Tuesday, 22 November 2016

Masam Manis Upperform #Part1

Assalamualaikum. Aloha namaste ciao~

Dalam pada jari jemari ini begitu gigih menaip satu persatu bait-bait perkataan berselang seli kan idea yang terkadang mari terkadang terhenti untuk manuskrip cerpen aku, tiba-tiba muncul satu idea, muncul satu rasa untuk aku tulis pada entri kali ini. Bila diingatkan cuti makin hampir, aku rasa nak tulis something yang precious, yang boleh dijadikan tatapan semua orang especially classmates aku yang terchenta ❤

Tapi sebelum tu, apakata aku cerita dulu berkenaan sejarah terbinanya kelas 4TK2 2K16? Ecey uhuks 👀


FIRST DAY OF SCHOOL

I'm sooooo excited! Yes, aku antara manusia yang excited gila nak sekolah. Even ada jugaklah rasa sedih sebab dah masuk upperform, tinggalkan dunia lowerform. Aku dah tak boleh main-main, ya aku bertekad. Masuk upperform, nak perform betul-betul. Aku taknak ulangi silap aku time PT3. Serius aku benci PT3. PT3. PT3. (nampak dak aku capslock 3 kali doh)

Lagi-lagi ramai orang yang lebih tua dari aku duk berpesan, "PT3 bukan lah segala galanya" "PT3 tu hape lah sangat" "Masuk uni nanti bukan orang tanya result PT3 hang pun" "besaq esok orang tak kalut aih tanya PT3, orang kalut tanya diploma, degree blabla" "result bukan boleh bawak masuk dalam kubur pun" dan banyak lagi lah kata-kata yang aku dapat. So aku pun kental kan jiwa, move on.

Sebelum jejakkan kaki ke sekolah untuk tahun 2016, senang cerita time cuti sekolah panjang dulu, aku memang dah tekad nak masuk aliran apa. Even aku tau aku tak ada kelayakan pun HUHUHU SEDIH GILEEE😕 aku minat subjek yang ditawarkan dalam kelas 4TS. Subjek elektif dia ada 3, addmaths + ekonomi asas + prinsip akaun.

Okay okay nak dijadikan cerita, lepas dah excited jumpa kawan kawan apa semua, dah melepaskan rindu kat masakan makcik kantin pepagi buta tu, aku bersama dengan beg ringan pun melangkah menuju ke PUNCAK!*nyanyi lagu akademi fantasia* Kay takde lah aku melawak ja LOL. Kitorang semua kena berkumpul kat Dewan Srikandi. Lepastu kena ikut kelas masing-masing, kelas time form 3. 

First day sekolah aku ingatkan dah kena pilih kelas, rupanya pihak sekolah just bagi introduction pasal zaman form 4 yang serba mencabar ni. Cikgu asyik duk tekankan bahawa form 4 is not a honeymoon year! Gosh aku rasa cam nak bersepai jiwa dan raga, yelah cara cikgu cikgu duk cakap tu macam life form 4 ni macam maut pulak. Padahal bila dah tempuh, lahai BEST GILA!(my opinion lah)

First day banyak buat game je. Memula rasa mak aih mendap gila dengan duk rasa rindu dekat someone yang jauh di mata dekat di hati(tapi sekarang jauh di mata jauh di hati, aku dah halau dia keluar dari hati aku, k tak kelakar aku tau!) last sebelum balik tu paling bebal a.k.a lawak jugak la. Main tukar-tukar kasut! Kesian jugak la kat insan yang berkaki besaq lepastu dapat kasut hat kecik pulak, nasib baik la aku kaki kecik je, saiz 5 je huhu cian. Kena buat bulatan lepastu keretapi bagai, and then bila suruh stop, kena stop serentak dan sarungkan kasut yang ada di depan. Sepanjang main tu aku asyik dapat kasut budak pandai je KAHKAH rasa bangga sat! Yang aku kata bebal tu sebab cikgu kaunseling yang handle kami, Pn Low cakap kena bawak balik kasut yang kita dapat kat akhir permainan tu and semua dakdak form 4 be like... "APABENDA NI TEACHER!!!! BUSUKLAH NANTI!"

Pn Low balas "HAIYA INI BALU FIRST DAY SEKOLAH MA.. MANA ADA BUCUK"

Rupanya, its just a prank! Peh, nasib baik. Satu batch mampu menarik nafas lega, hehehe😊😆

Maka aku pun balik sekolah dengan hati yang lega. Cuma rasa berat sikit,sebab letih gila dengan aktiviti tadi dan tak sabar nak menunggu hari-hari yang seterusnya!


SECOND DAY OF SCHOOL 

Hari kedua agak gempak daripada hari semalam. Mana taknya, hari kedua ni cikgu-cikgu yang mengajar subjek elektif berkumpul untuk bagi taklimat pasal subjek-subjek elektif yang menarik kat sekolah aku. Bermula dengan subjek-subjek science stream, certain dakdak yang tak minat sains mulalah duk bising, buat hal masing masing, taknak dengar taklimat sebab diorang pikir, diorang tak perlu dengar sebab diorang tak mau ambik sains. Silap kay silap! At least dengar la jugak, untuk tambahkan ilmu ye dok. Aku yang tak minat sains pun tengok dan dengar dengan kusyuknya tahu tak!

Pastu bila part cikgu-cikgu VT(vokasional teknik) pulak ambik tempat nak explain pasal subjek-subjek ni, dakdak yang nak ambik sains pulak duk bising! Macam berbalas dendam lah pulak hahah. Rasa macam racist pun ada uish uish. Dok molek aih gitu anok-anok. Tapi jangan risau, at the end semua orang kena marah kahkah. Fair and square. 

Part yang paling aku give full of attention ialah part sorang cikgu ni explain pasal akaun. Aku dengar dengan penuh kusyuk, sebab aku target nak masuk kelas akaun en. Part yang aku seronok jugak ialah part addmaths. Cikgu tu siap buat lawak lagi pasal ada orang masuk dewan jawab paper addmaths pastu time selak kertas soalan terus innalillah lah apa lah ahaks. Lepas dah selesai taklimat apa semua, penyelaras form 4 edarkan satu borang. Borang untuk permohonan ke kelas yang nak dimohon. Ada 3 ruang diberi. Maknanya, boleh isi kan 3 kelas yang kami berkenan. So aku dah letak kelas-kelas yang aku nak ikut nombor sikit punya cantiknya. So here's the conclusion:


Pilihan pertama: 4TK1 (Ekonomi Asas + Perdagangan)
Pilihan keduan: 4TS (Additional mathematics + prinsip perakaunan + ekonomi asas)
Pilihan ketiga: 4TK2 (Perdagangan + Ekonomi rumah tangga)


Tadaaaa! Keputusan aku muktamad. Even actually aku berharap dapat pilihan kedua tu ehe. Saja aku letak TK1 sebagai pilihan pertama aku, sebab kalau letak 4TS terus aku rasa macam tak sedar diri lah pulak, result tak mencerminkan pilihan kelas! 😶

Jap jap, aku rasa entri kalini panjang gila jugak la. So apakata aku buat cerita ni part by part? alaaa ikut suka hati gua ah, blog gua. Bukan ada orang baca dan hadam sangat pun.

Lain hari aku sambung part kedua okay! Entri ni cuma cerita pasal awal-awal persekolahan upperform aku, so tak thrilling sangat. Dan macamana aku boleh tercampak kat kelas 4TK2 dan survive menjadi warga TK2 aku tak story lagi hm takpe takpe entri part 2 aku cerita.
Rindu cikgu Atikah😭😭 dia mengajar aku bermacam benda sepanjang 6 bulan dia ajar aku perdagangan



p/s: Moga life cikgu atikah, cikgu praktikal perdagangan okay okay aje! Moga Dia permudahkan urusan. May your life be bless, cikgu😀




Adios~


No comments:

Post a Comment