Friday, 28 June 2019

Entri Tarik Mengkarung Edisi 12 Syawal

Assalamualaikum evelibadeh 🙋 pekaba? Aku semakin jarang update entri sebab busy gila. Rasanya last aku update secara kerap waktu bulan 2-4 macamtu. Aduh rindu siot nak duduk berjam jam fikir idea untuk blog 😕 sekarang memang busy aku ni takleh bawak bincang. Lagi lagi aku masuk uni bulan 7 ni, memang tak sempat nak sambung cerita dekat SI tu. Sorry gais 😭 tapi jangan risau, aku akan habiskan jugak story kat SI selagi aku hidup hahaha sebab aku takleh nak janji akan habiskan dalam tahun ni. Takpe asalkan siap sebelum aku mati pun dah okay kan? At least kawan-kawan aku baca nanti boleh la mengimbau kenangan time belajar dekat SI. Sebabtu walau apapun jadi aku tetap nak habiskan story tu, sayang la kalau biar tergantung sepi camtu je kan.

For this new entri aku nak update kisah 12 syawal, yang memberi idea ofcos lah si Afifah Zamri. Dan yang menyokong idea tersebut semestinya Atirah Jafri 😒 busy cemana pun aku, aku luangkan jugak masa untuk hampa heheh mohon nangis!

****

16 Jun 2019 | 12 Syawal 1440

Aku duk bersiap berjam-jam depan cermin. Sedar tak sedar dah pukul 8.40 pagi. Apa lagi, terus aku capai phone aku yang lagi satu (aku ada 2 phone) untuk tempah Grab. Lepas dah dapat driver, aku kena tunggu dalam masa 8 minit sebelum si driver sampai ke rumah aku. Agak berjanggut jugak lah aku tunggu padahal dia dekat belakang rumah aku ja (based on location dekat Grab).

Aku sebenarnya rancang nak buat kuih semperit lain untuk Haiqal, tapi malangnya aku takde mood nak buat HAHAH aku kalau nak buat sesuatu kena ada mood. Takut kang nanti kuih semperit tu jadi sunburn lagi haaa kang aku yang terbako melihatnya 😂 Aku terfikir nak beli macaroon jelah dekat Mydin nanti, memandangkan dia suka sangat makan macaroon.

Aku usha jam dekat skrin phone, dah pukul 9. Waktu ni aku baru ada dekat area Pokok Asam. Matey lah aku kalau tak sempat beli tiket! Aku terpaksa beranikan diri cakap dekat abang Grab tu,


"err abang, tiket saya pukul 9.30 pagi."
"9.30? Okay."

Terus zzzuppp! Kereta Bezza membelah jalan raya gitew. Macam formula 1 bhai tapi dengan cara yang berhemah lah. Di sebabkan dia bawak laju aku dah boleh bawak bertendang sikt dalam kereta tu 😂 

Finally, sampai jugak! Wa salute sama lu bro. Di sebabkan dia telah menyelamatkan 'masa' aku, aku rate dia 5 bintang dan rate dia 'excellent service' ekekeke baik kan aku 😂 Lagi 6 minit berbaki sebelum bas pukul 9.30 pagi jalan. Aku terus berlari ke kaunter Perak Transit untuk beli tiket bas. Aku tak peduli dengan mata-mata yang memandang. Semput takyah cita lah, boleh tercabut segala pin tudung dengan cara larian aku tadi. Usain Bolt pun tunduk dengan aku hshshshhs bodo la ayat 😂

Selesai beli tiket yang berharga RM10 (dah naik harga siak zaman awal-awal aku belajar kat SI tiket RM8), aku jalan menuju ke arah bas yang di beritahu oleh pekerja dekat kaunter tadi. Makanya, aku dah selamat berada dalam perut bas Perak Transit.

****

Perjalanan selama 1 jam tu membuatkan kepala aku pening. Tiber je dalam otak terasa macam di cucuk cucuk. Aku turun bas pun rasa macam gayat. Haih spoil betul lah benda benda macamni... mencik!

Aku lintas ke seberang menuju ke Mydin, favourite place tiapkali turun Ipoh 😂 entah la apa yang best sangat pasal Mydin ni tapi yang pasti, takda siapa kenal aku kat sini hehek.


***ok sambil-sambil tu aku boleh la selit sikit sebab kenapa aku turun Ipoh kan? Mula-mula aku rancang dengan Pipah dulu, yang kami nak 'serang' rumah Haiqal tanpa pengetahuan Haiqal HAHAHAHAH siot macam drama pulak. Bukan apa, Haiqal pernah ajak aku datang beraya rumah dia makan cornflakes 😂 sebabtu lah aku fikir nak buat semperit tapi tu lah tak jadi sobs cowie Haiqal 😶 ni kiranya aku turun Ipoh si Haiqal takkan tahu lah. Pastu saja je nak bagi mamat tu terkejut bila nampak aku berdiri terpacak depan pintu sambil buat muka toya HAHAHAH nampak drama lagi! Aku fikir mesti mamat ni rasa bersalah gila dah la dia ada buat salah kat aku sebelum raya haritu! Mesti macam 'weh minah ni dalam duk dingin pun boleh turun Ipoh datang rumah aku omggg' 😤

Tapi betul lah, kita hanya mampu merancang, Allah yang menentu kan. Maka, jalan cerita yang di rancang oleh aku dan Afifah sudah bertukar sebaliknya. Di sebabkan Haiqal already make the things clear, suhu kedinginan aku dekat dia pun dah berkurangan, makanya aku terpaksa la bagitau plan aku dekat Haiqal. Aku fikir kang kalau otw pergi rumah dia lepastu dia takda, tak ke aku pulak yang kena kejutan. Haa nak sangat kan buat kejutan dekat orang wahai Amirah 😒😂


Bincang punya bincang, kami decide nak pergi Aeon Klebang jelah sebab dari Amanjaya nak pergi rumah Haiqal boleh tahan mahal jugak, jenuh kutip syiling aku waktu nak beli tiket bas balik HAHAHAH so untuk menjimatkan duit poket masing-masing, kami jumpa dekat Aeon pun jadi lah. Plan bertukar 360 darjah nampaknya.


ok end!***



Aku pergi cucuk duit dulu sebab dalam dompet aku duit makin berkurangan. Takut tak cukup nak bayar tambang grab dan tiket bas balik Taiping. Kang mengemis dekat tepi jalan aku di buatnya.

Lemme list kan perjalanan aku sepanjang berada dalam Mydin, just to make it short hehehe


1. Singgah Each-a-Cup for air chocolate ✔
2. Pergi mamak nak makan roti canai because I'm super hungry dari atas bas lagi ✔
3. Singgah Harolds Bread beli something untuk Haiqal ✔

Check!


Aku lupa nama panjang dia apa tapi sedap! Plus dapat makan roti canai kuah sambal pedas gila tu pehhh boek ah





Lepas aku dah selesaikan ketiga tiga benda di atas tu, aku decide untuk tempah grab around pukul 11 lebih, tunggu respon dari Haiqal. Aku taknak nanti aku pergi sana dia takda lagi so aku tunggu dia bersiap dulu.

Lepas je dia cakap aku dah boleh bertolak, terus aku tempah grab dari Mydin ke Aeon Klebang.

Pipah pulak macamana? Aku dah pesan dekat dia rehat cukup-cukup dulu baru datang Aeon jumpa aku sebab dia baru balik kerja, so mesti letih en. Kang dia pentoi aku taknak tanggung!

******

Aturan Tuhan sememangnya indah dan tenang 😂 kitorang datang dalam masa yang lebih kurang serentak. Aku bersyukur at least tak buang masa aku nak tunggu dua makhluk tu. Aku sampai dulu, di ikuti Afifah and the last one, Haiqal. Terkejut gak ah tengok dia datang dari belakang HAHAH untuk menutup rasa terkejut tu aku duk gelak-gelak. Lels nak buat kejutan dekat Haiqal tapi sendiri yang terkezut pehal 😂


Lipstick aku dah hilang gais.....



Pastu kitorang jalan bertiga pergi naik Food Court. Time otw tu menyempat le bercerita pasal junior-junior depa, pasal Aeon Klebang yang selalu penuh dengan junior sekolah ABC(Aminuddin Baki Chemor) dan junior sekolah Taib. Indahnya dunia bila tak nampak muka budak-budak Convent kat sini kahkahkah 😎 rengsek aku duduk Taiping HAHAHAH

Aku jadi tukang dengar, Pipah jadi tukang cerita dan Haiqal jadi tukang gelak. Complete 😂

Kitorang duduk kat meja yang agak terpencil dekat tepi tingkap. Tengah duk fikir nak makan apa, Haiqal bukak cerita yang mak dia ada ajak aku dengan Pipah pergi rumah makan makan. Pastu terus Pipah cakap, "ha boleh jugak, jom lah" uwaw pantesnya kamu 😂 aku tanya "serius lah Pipah?"

"Aku pernah ke tak serius Mirah?" Aku terkedu HAHAH. Ni yang best dapat member camni. Asal ajak je terus onz.

Haiqal call mak dia dulu cakap kitorang jadi nak datang beraya.

Aku dari tadi tak habis pening dengan rasa nak muntah tapi aku tahan je. Pipah tak habis habis tengah tenangkan aku, tapi aku rasa sebenarnya dia buat aku lagi rasa nak muntah ada lah. Mana idoknye, dia duk cakap, "sabar Mirah sabar.. aku tau kau gabra nak pergi rumah mertua kan.." eyyy siot nya apa kena mengena 😂 

Kami tongtong duit grab untuk jimatkan kos masing masing. Well, plan bertukar seperti asal nampaknya wehuuu 😎

******

Keluar dari perut kereta aunty grab tu, aku dengan Pipah tunggu jelah si tuan rumah yang tak keluar keluar lagi dari kereta tu. Takkan nak terus masuk, rumah orang tu. Sila behave anak-anak!

Aku tanya Pipah, "Haiqal buat apa do lama sangat dalam kereta aunty grab ni? Dia salam cium tangan aunty tu mintak restu dulu ke?"

Lepas Haiqal keluar tu terus Pipah tanya soalan aku tadi tu, "kau buat apa lama sangat? Salam aunty tu ke?" HAHAHAH mengekek yal kitorang gelak 😂 dah la aku siap rakam lagi video si Haiqal tu turun grab HAHAH biadap betul eh aku, depan rumah dia kot! Kena halau kang sia sia je 😂

Time nak masuk dalam rumah tu sumpah aku segan gila. Takde lah aku rasa macam tak percaya do aku buat kerja segila ini HAHAHAH. Aku tak sangka aku boleh turun Ipoh kali kedua, tak sangka boleh datang terus rumah Haiqal. Beria lah aku janji dengan diri aku yang aku nak turun Ipoh sekali je setiap tahun puih 😑

Masuk rumah tu lepas salam mak Haiqal, kami berdua terus duduk dekat kerusi yang sama. Berlaga badan yal HAHAHAHAH bodo lah kelakar bila ingat balik padahal luas lagi rumah tu, ni nak jugak menyempit dekat kerusi yang sama 😂


Nampak tu dok menyempit ja HAHAHAH

Mak Haiqal tanya kami asal mana? Pipah orang first yang buka mulut, cerita lah yang dia asal Chemor jugak, aku pulak dari Taiping. Aku tak sempat buka mulut, rasa macam ada emas dalam mulut 😑 mak Haiqal tanya lagi, kitorang course apa? Sekali lagi Pipah yang tolong jawab kan :') 

"Saya dekat Permatang Pauh. Haaa dia ni sama dengan Haiqal lah, dekat Sungai Petani nanti."

Aku tengah tahan gelak je ni time Pipah cakap sama tu 😂 aku yang buat plan nak 'serang' rumah Haiqal asal aku pulak yang senyap ni?

Mak Haiqal tanya, nak makan mee ke nasi tomato? Aku semestinya pilih nasi tomato sebab aku tak makan mee. Bihun aku makan lah.

Selesai mak Haiqal hidang semua juadah, mak dia jemput kami makan. Aduh segan aku bertambah level 9999999. Perut aku tiba-tiba jadi sebu, rasa cam taknak makan. Tapi rugi lah tak makan, aku datang dari jauh kot. Selesai ceduk nasi dan lauk, kitorang makan kat bawah. Haiqal join sekali makan nasi tomato dengan kami.

Selesai makan tu kitorang pergi dapur terus nak basuh pinggan dan cawan, pastu mak Haiqal cakap, "ehh tak usah le basuh biar je dekat situ." Tapi aku macam biasa lah degil nak jugak basuh sejak dari beraya rumah ex mertua lagi HAHAHAH 😂 Pipah pun ikut jejak aku lah ni, durhaka!

Lepas makan tu kami gosip gosip kejap, benda wajib kan tiapkali jumpa 😂 gosip di selangi gelak tawa tak ingat dunia. Aku dah macam terlupa yang aku ada dekat rumah orang, sukati ja gelak macam hanet. Tapi takpa lah mak Haiqal pun ada cakap tadi yang si anak nya tu pun mudah terhibur, sikit sikit duk 'hehehe' sikit sikit 'hehehe' 😂😂😂

Aku kira-kira dalam sejam lebih jugak la kami duk bergosip bertukar cerita. Macam macam kami sembang. Dari bab study sampai ke bab membawang HAHAHAH. Pendapat aku en, aku lagi suka kalau berjumpa sembang depan-depan. Feel dia lain macam dari chat atau otp. At least kalau sembang depan-depan, kau boleh tengok reaction orang tu, panahan mata orang tu, gerak geri orang tu, dan paling penting dapat rasakan aura kehadiran orang tu. So, I prefer berjumpa dari text/call if aku ada masa terluang lah untuk berjumpa. Tapi demi depa aku sanggup weh :')

Selesai sembang, Pipah ajak aku balik. Aku pun bangun lah dari bersila dekat bawah pergi ke kerusi untuk ambik beg. Time sampai kat kerusi tu lah tiba tiba je... zap! Rasa macam ada panahan dekat urat kaki. Aku terus duduk kat kerusi sebelum makin parah 😂 dia punya sakit tu macam urat dekat kawasan jari kaki kau tengah bergelora dipukul ombak sumpah tak tipu duh. Yang Pipah dekat sebelah duk gelak gelakkan aku. Dia ingat aku main-main lah tu 😤 bila aku duk mengadu sakit sambil gelak (gelak sebab terhibur dengan situasi diri ini yang seringkali di landa musibah kecil) baru lah Pipah sedar ini bukannya cobaan. Tarik mengkarung at its best 😭😂

Aku suruh Pipah pijak kaki aku yang tengah duk tarik mengkarung tu. Dah takde pilihan lain, kalau tak jangan sampai mak Haiqal mengurut kaki aku pulak HAHAHAH aku dah la tak boleh urut urut ni, sensitif a.k.a geli 😅 time Pipah pijak tu aku rasa macam satu kesalahan besar pulak, menyesal suruh dia pijak sebab sakit gila duh. Ni pijak nak bagi aku hilang kaki ke cane Pipah?!

Haiqal yang baru keluar dari bilik terkejut tengok Pipah tengah pijak kaki aku. Dengan reaction muka aku pun takleh blah. Nasib time ni mak ayah Haiqal takde kat ruang tamu, kalau tak mesti bertambah tebal muka aku 😹

Ambik masa 5 minit untuk aku pulih dari tarik mengkarung. Nasib baik tarik dekat bahagian jari kaki je, kalau dekat betis lagi menyengat rasa dia. Aku pernah kena teruk waktu dekat SI, sampai terpaksa skip kelas pergi Unit Kesihatan sebab effect dia tu sampai aku takleh jalan. Pipah suruh aku bangun dan try jalan. Nasib boleh jalan macam biasa, kalau tak aku tumpang tidur rumah Pipah! 😂

Bila dah okay, aku dan Pipah mintak izin untuk balik. Sebenarnya bukan balik terus pun, tangkap gambar dulu HAHAHAH. Time nak snap gambar tu, baru aku hulur macaroon dekat Haiqal.  Respon awal dia macam biasa lah, "ehh..." sambil tersipu sipu lewls 😂 Tu je aku mampu bagi sempena birthday dia 😔

Sebenarnya gambar ni aku crop sebab dia pakai selipar 😂 dia yang suruh crop ataupun cover dengan apa apa hahaha

Tengah tengok masa depan

Tangkap berpuluh puluh gambar, tapi beberapa gambar je yang elok pun 😂 and for me gambar candid yang lawa pun HAHAH sebab tak nampak kekok


Kesian photographer tak berbayar asyik dok snap gambar kitorang je

This is candid bruh I tell you 😂

Kalau tak gelak memang tak sah

Ya ampun mata gue... panas terik punya pasal

Apa apapun, thanks Haiqal sebab ajak kitorang datang rumah makan makan ehe. Unexpected plan but the plan goes really well. Terima kasih daun keladi, nanti aku datang serang lagi 😆

Lepas photoshoot di tengah panas selama sejam, aku decide untuk lepak mamak dulu dengan Pipah sebelum ambik bas pukul 4.30 petang. Pipah pun bawak lah aku pergi makan dekat satu kedai mamak dekat area Chemor, lepak jap sebelum Pipah balik rumah dia, aku ke Amanjaya.

Murtabak kongsi, sweet kan kitorang uhuks 😏

Thanks Pipah sebab teman sepanjang perjalanan! Wuv you 💕




No comments:

Post a Comment