Ni aku nak bagitau siap-siap, entri ni sebenarnya khas untuk kawan-kawan aku je (mention: Afifah, Atirah, Afiqah & Najwa Deng). Diorang yang nak sangat aku up cerita ni dekat blog. Especially si Pipah tu siap merayu kat aku haish tak sampai hati aku nak tolak permintaan dia :') Aku pulak duk fikir berkali kali samada nak tulis atau tidak sebab benda ni ada kena mengena dengan yang masih hidup dan paling penting, kena mengena dengan my ex crush 😂
Okay, di sebab kan aku update dekat blog, of course lah orang lain pun boleh baca. Maaf kalau ada yang tak selesa ke apa. Takde niat apa apapun. Sekadar untuk memuaskan pembacaan rakan-rakan aku pada awalnya so jangan salah sangka. Plus nanti kalau aku dah tua boleh la aku mengimbau kenangan beraya di rumah dia for the first time kan :') okay jangan sendu mirah!
Bismillah. Mari kita mula kan ~
****
Dalam dua tiga hari kita seronok beraya, aku dapat jemputan raya ke rumah ex crush. Yang ajak tu adik dia a.k.a adik angkat aku. Sebenarnya boleh di katakan tiap tahun Adlin ajak aku beraya dekat rumah dia tapi aku segan (kan dulu aku suka abang dia so macam segan la kalau bertembung ke apa dah la dulu gemuk gila selemuih hodoh nakmatiy 😂). Aku dah agak tahun ni aku mesti akan di jemput lagi hehehe so memang dari awal aku dah berkira-kira untuk datang. Dah ada keyakinan sikit dan aku pun dah tak ada simpan perasaan dekat dia 😌 Aku tak sabar nak jejakkan kaki ke rumah ex, for the first time setelah berkali kali Adlin ajak dulu.
8 Jun 2019
Malam tu, aku gigih pergi beli barang untuk buat semperit susu untuk di bawa ke rumah ex HAHAHA gigih nau 😂 aku fikir kalau setakat pergi dengan tangan kosong macam tak syok lah pulak, jadinya aku terfikir nak buat semperit susu. Ya aku buat sendiri 😂 Lagipun dulu waktu aku sekolah mak dia baik sangat dengan aku even tak pernah berjumpa depan depan. Rajin bagi itu ini. Aku teringat waktu first day aku nak exam SPM, mak dia bekalkan puding untuk aku 😋
First try, sunburn gila weh semperit tu :') dah la bentuk bunga tak berapa nak lawa, tiber pulak sunburn! Aduh parah ceni. Dah la tekan acuan tu pun separuh mati. Yang burn tu takpe, sebab ada banyak lagi acuan yang aku tak tekan tapi itu lah, tangan aku dah nak tercabut dah ni. Dah la buat kerja sorang-sorang, cousin aku dah tidur sobs.
Percubaan membakar kali kedua, alhamdulillah nais gilaaaa omgeh aku nak nangis kegembiraan hshshshsh. Dah la kaler pink pastu tak burn macam tadi aduh serius lawa (pada pandangan mata aku). Bunga cantik ke tak tolak tepi janji naik dan tak burn macam tadi lol.
![]() |
| Ni percubaan kali kedua! Warna dia nice duh |
Di sebabkan banyak lagi acuan tu, aku terpaksa buat sampai habis. Pukul 4 baru aku siap baking. Sakit pinggang, lenguh tangan toksah cakap la, rasa nak baring terus kat dapur. Selesai susun kuih yang aku buat tu dalam balang dan kemas dapur, baru aku tidur. Tidur yang tak nyenyak.
9 Jun 2019
Aku siap berbaju kurung, pin tudung dan make up dalam pukul 1 lebih. Aku siap awal takut Fazleen sampai awal. Tak sabar plus berdebar debar. Sambil menunggu Fazleen datang ambik tu boleh la prepare susun semperit untuk di bawak ke sana. Aku letak dalam bekas kecik. Aku pilih kuih semperit yang lawa lawa je, ada lah yang burn sikit aku letak jugak sebab susah nak mencari yang lawa lawa sebab yang paling lawa banyak kat bawah balang besar yang aku susun pagi buta tadi 😂 yelah takkan nak bawak yang sun burn teruk tu pulak malu le aku. Cousin aku siap puji lagi cakap semperit aku sedap, cukup susu bagai tapi sayangnya banyak yang sunburn :') sepupu aku tu bukan senang nak puji, kiranya tu memang kenyataan jujur dari dia. Aku redho kuih aku tak lawa hm asalkan sedap kan? Tu paling penting.
![]() |
| Ni haa ada yang burn sikit, ada yang nice 😂 |
Tunggu punya tunggu, Fazleen masih enggak kunjung tiba. Aku terpaksa duduk depan kipas stand tu sebab taknak make up cair 😂 lek aku tak make up tebal pun ish, aku make up takat tutup cela cela dan bagi wajah berseri ja ekekeke.
Last last, Fazleen datang ambik aku pukul 3 lebih. Sebab tukar plan tanpa sengaja. Yang lambat tu sebab kawan lama si Fazleen ni tiber tukar masa cakap openhouse waktu tengahari. Pada awalnya cakap waktu pagi. So terpaksa Fazleen datang waktu tengahari. Dah tu terkejar kejar nak ambik aku pulak dengan sesaknya. Tak apa aku tak kisah lambat atau cepat janji sampai.
Masuk je dalam kereta, terus aku bukak google maps. Aku ikut google maps yang Adlin send tu. Aku tukang bagi direction. Malangnya tukang bagi direction pun macam harey 😂 dua tiga kali pusing duk salah jugak haih. Paling takleh blah aku boleh tersilap kiri kanan. Aku syak wayar dalam otak aku dah berbelit sebabtu kiri kanan pun dah tak kenal. Alih alih jalan mati, alih alih rumah orang lain 😂 betul lah fakta mengatakan bahawa perempuan memang fail kalau bab bab nak tengok direction waze bagai ni sobs. Kesian doh Fazleen yelah dia yang bawak kereta kan. Dah la dia duk gaduh nak terkencing la apa HAHAHAH aku suruh dia tumpang kencing kat rumah aku taknak. Aku syak aku jadi loqlaq harini sebab nak beraya rumah ex kot :') itu yang asyik bagi salah direction ja.
Aku cuba untuk tengok direction bebetul. Akhirnya aku sampai dekat location yang Adlin send tu. Tapi yang pelik, kenapa macam bukan rumah dia?
Aku try call Adlin. Dia tak angkat. Banyak kali aku call. Aku sekadar call whatsapp ja sebab takde credit. Yang si Fazleen dah gelabah nak membuang. Siap ugut lagi "hang jangan sampai aku kencing dalam kereta haaa" HAHAHAH ngek 😂 aku dah la dengan berdebar nak pergi rumah ex, dengan sesat nya, dengan nak menenangkan si Fazleen, dengan si Adlin tak angkat call. Pening woi!
End up aku keluar dari kereta, aku try usha rumah-rumah yang ada kat situ. Memang sah bukan rumah Adlin. Sebab lorong tu sunyi, dan takda kereta ayah dia. Aku kenal kereta ayah dia a.k.a bekas bapak mertua ku eh tiber hshshshs.
Aku pergi balik kat kereta, bersandar kat tingkap. Tengok jam dah pukul 4. Takkan aku nak sia siakan waktu dengan tunggu macamni. Tiba tiba otak aku terfikir benda yang aku rasa paling mustahil untuk aku lakukan tapi aku TERPAKSA.
"Weh... nak aku call M ke?" tanya aku dekat tepi tingkap kereta.
*aku bahasakan crush aku tu sebagai M la HAHAHAH
Fazleen memang menggalakkan aku untuk call si M sebab dah takda cara lain. Call Adlin tak angkat, kang balik rumah terus aku yang sendu. Makanya, aku terpaksa memaksa diri untuk call M. Aku mengeluh kasar. Aku takut doh nak call dia, yelah kang dia ingat aku call sebab nak menggatal pulak aih. Tapi benda dah tak boleh nak elak. Terketar siak tangan aku nak call dia. Macam biasa, call whatsapp je mampu.
Harey betul, dia pun tak angkat jugak! Aku mula la fikir dia tak angkat sebab tengok 'nama aku' em korang faham tak maksud aku? 😂
"Dia tak angkat! Aku dah la takda credit nak call biasaaaa huarghhhhh" aku mula menggila dekat tepi tingkap. Memang aku dah macam orang sakai dekat luar tu. Aku ada gak try whatsapp dia cakap 'M nak alamat rumah' tapi dia tak online eherher.
"Haaa takpa takpa, guna phone aku. Aku ada credit." fuh lega aku bila dengar Fazleen cakap macamni.
"Okay bak fon hang." aku mintak dari luar tingkap.
"Hang buatpa kat luaq tu, masuk lah kot ya pun ishh." Fazleen mula beletiaq gaya mak mak. Dah la dengan cuaca mendungnya, gaya macam nak hujan. Aku berjalan masuk ke dalam kereta seperti yang di arahkan.
Aku dial nombor Adlin dulu. At last, operator yang jawab. Fuh terbako je aku 😂 tapi aku husnudzon mungkin tetamu ramai lah tu, itu yang tak angkat call. Tapi sampai bila aku nak duduk tersadai kat tepi jalan ni dengan Fazleen. Perut aku pun dah kemain berdendang bagai. Aku tak makan apa-apa lagi, cuma makan time pagi je.
"Weh Fazleen, Adlin tak angkat doh! Cemana ni siak aduh memang takda cara lain dah. Try call M pulak lah." tangan aku berpeluh peluh mendail nombor ex crush. TERPAKSA WEH TEPAKSA! Fuh ini kalau dia tak angkat sebab nombor tak kenal memang aku balik terus bersama kuih semperit 😂
Selesai dial, aku tekan butang hijau dekat skrin. Jantung aku dah berdegup kencang dengan kelajuan 60km/j. Bunyi 'tuutt tuuut tuuut' tu pun dah buat aku rasa nak terkencing sekali bersama Fazleen.
Tiba tiba, hilang 'tuut tuuut' tu.
Aku diam. Aku nak sebelah sana yang cakap dulu.
"He.. lo?" suara garau kedengaran di sebelah talian. Suara yang seakan akan baru bangun tidur, macam suara orang malas.
Sumpah, aku rasa aku macam tak cukup nafas. For the first time aku dengar suara dia. Selama aku suka dia( 2 tahun) dan selama aku kenal dia sampai sekarang, aku tak pernah langsung dengar suara dia. Otp tu lagi laa tak pernah gila ke 😂
Tapi aku macam tak sure tu suara dia ke siapa so aku tanya, "helo.. ni M ke?" Yelah kotkot aku tersilap orang ke, tahtah tu suara ayah dia ke apa sebab selama aku mengenali dia, expectation aku terhadap suara dia lain dari apa yang aku dengar pada saat itu. Serius.
*ok lah kalau duk cakap pasal suara dia sampai kiamat tak habis
"Ya saya..." jawab dia bersahaja. Macam rilek je gaya dia, memang baru bangun tidur apa?
Aku terus cakap, "err nak alamat rumah boleh tak?"
"hantar kat nombor ni ke apa?" soal dia balik. Memang sah la dia mamai HAHAHAH aku syak jela 😂
Laju je aku cakap terus, "ehh bukan bukan, hantar kat..." belum sempat aku nak cakap habis, dia potong pulek.
"Ni siapa?" soalan dia buat aku rasa nak tercabut jantung. Ni dia dah hilang mamai ke apa hshshsh
"Ni Amirah." aku jawab bersahaja, padahal tengah kawal suara dari shaking hshshshhs
Lepas aku cakap nama aku, lama gak dia diam sebelum dia balas, "ohh okay okay." Ha suara ni baru macam di alam nyata sikit 😂
"Okay thanks tau." belum sempat dia nak jawab sama-sama, aku dah tutup.
"FAZLEEN AKU TAKUUUUIIIITTTT!" jerit aku dalam kereta. Aku tak sangka dapat cakap dengan dia, dengar suara dia, after 4 years weh 😂 even conversation tu formal. Aku taktahu ah asal jantung aku tak habis habis degup lagi. Dia bukan sebab suka, mungkin sebab aku tak pernah sembang dengan dia kot, like seriously tak pernah. And one more thing, dia first love aku jadi.... *ok topic end
Lepas je dari aku call dia, terus aku tengok kat chat kitorang yang dia dah bluetick aku. Haaa on pun mamat ni. Dia reply "ehhh" sebelum send location yang tepat. Aku macam apa benda mamat ni eh eh, nak terkejut pulak agagaga
Lepastu aku reply, "tadi cari tk jumpa" and dia laju je reply, "haha ni jumpa la kot"
Untuk tamat kan perbualan, aku reply "Haaa okay thanks" 😆
Lepastu aku tekan maps tu, aku tengok betul-betul. Rupanya lorong 9! Ini lorong belas belas dah ni aduh tersasar jauh aku. Aku taktahu samada Adlin bagi silap alamat ke apa, ke google ni yang gelong. Terus Fazleen start enjin kereta dan blah dari situ. Ga usah membuang masa lagi!
****
Dalam dua tiga minit kemudian baru sampai ke tempat yang sepatutnya. Dari jauh dah nampak Avanza ayah dia. Dan dari jauh nampak ramai gila junior junior aku. Aduh malu aku ceni. Aku nampak Adlin tengah sembang dengan junior junior(kawan kawan dia la kiranya) dekat luar. Nampak gaya macam depa dah nak balik.
Aku memberanikan diri turun dari kereta. Aku jalan ke depan dulu seperti yang di suruh oleh Fazleen. Fazleen dah tak sabar nak membuang tu.
Aku tarik nafas dalam dalam, dan lepas... Okay mirah sila jalan :")
Waktu aku on the way berjalan ke rumah dia, semua yang ada kat depan rumah tu pakat pandang aku. Weh bapak takut!
Fazleen bisik kat aku, "pehal depa semua pandang kita? Tak pernah tengok orang ka."
"Tak depa pandang aku lah tu, tu semua junior convent."
Makin dekat dengan halaman rumah dia, aku makin berdebar. Aku takut lah tiba-tiba M ada kat belakang pintu ke haa tak ke luruh jantung aku 😂
Aku terpaksa buat jejak kasih jap dengan junior-junior aku dekat situ especially dengan si Ros sebab Ros yang paling rapat dengan aku. Gaya Ros macam dah nak balik, siap berhelmet bagai. Lepas salam apa semua, aku berdiri depan pintu rumah dengan Fazleen, menunggu Adlin yang tengah melayan kawan-kawan dia nak balik.
Selesai semua tu, Adlin ajak aku dengan Fazleen masuk rumah. Oi berdebar 😭 Aku ikut belakang Adlin. Waktu otw nak pergi ke ruang tamu, langkah aku terhenti. Aku nampak macam ada mamat yang aku kenal tengah bersandar kat kerusi panjang dengan seorang budak perempuan. Budak perempuan tu aku kenal, Sofea adik bongsu depa 😂 yang di sebelah Pia tu macam aku kenal!!! Di sebabkan mamat tu terlindung di sebalik Pia, so aku tak berapa nak nampak empunya badan tu, tapi aku yakin itu adalah M. Depa dua macam tengah tengok tv sebab time tu tv terbukak, tapi nampak gaya macam si M tu baru bangun tidur je.
Langkah aku masih statik. Fazleen duk tolak tolak aku ke depan, suruh aku jalan dulu. Aku takut doh nak jalan depan si M 😂 tak kisah la dia baru bangun tidur ke apa. Aku suruh Fazleen bersabar dulu even aku tahu tahap nak terkucil Fazleen sudah berada di skala 6 😂 Aku tunggu je Adlin patah balik untuk 'jemput' aku hahahah.
Dua tiga minit kemudian baru Adlin datang balik. Aku tanya dia tandas kat mana? Buat buat cool pulak hek eleh Mirah 😂
"Meh la Lin nak tunjuk." Adlin ajak aku dan dia terus jalan ke depan. Tanpa membuang masa, aku follow dia cepat-cepat dari belakang. Waktu jalan depan M, sumpah aku rasa macam nak tumpang kencing sekali 😂 seram sejuk ja aku rasa. Aku tak pandang langsung dia even aku tahu tu adalah dia.
Masuk je ruangan dapur, kehadiran aku dan Fazleen di sambut mesra oleh ibu Adlin. Senyum lebar je ibu even muka letih. Aku tersengih sengih. Waktu aku salam ibu, aku terus sua bekas yang berisi kuih semperit susu. Aku cakap, "ni ada kuih sikit heheh."
Ibu Adlin ucap terima kasih dengan senyuman yang tak lekang di bibir dan tanya, "buat sendiri ke ni?"
Aku sengih sengih dan balas, "haah buat sendiri tu hehehe."
Ibu cakap, "uih nampak tu Lin, buat sendiri tu." dan gelak gelak mesra dengan Adlin. Waktu ni aku dah kembang semangkuk yal HAHAHAHAHAH 😂 rasa happy gila duh.
Aku teman Fazleen melunaskan hajat. Sambil sambil tu sempat betulkan tudung memandangkan ada cermin dekat bilik tu. Aku rasa ni bilik untuk solat, ada sejadah dan cermin panjang. Ada bilik air sekali dalam bilik tu. Kecik je ruangan bilik tu.
Selesai segala benda, kitorang keluar dari bilik tu dan terkebil kebil. Tak tahu mana nak pergi sebab Adlin tiba-tiba hilang. Di sebabkan blur punya pasal, kami patah balik ke tempat tadi. Makanya, terpaksa lalu depan si M tu lagi. Haih hanet betul aku dah tak larat nak berdebar debar ni 😩 Waktu lalu tu macam biasa, aku tak pandang langsung dia.
Tak lama lepastu, Adlin muncul kembali. Hish memang macam chipsmore betul lah dia ni. Aku tanya nak makan mana? Adlin tarik nafas dan bawak aku kembali ke dapur 😂 and yes kena lalu lagi depan tu ey!! Ni dah masuk 3 kali aku duk lalu lalang depan ex.
Rupanya kena makan dekat meja makan area dapur tu. Aku malas nak pandai pandai duduk tadi, yelah rumah orang kan. Lepas Adlin 'hantar' kitorang balik ke sini, terus dia menghilang, pergi layan tetamu yang lain kot.
Terhidang 3-4 jenis makanan. Yang paling menarik perhatian aku ialah lontong! Aku capai mangkuk kecik dan cedukkan nasi impit untuk Fazleen dulu. Waktu tengah ceduk tu, tiba tiba ibu Adlin lalu. Aku kawal gerak geri aku dari parkinson.
"Haa makan je makan. Ambik je banyak banyak."
Aku dan Fazleen tersengih sengih macam kerang busuk.
Selesai ceduk untuk Fazleen, aku ceduk untuk diri sendiri pulak. Aku ambik lontong sebab aku memang dah lama craving lontong. Rasa nak nangis duh ibu cam tahu tahu je kahkah ok perasan 😆
Fazleen tetapkan dalam 20 minit je duduk situ lepastu terus balik sebab waktu tu pun dah nak dekat pukul 5.
Dalam duk makan makan tu, tiba tiba ibu lalu balik dekat meja makan dan tanya lagi, "ni sekelas dengan Lin ke?"
"Eh bukan. Senior heheh." jawab aku malu malu. Malu sangat 😒
Ibu pun 'ohhhh' kan aje sebelum berlalu pergi.
"Mak dia kenal hang ke tak?" tanya Fazleen.
"Entah la.. macam tak kenal je tapi gaya dia sambut aku tadi macam kenal. Eh taktau aku. Dia tak cam aku kot yelah dalam ramai ramai orang ni kan." aku cuba berhusnudzon.
"Tapi mak dia tau kan hang nak mai?"
"Haah tahu. Adlin bagitahu cakap 'kak wan nak mai' eheks." aku tersengih.
5 minit kemudian, ayah Adlin pulak datang menyinggah sembang dengan kitorang, tongkat dagu terus dekat meja tu 😂 fuh ex ayah mertua ku HAHAHAH jk jk
Ayah Adlin cakap, "lahai keciknya ambik mangkuk. Haa makan makan, tambah lagi. Rugi wooo kalau hampa tak tambah." aku dalam hati, haih peramah betul family ex ni 😂
Aku pun senyum gelak gelak centu jelah sambil suap lontong. Fazleen pun duk tergelak gelak.
Gaya nak habis makan, tiber pulak ada satu family ni datang dekat meja makan. Ibu dan ayah salam salam depa dan jemput depa duduk sekali dengan kami. Aduh bertambah segan aku di buatnya. Nasib dah nak habis makan. Fazleen bangun dulu maka tinggal aku je kat meja tu, duk menghirup kuah lontong buat kali terakhir.
Time aku kalut nak bangun tu tiba tiba pakcik tu(maybe kawan ayah Adlin kot) cakap, "eh apa cepat sangat makannya duduk la."
Muncul pulak ayah Adlin dari belakang dan cakap, "Itu lah pasal kerja nak lari je, duk malu malu pulak hai budak budak ni." memang merah la muka aku cita dia 😂 tak guna Fazleen biar aku sorang sorang kena bahan!
Sebagai tetamu yang berhemat aku tolong basuhkan mangkuk, cawan dan sudu aku dengan Fazleen. Time nak basuh tu ibu lalu kejap kat dapur dan cakap dekat aku, " eh takpayah la basuh, biar sis Lin basuh." di tambah dengan gelak gelak di hujungnya. Memang ibu dia kaki gelak macam aku ke cane 😂
Aku tak dengaq kata, aku teruskan membasuh ja (Pipah cakap mungkin sebab ni aku demam, sebab aku ingkar arahan ex mak mentua)
Lepas selesai membasuh pinggan, aku bagi isyarat mata dekat Fazleen, tanda 'jom blah'. Macam biasa lah, aku kena jalan dulu.
Aku pergi balik dekat meja makan tu dan cakap kat ibu yang aku nak balik dah. Ibu macam 'alaaa nak balik dah ke, cepatnya'. Ayah pun macam 'loo awai lagi nak balik dah' aduh aku jadi tak sampai hati nak balik awal 😢😂 tapi nak buat macamana, aku tumpang orang kan. Yang satu family tu pun bagi reaction yang sama jugak, macam taknak aku pergi HAHAHA
Lepas salam mak dia apa semua, aku terus lalu dekat ruang tamu. Aku perasan dia still ada dekat kerusi tu, aku tengok guna ekor mata aku ja HAHAHAHA.
Aku gi cari Adlin nak bagitau yang aku dah nak balik. Reaction Adlin sama macam ibu ayah dia dan family pakcik tu 😂
"Alaaa cepatnya nak balik. Takmau makan kuih kuih dulu ke.." Aduh aku rasa bersalah tapi apakan daya 😭 it's okay nanti saya datang lagi ekekeke
Adlin ajak tangkap gambar, benda wajib tiapkali kami jumpa sebab yela bukan senang nak jumpa kan. So aku pun tunggu jap dekat depan pintu rumah dengan Fazleen sebab Adlin masuk jap buat apa entah. Tapi aku intai dekat tingkap yang terbukak sikit tu, nampak macam Adlin pergi dekat M. Tingkap rumah yang terbukak tu menghubungkan terus ke ruang tamu sebabtu aku nampak.
Dalam duk menunggu tu Fazleen tanya aku, "M tengok hang tak tadi?"
Aku menjongket bahu, tanda tak tahu. "Entah la aku tak pandang dia pun dekat kerusi ruang tamu tu. Malu do."
Aku pandang lagi sekali tingkap tu. Aku terperasan M tengah pandang tingkap yang sama, maksud nya tengah usha aku dari jauh. Aku terus siku si Fazleen dan bisik, "FAZLEEN DIA PANDANG WEH!"
Fazleen pusing belakang untuk tengok sipi sipi and yes, dia memang tengah usha dari jauh 😂
Tiber Adlin keluar bersama handphone di tangan dan aku rasa tu bukan handphone dia. Tapi cover phone tu cute sebab cover phone We Bare Bears 😆 jadi aku tanya lah tu phone siapa.
"Ni phone M." balas Adlin sambil gelak gelak. Aku pun ohhh kan jelah sambil tahan gelak. Aku kan jenis mudah terhibur jangan salah faham.
Adlin suruh si Min (adik M yang nombor 2) tolong tangkapkan gambar kitorang. Guna phone siapa? Phone si M lah 😂 uwaw sangattt.
Lepas dah snap beberapa kali, aku pun mintak nak tengok jap gambar gambar hasil tangkapan sebentar tadi. Sambil slide tu aku saja gurau, melawak gitu. Aku cakap, "uish ni dok slide slide ni kang terslide gambar awek dia mampus aku hahahahha." aku bantai gelak macam siot 😂 Lepastu Adlin balas sambil gelak gelak, "dia mana ada awek lah."
Belum sempat aku nak bukak mulut Fazleen terus cakap, "hang ada peluang lagi nampaknya jangan risau." Aku buat muka terkejut dan gelak. Harey punya member cakap takda tapisan langsung HAHAHAH dah la ada depan rumah dia! Aku takut gak ah nanti tiba tiba dia muncul dari belakang dan terdengar apa yang Fazleen cakap tu tak ke naya je. Sia sia kena hambat balik HAHA jk jk
Kami sambung snap gambar lagi. Adlin ada snap gambar aku berdiri sorang dalam 2-3 keping. Lepastu bila aku tengok gambar tu aku cakap kat Adlin, "uish ada gambar akak sorang ni boleh la suruh dia buat wallpaper dah alang alang kan." Lepastu aku gelak. Weh wtheck aku cakap macamtu siak 😂 Aku sendiri tak sedar macamana lajunya mulut aku menutur kan kata kata sebegitu rupa 😂😂😂 maaf M kalau baca! Melawak di petang raya ja okies 🙏😂
![]() |
| cc : Adlin a.k.a ex adik ipar HAHAH jk jk |
Sebelum melangkah pergi aku pesan dekat Adlin, cakap kat ibu yang kuih semperit aku tu burn sikit, sikit jee tak banyak hahaha. Aku cakap kuih semperit tu main panas tadi sebabtu sunburn. Adlin gelak sambil geleng kepala. Dia dah cukup masak dengan perangai loqlaq dan lawak bodoh aku :')
Aku melambai lambai ke arah Adlin sebelum berjalan menuju ke kereta. Bapak jauh aku suruh Fazleen parking. Sebelum tu, aku membuang pandang ke rumah ex buat kali terakhir (apak ayat aku agagaga). Kalau panjang umur aku datang lagi(untuk beraya)
![]() |
| Thanks driver! |
***
Sorry ex kalau terbaca and rasa annoyed ke terasa ke apa. Seperti yang dikatakan tadi, pada awalnya ini untuk 4 makhluk di atas tu dan takda niat apapun. Apa yang duk gurau lawak lawak tu memang sekadar gurauan, ya saya suka melawak dan ketawa. Kalau terasa ke apa boleh pm tepi kita settle cara baik 😂😭🙏 hope you are doing fine, always :)
p/s: terima kasih sangat sebab angkat call. kalau tak sampai ke sudah saya tak sampai rumah awak. kalau tak memang semperit tu berkecai dekat tepi persimpangan jalan tu
nota lagi satu : for those yang tahu siapa si M tu diam diam ja okay. Siapa bahan aku,tanya aku dah move on ke belum aku block HAHAHAHAHAH
![]() |
| Cantiknya camera huawei ex agagaga |





Hai abang m boleh contact saya di 0194823451😭💗
ReplyDeletepipah nak kena sidai ke HAHAHAHAH nasib nombor main tekan ja
Delete