Wednesday, 4 April 2018

The Heartless Once Loved So Much #2



Assalamualaikum. Macam yang aku janji kan, aku nak sambung second part. Well actually aku tak berapa nak ada idea sangat nak tulis apa lagi untuk second part ni hahah tapi aku cuba 😂 

Dulu waktu zaman sekolah, "ego tinggi" memang dah selalu dapat dekat aku. Kalau ada cop sebesar muka, maybe orang akan cop kat muka aku dengan word 'EGO TINGGI NOKROM'. Kalau ada award ego sapa paling tinggi dalam dunia ni, maybe dapat kat aku setiap tahun tanpa gagal.


Egois dan aku berpisah tiada. Egois dan takda hati adalah benda yang kemungkinan agak sama tapi tak berapa serupa. 




Ego : menahan perasaan
Heartless : memang itu perasaan sebenar


Em paham dak? Ke aku cakap macam sakai? Aku memang lemah bab nak explain ni kahkah ampun 😅 


Orang selalu salah anggap tau. Kadang bila aku dah heartless, depa kata aku ego. Pastu bila aku ego, depa assume aku memang dah heartless. Sedih betul
Member member memang kerap perli aku bab ego ni. Sebab ego aku lah paling mencanak naik, macam yang aku kata tu kalau ada award ego sapa paling tinggi sudah tentu aku yang bakal sauk heheh. 

Aku selalu rasa bangga dengan ego. Aku rasa ego yang kuatkan aku, ego julang aku setinggi langit agar aku nampak kuat depan semua orang. 

Walhal, jauh di sudut hati aku, ego ni menyakitkan. Ego seolah-olah menekan emosi dan perasaan aku hingga ke dasar hati. Memang sakit der. Makin mencanak naik makin sakit.


Betul la orang kata, one day ego will harm yourself. Tapi nak buat macamana, ego dah sebati dalam diri aku. Aku tak boleh nak buat apa 😌😌😌 ramai ja suruh aku buang ego tu, tapi ingat senang ke? Ramai je nasihatkan aku untuk jangan terlalu heartless, nanti aku sendiri yang rugi. Bak kata member aku, siapa lah yang nak kikis ego tu kalau bukan diri sendiri yang kikis? Haish deep toi .

Oh btw aku tengah dengar lagu Ghost Town by Adam Lambert. Sumpah feeling gila dengar lagu ni sambil type kat blog hahahah. Beat dia best nakmatiy. Dah la tengah tengah malam. Berani bukan aku.


Ok sambung! *focus focus*


Aku kalau ego dengan seseorang, aku memang palau orang teruk gila. Lagi lagi bila bercampur aduk dengan rasa heartless. Sebab apa, sebab aku rasa tak kisah pun. Nak jadi apapun jadi lah. Jenis aku kalau dah ego atau heartless atau both at the same time, orang memang kena pujuk dan slowtalk dengan aku. Sebab aku tengok effort. Hangpa kata hangpa bukan balaci aku nak kena slowtalk bagai dengan aku? Then pergi mampus. Aku sikit pun tak kisah orang nak stay ke nak blah ke tak tahan dengan aku punya ego ke. Sebab the best will stay. Tapi setakat ni ramai ja suka cari aku balik lololol. 


Okay kalau ada sesapa yang baca entry aku ni mesti hangpa kutuk aku kaw kaw en kahkahkah. Cuba la kena sakit bertubi tubi dulu sampai hati hangpa lembik, percaya la cakap aku, hangpa pun akan pilih jalan yang sama macam aku. Jalan menuju keegoan hati.

Aku jadi macamni bukan saja-saja. Pain makes people change 💔

So far aku try my best untuk gunakan ego aku bila perlu je. Sebab kadang kadang ego ni confusing me. Yelah kalau ego dengan orang yang salah nanti kita rasa bersalah dan menyesal seumur hidup. Dan kalau turunkan ego dengan orang yang salah kita pulak rasa sakit kena pijak. Nampak tak permainan dunia ni macamana 😭😹

Apa apapun doakan aku ego dan heartless bertempat. Aku taknak la nanti sebab ego dan heartless teruk aku lepaskan mana-mana peluang dalam hidup ni. Dah la peluang tak selalu datang , I should grab the chances!


Dah adios. Aku sakit perut lah pulak. Penangan ramen lah ni 😂

p/s : pasni aku nak rajin rajin kan diri update entri kat blog, even takda sapa baca HAHAHA 😂




No comments:

Post a Comment