Dah berkurung aku tak bukak blog, tak merepek kat sini. Rasanya last aku update bulan November tahun lepas. Sobs sedih!
Itupun, aku update melalui ihsan paktam aku pinjamkan laptop dia. I mean, laptop family sebab satu family guna ehe.
Selama yang aku tak update apa apa ni, macam macam benda jadi dekat aku. Kisah pahit, manis, suka duka. Lagi lagi aku dah form 5, aku ada tanggungjawab besar iaitu SPM. Aku kena focus SPM, itu yang payah tu.
Wattpad pun dah lama aku tak sentuh.
Ask.fm pun dah berkurun tak reply questions.
Facebook ga usah bilang dong, berhabuk teruk!
Yang aku aktif sekarang, twitter dan instagram. Instagram tu since ada phone baru yang aktif kemain tu kehkeh ππ
Well actually, tak tahu nak update apa. Yelah dalam pukul 3 pagi ni semua pakat tidoq, aku je duk celik lagi. Dah lah esok last paper ERT untuk trial. Ya Allah daku berasa sangat sangat lega. Penderitaan bakal berakhir heheh.
Apa apa pun, doakan yang terbaik untuk aku even orang tak kenal aku sangat (aku yakin ada yang baca blog aku sebab haritu ada dua tiga orang dm aku kat twitter cakap story kat blog aku menarik. Hihi ππ)
Thanks untuk sesiapa yang baca. Ada masa aku update lagi. Oh sebelum ku ucapkan selamat beradu dan menyambung kembali pembacaan subjek ERT, aku nak bagitau yang aku tengah gigih siapkan manuskrip cerpen untuk di hantar kepada satu syarikat penerbitan ni. Syarikat Penerbitan Wahai Sdn. Bhd. Alah yang terbitkan buku buku Inche Gabbana yang Ikhwah Pakai Jeans tu. Diorang ada bukak peluang untuk orang macam aku, untuk hantar karya berdasarkan syarat syarat yang di senaraikan. Bagi aku, agak sukar nak siapkan sebab dia nak kisah benar. Ada 3 tema semuanya;
πΈSTIGMA
πΈBULI
πΈDERA
Ha macam menarik kan tema? Aku pilih tema Stigma sebab tema tu quite easy for me. Aku memilih untuk garapkan kisah hijrah kawan aku. Aku pilih dia sebab aku rasa dia unik, kisah jahiliah dia sumpah awesome dari aku. I mean macam, dia dulunya mungkin orang nampak takde peluang untuk berubah tapi sekarang, dia lah manusia yang aku rasa sedang berusaha memburu cintaNya. So, aku tertarik sangat dengan kisah hidup dia. Dan aku harap nukilan aku kalini diterima oleh syarikat, macam tahun lepas aku pernah masuk satu contest kat blog dan aku menang! Dapat duit raya RM30 dengan kad raya buatan sendiri dari owner contest tu. Rasa bersyukur ada orang mampu tengok hasil penulisan aku dari pelbagai perspektif. Aku ingatkan cerita aku yeshe yeshe jerps hihi ππ doakan lah eh diterima. Aku harap sangat, sebab cerpen aku ni akan dibuku kan sekali dengan orang orang yang terpilih. Aku harap aku dipilih! Amin ππ
Okay guys. Gerak lu. Fi hifzillah ✨
No comments:
Post a Comment