Wednesday, 23 November 2016

Masam Manis Upperform #Part2

Assalamualaikum peaceful world!


Macam yang dijanjikan, aku akan post story Masam Manis Upperform ni part by part. Aku abadikan kat sini, bersengkang mata type pasal life time form 4 ni, kotkot lah pada masa akan datang aku ditimpa amnesia ke(aku tak mintak benda ni jadi tapi aku prepare HAHA). Lagipun aku sayang classmates akuπŸ’ž

Let's start with day 3, bismillah...


THIRD DAY OF SCHOOL 

Hari ketiga adalah hari yang paling dinanti-nanti kan oleh semua pelajar form 4 2016. Serius berdebor gila lah. Aku pun antara manusia yang paling berdebor sekali. Pagi pagi sebelum pi sekolah aku doa, moga urusan aku pada hari ini baik-baik aje, moga aku dapat masuk ke aliran yang aku impikan selamani! 😟😟

Kami diarahkan untuk masuk ke dewan. Ada aktiviti apa tah mula-mula tu, aku tak berapa ingat sangat. Tapi aku rasa menyesal pulak mintak dipercepatkan masa HAHAHAHAHA. Yelah, time hari first dengan kedua tu aku asyik rasa mendap je tashabar sangat nak tau pasal pemilihan aliran. Padahal hari pertama dan kedua tu banyak gila aktiviti yang buat release tension, macam main bola beracun, tukar kasut, cari angle amende tah(aku still ingat, angle aku ialah Aliaa Nur Diyana hehehe dan aku pulak merupakan angle kepada Athirah Amin).

Masa yang dinanti-nantikan sudah tiba! Kerusi dan tersedia. Entah siapa yang susun sebab sepanjang tiga hari ni kami duduk atas lantai je. Haih mentang-mentang pemilihan kelas nak suruh duduk atas kerusi pulak.

Aku pandang tiap seketul dakdak batch aku, yang bakal melakar nama sekolah dipersada dunia(EWAHHH HYPERBOLA!). Sambil tu aku duk patah-patahkan jari jemari aku. Siap berpeluh lagi weh haih. Bermula dengan pemilihan kelas science stream 1, satu persatu nama diorang disebut, diorang kena berdiri di belakang. Nama nama yang cikgu penyelaras sebut semuanya yang hebat-hebat, yang dapat 10A. Paling kurang pun dalam kelas tu dapat 8A untuk PT3! Peh, sekolah aku memang ramai pesaing, aku tak nafikan. Lepastu diikuti kelas 4 Sains 2, yang dapat masuk tu semua antara yang layak masuk kelas tu. Huahh. Paling tak sangka Umairah dapat kelas 4 sains 2! Yelah, dia dulu time form 3 sekelas dengan aku, kelas second last. Jangan terkejut, kelas second last dan banyak main pun, dia berjaya naikkan nama kelas aku dengan dapat 8A untuk PT3! Jangan ingat kelas corot selamanya corot. Ju dan Shazreen, bestfriend aku pun dapat jugak tapi aku tak terkejut lah sebab depa memang pandai pun πŸ˜€And then kelas sains yang last ialah 4 sains 3. Tapi diikutkan, dakdak science stream teramat sikit tahun ni. Ramai yang tercampak dekat aliran VT dan tak kurang jugak, yang dari sains nak masuk VT! Things change ahaks.

Tahun-tahun sebelum ni, kelas sains selalunya ada 4 dekat sekolah aku. Tapi malangnya batch 2000 dan jugak 1999(mengikut analisa aku bila perati hakak hakak senior) ramai yang more to kemahiran. Sains dah tak pemes kahkahkah(jangan kecam aku)

Lepas dah pilih dakdak science stream, sekarang tibalah masanya untuk pilih pelajar-pelajar yang aku ke aliran VT. Aliran VT ni pulak terbahagi kepada 2; TS(Teknologi Sains) dan TK(Teknologi Kemahiran). Cikgu nak buat pemilihan untuk dakdak TS dulu. Phew! Ketaq gila aih. Bersedialah wahai diri!

Satu persatu nama-nama bakal pelajar 4TS cikgu sebut. Terselit sekali nama twin aku, Amirah Hani. Rasa macam "OMG APASAL NAMA AKU CIKGU TAK SEBUT LAGI!!" Lastly, yang buat aku dan beberapa orang pelajar yang nak kelas TS tapi tak dapat broken ialah bila cikgu umumkan, "baiklah, ini pelajar-pelajar kelas 4TS, boleh pergi ke kelas anda sekarang."

Krek... time tu rasa nak nyanyi lagu Me and My Broken Heart je.

Pastu cikgu buat pemilihan untuk 4TK1 pulak. Aku still jugak berharap dapat kelas ni even tak berapa minat sebab tak ada akaun dan addmaths. Aku taknak tercampak dekat kelas 4TK2 dan 4TK3. Sebab pada pemikiran aku, subjek subjek macam membosankan, lagi lagi seni 4TK3, aku tak reti lukis! Aku kalau mood ada ja boleh lukis lawa-lawa. So acane aku nak go on dengan kelas 4TK3 if tak ada minat kan?

But still, cikgu kecewakan aku lagi! Rasa macam nak pergi melutut dan peluk kaki cikgu je haih. Aku dan Farhana, saling berpandangan. Pemilihan untuk kelas 4TK1 dah habis. Rasa nak nangis, serius. Muka aku yang dah berpeluh, rasa dingin dah. Hati yang dupdapdupdap tadi dah rasa kosong sekarang. Aku pasrah. Farhana pun minta kelas TS dan TK1, tapi malangnya nama dia tak disebut, dia masuk duduk di kerusi. Sama nasib macam aku. Dalam duk pasrah tu aku rasa nak meraung. Minda aku dah berselirat.

Cikgu masih go on dengan pemilihan kelas. Tinggal 2 kelas je lagi! Ya Allah, takut. Satu, takut takde kawan. Yang kedua, takut kena sisih dengan kawan-kawan yang dapat kelas idaman tu. Yang ketiga, takut disebabkan tak dapat kelas idaman, aku akan main-main macam dulu.

"Okey, kelas 4TK2 pulak..." satu persatu nama pelajar disebut. Kalini aku pasrah habislah. Aku mengeluh. Farhana yang kat sebelah aku dah serba tak kena, macam kucing nak beranak, gelisah semacam ja. And macam yang dia assume, dia dapat kelas TK2. Sekarang nasib aku pulak.

"Wan Nur Amirah binti Wan Noor Eduan..."

Zassszz! Nama aku kena panggil. Rasa macam jantung berhenti bergerak buat seketika. Muka dah macam innocent habis! Aku bangun dan beratur dengan pelajar-pelajar lain, yang bakal menjadi classmates aku untuk 2 tahun! Aku perhati sorang-sorang manusia yang sealiran, sekelas dengan aku. Semua muka-muka yang aku tak berapa nak rapat, yang aku rasa kelas aku akan jadi porak peranda, malah paling membengangkan aku; MUSUH TRADISI AKU PUN SAMA KELAS DENGAN AKU! πŸ˜¬πŸ˜¬πŸ˜©πŸ˜’


Boleh ke aku survive?

*********

Masuk je ke kelas, aku dan Yashita yang sememangnya dah janji nak jadi deskmate terus cop tempat yang agak depan. Senang cerita, Farhana a.k.a Fana a.k.a Fanot dan Foo duduk depan sekali, kitorang belakang diorang hah gitu. Yashita nampak macam agak happy jugak lah, berbeza dengan aku. Cuma, aku pandai cover kesedihan aku kahkah. Fana dan Foo aku tengok dah macam serba tak kena, muka memasing masam gila lah. It's okay, aku paham perasaan diorang, diorang perlu masa. Like myself too, or maybe the others, yang senasib dengan aku, tak dapat kelas yang diidam-idamkan.


Even aku baru nak suai kenal atau dalam erti kata lain, nak rapat dengan dakdak kelas aku, aku tetap kecoh dalam kelas jugak! Hahah yea that's me, tak boleh ubah dah lol. Aku meroyan jap dalam kelas, sedih tak dapat kelas TS. Tapi aku tak seteruk certain dakdak india dalam kelas tau. Depa tu dalam 2-3 orang menangis gila-gila bagai nak rak lah, siap tunjuk protes lagi tak suka duduk kelas TK2 dengan duduk kat belakang kelas. Cem apa je. Ada satu puak ni(geng Jasmin a.k.a minion) kecoh gilalah dalam kelas. Yelah, diorang satu kelompok, syok lah. Aku dengan dakdak lain terpisah dengang bestfriend haih mereput aku selama 2 tahun.

Cikgu kelas kitorang pun masuk dalam kelas. Puan Nor Aini, pernah ajar aku KHB ERT untuk from 3 tahun lepas. Dia bagi 'tazkirah ringkas' dekat kitorang sebelum kami di arahkan untuk ambik buku-buku teks form 4 kat bilik SPBT. Then, beberapa budak india yang masih tak dapat terima kenyataan pergi jumpa cikgu, mintak nak tukar aliran. Siap ada yang nak masuk aliran sains lagi. Bila disemak result PT3, tak layak kot. Aku bukan nak rendah-rendah kan, tapi agak lah weh subjek science stream susah kot nak bawak. Kalau dia mintak nak tukar kelas TS aku boleh pertimbangkan jugak lah. Ada jugak sorang budak india dalam kelas aku, nak tukar TK3. Maybe dia minat seni kot. So cikgu pun bagi dia masuk kelas TK3. Cuma yang certain dakdak india yang mintak lebih-lebih tu cikgu nak berunding jap masalah diorang kat pengetua. Samaada stay kat kelas TK2 ataupun boleh tukar kelas. Aku rasa cam benda tu akan menyusahkan lagi cikgu-cikgu.

Agak kecoh jugaklah pasal pertukaran kelas dakdak india ni. Ada mak bapak siap jumpa pengetua aku lagi, nak jugak pihak sekolah masukkan anak depa kat kelas yang depa nak. Peh sanggup!

Dan aku pulak, hanya memerhati depa depa yang buat pertukaran kelas ni. Aku masih sedih, tapi aku redha. Aku rasa ada hikmah. Memang berat nak terima tapi aku yakin ada hikmah even hikmahnya masih kabur. Lek, baru beberapa hari jadi warga 4TK2, pujuk hati aku.




No comments:

Post a Comment