Aku dah ditakdirkan tercampak dan terus menjadi penghuni kelas 4TK2. Sigh. Tapi aku masih ingatkan diri aku bahawa ada hikmah yang tersembunyi, ada sesuatu yang menanti. Aku cuma perlu sabar dan teruskan hidup.
Eh, tetiba teringat lagu Laskar Pelangi.
Menarilah dan terus tertawa,
Walau dunia tak seindah surga...
Bersyukurlah pada Yang Kuasa~
Ya, aku kena bersyukur. Even aku tak tahu, tak nampak lagi hikmahnya. Ya Allah, kentalkan lah hati aku. Mana hilangnya aku yang kuat dulu? Nasib lah ada kawan-kawan yang mampu happy kan aku.
Pada masa yang sama, aku still lagi tajdid niat, pergi sekolah kerana Allah. Nak menuntut ilmu, mana boleh sedih-sedih kan. Mana boleh futur. Aku kena belajar berdikari, mana boleh sentiasa bergantung pada kawan-kawan baik aku ja. Takkan sebab takde geng sekepala, aku abaikan study aku, iye dok?
Minggu kedua tu, cikgu-cikgu dah mulakan P&P. Mulalah dah nak start busy, merasa life form 4 ni. Serius aku dah tekad nak berubah, nak jadi rajin! Kekekeke. And seriously, nampak jugaklah ada perubahan sampai ke akhir tahun ni, even kadang tak berapa istiqomah lol. Aku dah rajin siapkan homework yang belambak gila tu, dah rajin ulangkaji, dah rajin buat research, dah rajin abaikan benda-benda yang tak bawak faedah dan fokus pada benda penting. Kalau dulu time lowerform, aku lah insan paling pemalas yakmat!!! Homework tak sentuh pun even tau akan kena marah dengan cikgu, buku ulangkaji tak selak pun, pemalas gila nak cari maklumat, pastu busy ambik kisah pasal benda-benda lagha dan tak dapat kaut untung pun. Yes, aku merasai perubahan aku. Cehh jetjet nak jadi pelajar cemerlang lah tu! ๐
Dalam kelas, aku try fokus dalam tiap subjek, tak kisahlah aku suka ataupun tak subjek tu. Paling aku fokus, perdagangan dan sejarah. Sebab PD first time belajar, sejarah pulak bermacam benda nak kena ingat. ERT okay lagi sebab dah ada experience belajar time lowerform, cumanya ERT upperform ni more deeper lah, lebih expert.
Dalam pada aku duk busy fokus form 4, aku tak lupa jugak untuk suai kenal, beramah mesra(even tak mesra sangat lol) dengan dakdak kelas aku. Serius awkward gila! Aku cuma rancak bersembang dengan Fana, Ishamie dan Yashita je. Padahal kelas aku ada 18 orang pelajar(lepas dakdak india tu tukar kelas lain). Aku pun dah kurangkan kegilaan aku. Yelah mana ada geng nak menggila dalam kelas! Fana dan Ishamie tu manalah nak gila sangat, depa tu nerd kot hahah. Yashita tu kadang nak menggila pun dia bukannya kental sangat nak layan kegilaan dan kebangangan aku huhuhu.
Subjek favourite aku sejarah. Mula-mula time pelantikan ketua-ketua dalam kelas, aku berebut jawatan ketua sejarah tu dengan Ishamie kahkah. Ishamie tu kira lembut hati gak la bagi jawatan ketua sejarah kat aku, sebab sebelum tu ramai-ramai letak aku jadi ketua NILAM dan Ishamie ketua sejarah. Lastly aku swap dengan dia. Aku memang ulat buku tapi aku naaaaak sangat jadi ketua sejarah. Lagi-lagi, cikgu sejarah aku adalah cikgu favourite aku hihu๐๐ time sejarah sumpah aku fokus gila. Lagi-lagi bila aku dapa tau Puan Norhana yang akan ajar kelas aku. Even at the same time aku agak takut sikit dengan dia sebab dia tegas. Bayangkan weh, dalam kelas sejarah takde sorang pun berani nak bersembang rancak macam subjek-subjek lain. Semua badan tegak macam askar! Puan Norhana sangat tegas. Dalam kelas dia, kena keluarkan buku modul ungu yang dia buat khas untuk dakdak form 4 buat, lepastu bersama pen warna warni untuk catat segala maklumat bila ada maklumat tambahan atau ada tercicir tak lengkap modul tu.
"Ingat girls, everyday is sejarah day."
"Modul hari-hari kena bawak, no excuses kotkot lah saya masuk waktu cikgu hangpa takde"
"Modul kena COMPLETE! Tak boleh ada lopong. Kalau tak awak kena duduk dekat tepi longkang."
"Siapa yang saya nampak buat mata romantik bukak katup time saya tengah mengajar, siap awak."
OMG! I still remember her words!
Kfine, dah terstory pasal favourite teacher pulak hahah.
Kelas aku pada permulaannya agak cacamarba. Berbeza pendapat tu yang jadi tunggang terbalik. Tak sehati sejiwa pun lagi satu. Lagi-lagi, kelas aku makin bertambah sikit sejak Nadhirah dan Nasuha pergi KV. Tinggal lah 16 orang๐
Pernah dalam satu masa tu, semua pakat menentang antara geng. Macam amalkan semangat assabiah pulak pffttt. Aku yang takde geng ni pun tersepit dan terkepit! Tak tahu nak belahkan pihak mana. Sumpah rasa cam nak terbakar kelas dengan mulut berapi masing-masing. Rasa cam eeeeeee can everybody stop arguing? Boleh bawak berbincang. Aku pernah je jerit dalam kelas, terkeluaq weh suara jantan aku. Aku bengang gila time tu. Nasib kerusi tak terangkat je ha.
Dan aku, masih lagi tercari-cari, apakah hikmahnya aku jadi penghuni kelas 4TK2, kalau cenggini hari-hari aku, hadap classmates yang tak pernah bersatu hati.
| Here's a roses for you too but beware, you may bleed your own fingers while picking it up |
No comments:
Post a Comment