Thursday, 14 February 2019

Awan Takkan Selamanya Menampung Hujan #3

Berdasarkan tajuk di atas, apa yang korang faham? Apa yang korang fikirkan? Apa yang korang dapat conclude based on the phrase above? Ke ayat aku ni terlebih bunga? Hahaha it's okay, aku akan explain ayat nya nanti at the end of this entri.

Sekarang amarey aku sambung cerita yang terhenti di entri yang lepas ~


------

Dalam pada aku sibuk menguruskan segala dokumen yang berkaitan, beli barang-barang apa semua, one day aku dapat dm dari someone kat twitter. And bila aku check balik, dia pernah dm aku before this, tanya pasal pra diploma semua beberapa bulan lepas.

So here's our conversation dekat twitter:






HAHAHAHAHAAHAHAHAHAHA omaigash I can't stop laughing gais 😂😂😂 tak tak aku gelak sebab siapa sangka, atirahjafri yang pernah dm aku kat twitter dan pelawa aku untuk jadi kawan dia, memang dah jadi kawan baik aku dah sekarang. Susah senang sama-sama sepanjang zaman pra. Dah la dulu duk ber awak-saya duhh kelako. Tirah kalau baca entri ni pls jangan terharu oke ahaks 😛

Selepas sesi suai kenal dekat twitter, kami bersambung pulak dekat whatsapp. Atirah ni mintak nombor aku. Maka sesi suai kenal bersambung kat whatsapp. Time kat whatsapp ni dia mintak tukar panggilan, no more 'awak-saya', ber 'aku-hang' pulak. Kami siap describe diri masing-masing, sebab nak cari chemistry giteww hahaha. And memang sepanjang duk chat-chat ni aku boleh masuk dengan si Tirah ni. Lagi-lagi bila tau Tirah ni orang Selama, agak dekat dengan Taiping. Aku agak excited jugak sebab dah dapat kawan baru awal-awal lagi hohohoh. And secara jujur nya aku selesa dengan Tirah even tak jumpa depan-depan lagi sebab aku nampak dia memang bersungguh nak buat kawan dengan aku. Lagipun at that time memang aku agak fobia nak kenal orang baru selepas apa yang jadi kat aku, so kiranya Tirah ni pandai pancing hati aku la dengan keramahan dia hahahaks.

Apa-apa pasal dokumen untuk di bawa ke sana aku akan bagitau Tirah, barang-barang apa semua, dan termasuk cara-cara pemeriksaan doktor tu sekali 😂 malam before bertolak ke SI pun aku dengan Tirah dah macam takut-takut semua, yelah bakal menempuh alam baru en. Kitorang siap rancang lagi nak sebilik kalau ada rezeki 😂

Well sebenarnya selain dari Tirah, ada 2 orang lagi budak pra SI tegur aku kat twitter before jumpa kat SI. Tapi itu lah aku tak rapat pun dengan diorang time pra. Mungkin diorang fikir aku ni sombong kot hm hahaha duh aku ni tak reti nak tegur orang and make friends time awal-awal masuk dulu. Yang aku boleh kawan dengan Tirah ni pun sebab Tirah yang start dulu, haa so nampak en? Dalam ramai-ramai yang approach aku kat twitter before masuk SI, aku rapat dengan Tirah je.

OK! Kita tutup sebentar cerita pasal perkenalan aku dengan Tirah 😁


Malam tu, aku baru kalut nak kemas. Memang aku ni spesies suka buat kerja last minute. Tirah ni awal-awal dah kemas, dia kata selagi dia tak prepare semua selagi tu mak dia bising 😂  time kemas-kemas tu, cousin yang duk jaga aku dengan adik-adik aku ada cakap dekat aku,

"Kalau opah duk ada lagi ni mesti opah bangga, ada cucu dia dapat masuk uni. Mesti arwah opah duk pi canang kat orang-orang kampung, seronok cucu masuk uni."

Allahu. Time ni aku dah sebak. Mata aku dah berair. Tapi aku control, kang hilang la kemachoan aku. Aku bukan jenis crybaby, aku ni macam tomboi kasaq nakmatiy. I just can't kalau sebut pasal opah. Opah ni ibarat ibu aku sendiri. Bila opah takda, umpama jiwa aku turut sama pergi. Dan aku sendiri jadi saksi saat-saat terakhir opah bertarung nyawa, opah meninggal depan mata aku.


Ok stop type jap. Aku nak lap airmata aku. Tetiba meleleh hahahah.

Lepas cousin aku cakap macamtu, before tidur aku terbayang, kalau abah, opah, paklang dan tokwan masih ada, mesti lagi kecoh rumah tu sebelum aku bertolak ke uni keesokan hari nya tu.


Arwah abah mungkin tengah sibuk tanya aku barang apa lagi yang tak cukup. Abah aku ni kalau tanya memang macam polis bukit aman, di soal nya dari A sampai Z. Dan mungkin turut di selangi dengan ceramah dari abah macam dulu-dulu, bangga kan abah jadi contoh untuk adik-adik blablabla apa semua. I still remember time UPSR before tidur abah akan bagi semangat untuk aku belajar.

Arwah paklang time tu mungkin tengah sibuk usik-usik aku pasal cerita seram kat uni, sebab paklang aku ni memang suka mengusik bab-bab hantu. Aku selalu kena waktu kecik-kecik dulu kahkah.

Arwah opah(belah mak) mungkin tengah bagi tazkirah kat aku time duk busy mengemas, suruh jaga diri, jaga solat, cari kawan yang elok, belajar betul-betul. Alah benda-benda biasa yang makpak hangpa duk pesan tu lah tiapkali nak belajaq jauh hahaha.

Arwah tokwan(belah abah) pulak mungkin tengah bebel pasal aku ni yang pemalas nokrom suka buat kerja last minute hehehehe. He knows his cucu well kan. Sebab arwah tokwan ni dulu cikgu disiplin, so cara dia didik aku pun agak tegas. Tapi aku dah biasa dengan bebelan dia tu.

Jauh bukan aku terbayang?

Aku agak terkesan. Mereka-mereka yang dah takda ni tak sempat nak tengok aku berjaya. Family aku tak complete macam orang lain :') aku sedih sangat. Tapi aku kena kembali kuat, aku kena belajar betul-betul. Even sekadar masuk pra diploma je tapi ingat senang ke? Aku bersyukur.

Aku lap airmata dan aku pesan banyak kali dekat diri aku, yang aku kena kuat biarpun manusia-manusia yang aku sering bergantung harap dah tak ada. Semua ni pinjaman dari Allah, bersifat sementara. Aku dah tak boleh lemah macam dulu. Aku ni harapan keluarga. Aku kena ubah hidup aku. 

I'll make them proud one day.

------

Awan takkan selamanya menampung hujan.

Aku klasifikasikan awan itu umpama diri aku.
Dan aku meletakkan hujan itu sebagai segala keperitan hidup yang aku tanggung dulu.

Time aku rasa hidup aku ni bermasalah dulu, aku selalu tertanya-tanya. Bila waktu untuk aku merasa bahagia? Sempat ke aku merasa bahagia? (sebab aku pernah ada suicidal thoughts dulu)

Susah. Susah untuk aku bangkit dari kegagalan, kekecewaan, keperitan. Bagi aku apa yang Allah uji ni di luar kemampuan aku.

Mungkin dalam pada aku di uji dengan kesusahan hidup, Allah sebenarnya tengah create something yang indah untuk perjalanan hidup aku yang akan datang.

Bukti nya, sikit-sikit Allah bagi aku ruang dan peluang. Biarpun pada masa ni aku belum lagi betul-betul bahagia, tapi aku dapat rasa Allah tengah buka kan jalan untuk aku. 



"Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya," (QS 2:286)




Kalau korang down, tiba-tiba korang di uji dengan dugaan yang sangat dahsyat, pegang lah keratan ayat dari surah Al-Baqarah ni. Yep, this is my fav quote surah from Al Quran. Sungguh, janji Allah itu tidak sia-sia. Janji Allah itu pasti. Allah uji sebab Allah sayang.



"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan berkata "Kami Beriman" sedangkan mereka tidak di uji?" (QS 29:2)


Awan itu aku, dan aku sudah membebaskan hujan yang aku tampung selama ini. Ya benar, aku takkan selamanya menampung masalah.

"Awan takkan selamanya menampung hujan" - Mir Fetih, 2019


korang faham dah kan apa yang aku cuba sampai kan? Sorry aku memang agak puitis sikit kalau mai angin aku nak bermadah pujangga hokhok.

------


Macam biasa, wait for the next entry okay! Thank you sebab sudi baca, appreciate that ♥♥♥


------


Sesiapa yang baca entri aku sampai habis ni, mohon sedekah kan al-fatihah untuk keempat-empat orang yang aku sayang.

Wan Noor Eduan bin Wan Mohd. Salih (Oktober 2013)
Osman bin Abu Bakar (Julai 2017)
Puteh binti Mat Lazim (Disember 2017)
Wan Mohd. Salih bin Wan Mohd. Ali (Mei 2018)

Terima kasih. Semoga Allah merahmati kalian semua 😇

No comments:

Post a Comment