takdir kan aku dapat Blok Anggerik 2, aras bawah. Lega makcik-makcik dan cousin aku takyah angkut barang naik atas kalau aku dapat tingkat satu 😂 bila masuk ja aras aku, rupanya bilik aku kat hujung tepi sekali ja. Kona kiri terus bilik aku. Ini satu nikmat sebab senang dekat nak pi kelas. Masuk ja dalam bilik, aku kira aku lah orang first masuk bilik tu. Bilik A2007 (gosh aku rindu bilik aku 😭). Selesai letak barang, 2 3 minit kemudian ada satu family lain pulak yang masuk bilik aku. I was like OMG aku bakal ada roommates! Sumpah awkward nak mampus, sebab time ni idk how to make friends. Lepas dah letak barang semua, family ajak aku pergi Lumut. Actually yang suggestkan tu pakcik aku. Aku pun apa lagi terus setuju la ekekeke. At least dapat bersama dengan family for the last time kan sobs 😭 *jap asal ayat aku macam ada gaya nak mati je
Pastu aku pun chaw ah apa lagi en hahaha. Aku sempat senyum kat Najwa (roommate first) sebelum aku blah jap dari SI dan mencari ketenangan dekat Lumut. Aku ada inform Tirah cakap aku nak pergi jalan-jalan kat Lumut kejap. Tirah yang tak sampai-sampai lagi be like " amboi menyempat lagi".
------
2 jam aku makan angin dekat Lumut sebelum bertolak balik SI pukul 1. Nasib lah tak jauh mana Lumut dengan SI. Tirah ni pulak duk mesej aku tanya dah balik SI belum ni? Hahaha risau betul eh. Siap datang jenguk lagi bilik aku tapi takda siapa 😂 tulah siapa suruh lambat sangat heh. Sampainya dekat uni, aku jadi sedih balik. Family dah nak tinggalkan aku 😖😭 time salam-salam tu aku tahan je airmata aku, alah taik betul tetiba jadi hati tisu ni. I hate it 😂 dan aku sempat lagi di ceramah dan di basuh oleh maktam. Maktam pesan jangan sombong, berkawan elok-elok apa semua. Stress betul lah aku kalau bab nak mula berkawan ni, aku tak reti duh nak mulakan. Dah la aku ada kisah pahit dalam friendship dulu, so it's hard okay. Time semua masuk kereta dan nak blah tu aku sebak gila duh. Aku bagi lambaian terakhir sebelum melangkah pergi balik kolej kediaman dengan hati yang tak rela.
Masuk je bilik, aku terkejut ada 2 orang lagi penghuni baru. Aku bagi salam, diorang berdua serentak pandang aku dan jawab salam. Gaya diorang sembang macam dah lama kenal, siap duk bergosip lagi 😂 aku agak diorang ni sekampung kot, macam aku dengan Atin la, sekampung dan satu sekolah. Yang si Najwa tu pulak dah menghilang entah kemana. Mungkin keluar dengan family jugak kot macam aku.
Aku memang dah cop katil bawah. Najwa pulak atas aku. Yang dua orang tu (Syakirah dan Nadia) pulak katil sebelah aku dengan Najwa. Sya kat bawah Nad kat atas. Aku ambik fail kat meja dan isi. Fail kemasukan tak silap aku, aku pun dah lupa hahaha. Aku tengok jam kat phone. Mak aih dah 1 lebih ni. Tak lama lepastu, Najwa masuk bilik dan mula mengisi fail tu jugak. Yes, bilik aku time tu krik krik, tak bercakap lagi. Aku capai phone dan tetiba rasa nak mengadu kat si Tirah 😂 aku cakap aku sedih tak reti buat kawan dengan roommates HAHAHAHAHA bongoknya bila ingat balik 😆 sumpah time tu rasa fragile gila. And then, aku cuba buka mulut, saja nak cabar diri.
Aku sapa Nad dulu, "nama apa?"
Nad pandang aku sambil senyum dari meja dan jawab "Nad"
Aku terus cakap, "Nadirah ke?"
Nad balas "Eh takde lah, Nadia"
Aku pulak "ohh"
NAMPAK TAK BETAPA AWKWARDNYA AKU 😂 Nad if hang baca ni please jangan gelak hahahah aku takleh do bila ingat benda ni! 😆 kalau boleh di undur masa nak je aku pijak-pijak diri aku duhh. Maka bilik itu kembali sunyi. Najwa pun senyap ja waktu mengisi borang-borang dalam file tu. Sya hanya bercakap dengan Nad ja.
Tak lama kemudian kedengaran semua orang yang dekat aras bawah aku berpusu-pusu pergi keluar. Aku pun pelik lah kan. Pastu siapa tah cakap di antara roommate aku, yang kena keluar dah sekarang ni, fasilitator dah panggil. I be like damn, mimpi ngeri bakal bermula!
![]() |
| Time ni semua tengah berkumpul sebab fasi dah panggil |
Aku keluar sama-sama dengan roommates. Tapi tak tahu macamana boleh berpisah 😐 patutnya bersama 4 orang, ni tiba-tiba aku dengan Najwa je. And memang sepanjang MDS(Minggu Destini Siswa) aku dengan Wawa kehulu kehilir bersama. Time jalan sama-sama dengan Wawa, aku cuba untuk bukak topik dengan bertanya nama dia apa 😂 lepas dia bagitau nama, dia pulak tanya aku. Aku pun jawab sepatah jugak. Masing-masing tak tahu nak sembang apa, iyelah baru kenal jekan. Kena faham aku ni pemalu orangnya hoho.
Time masuk dewan tu, siswa dan siswi di bahagikan, tak bercampur. Najwa tarik aku duduk tempat yang agak strategik, tak terlalu depan, tak terlalu belakang. Time ni aku nervous siak. Aku tahu MDS dah bermula. Ada fasilitator suruh kami silent phone atau terus off je senang. Aku pandang sekeliling aku. Agak ramai sebab bukan budak pra diploma je, budak degree pun ada sekali. Yep, kami masuk sekali dengan budak-budak degree. So dalam ramai-ramai orang ni semua orang takkan dapat agak aku ni budak pra ke degree kahkah 😈
First MDS kami di mulakan dengan memperkenalkan kesemua fasilitator yang bakal guide kami sepanjang MDS berlangsung. But fasi-fasi ni semua suruh panggil diorang OC. Aku dah lupa apa maksud OC 😅 time beberapa OC perkenalkan diri tu aku tak ambik port sangat, pastu dah akhir-akhir baru aku focus. So kiranya awal-awal OC yang perkenalkan diri tu aku tak tahu apa nama dia. But aku abaikan aje, tak penting pun kan heh. Aku masih terkenangkan rumah 😢 aku ada curi-curi mesej Tirah, aku tanya dia duduk bahagian mana, pakai baju apa semua. Tirah bagitau dia duduk bahagian belakang, pakai baju warna apa tah aku lupa HAHAH sorry Tirah 😂 time ni memang aku tercari-cari si Tirah, excited nak jumpa depan-depan 😂
Pastu seingat aku, waktu solat asar time semua berpusu-pusu nak pergi Pusat Islam(PI) ada orang tegur aku dari belakang. Bila pusing belakang aku macam "eh macam kenal..." bila imbas balik aku cam "Eh hang lah Atirah kan?" si Tirah pulak "hang Amirah kan?" Maka kami pun buat jejak kasih sat kat situ 😂 seriussss time ni excited teruk ah, hilang kemurungan aku 😆 Tapi jejak kasih kami tak lama sebab semua sibuk nak siap-siap untuk solat berjemaah kan. So aku pun berlalu pergi nak ambik wuduk dengan si Wawa.
![]() |
| 8:08 malam, Pusat Islam. Time ni sumpah aku dah pancit |
Lepas solat aku cari Tirah balik dekat saf belakang. Aku cakap kat Tirah nak duduk sekali, tapi aku pergi dulu sebab Wawa dah nak pergi. Tapi malangnya nasib, lepas masuk balik DIAK (Dewan Ibnu Al Khaldun atau Ibnu Al Khatib, sorry aku dah lupa nama penuh sebab dakdak SI selalu panggil shortform DIAK je 😂😂😂) terus aku dengan Tirah dah berpecah. Lagi-lagi bila gaya Wawa macam makin menarik aku ke depan je 😭😂 lastly memang betul pun, aku dengan Wawa duduk barisan depan sekali gais. Aku macam OMG dah tak ada peluang untuk buat tahi mata, kang tak sia-sia kena tegur dengan OC-OC 😕 orang yang duduk depan selalu jadi target. Maka terpaksa aku duduk sopan sesopan sopannya, takut kena tegur. Aku cuba pujuk mata untuk bertahan, takut terlentok di medan peperangan. Baru sekerat hari MDS dah letih bakhang.
Di takdirkan pulak, Atin tiba-tiba muncul kat sebelah aku. Aku excited teruk ah, Atin pun duduk je kat sebelah aku terus macam "weh Wan!! Finally ada kawan yang aku kenal" 😂 Selepas itu aku mula kenalkan Wawa dekat Atin. Atin ni jenis yang peramah dan senang buat kawan, jadi memang Atin banyak sembang dengan Wawa. Aku ni hanya banyak mulut dengan si Atin ja, bila mai tang Wawa aku awkward tak tahu nak sembang apa. Ampun Wawa kalau Wawa baca blog sis ni huah 😭😅
Malam tu pulak, kena check segala dokumen bersama-sama, tak kisah la pra diploma ke ijazah ke en. Makanya masing-masing kena bawak dokumen yang di perlukan. Memang kecoh dan agak bising waktu kat DIAK tu. Tapi kami di kira bernasib baik lah, setakat ni semua OC-OC baik-baik belaka. Serius! Sporting habis lah senang cerita, soft spoken semuanya. Tapi aku pesan pada diri, entah-entah first day MDS memang lah semua baik-baik je, hari-hari berikutnya aku tak tempuh lagi so jangan nak selesa sangat sobs. Malam tu aku kira agak tenang lah, sebab rasa nyaman dan sejuk, dan bebas nak sembang ke pergi tandas ke apa. Mana taknya petang tadi nak bernanah telinga semua duk dengar taklimat dan ceramah 😹 kiranya malam adalah saat-saat pembebasan HAHAHAH.
Sikit demi sikit, aku cuba menyesuaikan diri dekat tempat baru. Harapan aku, semoga baik-baik saja sepanjang 6 bulan dekat sini.
![]() |
| Mengantuk gila time taklimat ni 😂 |
![]() |
| Malam ada jugak check penampilan diri semua. Yay lulus. Ramai oke kena tahan tak lulus time ni HAHAHA |
------
To be continue ~





No comments:
Post a Comment