Dah masuk 2016. Aku dah masuk upperform , dah masuk form four dan bakal jadi SPM CANDIDATE tahun depan! Betapa cepatnya masa berlalu, kau tertoleh selama sesaat pun berharga tau. Paling tak sangka, aku dah makin matang dan rajin LOL kalau tak dulu aku lah yang paling pemalas nak buat homework dan paling lengai(Anonz kata --').
Aku rindu zaman hingusan aku, zaman waktu aku mula-mula jejakkan kaki ke alam menengah. Zaman gila meroyan aku terlebih dos ubat(kawan-kawan selalu kata, sampai sekarang kahkah) aku rindu gak zaman lowerform aku. Paling rindu zaman form 3, zaman aku dan batchmates sekalian sungguh-sungguh struggle untuk PT3. Zaman lahirnya friendship bond yang kuat. Sama sama gagah bangkit menuju peperangan. Tak kisah kelas depan atau belakang, masing masing membantu apa yang patut. Nangis sama sama, lelah pi kelas tambahan sama sama, letih buat homeworks dan revisions sama sama. Senang cerita, hidup aku waktu form 3 best gila. Even tengah busy dengan exam besar pun aku masih lagi dengan perangai aku sejak azali iaitu MENGGILA!!!
Yeaa aku rindu semuanya. Zaman upperform ni aku jarang menggila dan buat kerja gila. Dan aku ada lagi masa dua tahun je untuk menggila dan create kenangan banyak banyak :')
Cerita pasal hidup aku waktu form 4 ni, aku dapat aliran VT which is pakej nya perdagangan dan ekonomi rumah tangga. Kelas 4TK2. TK stands for Teknologi Kemahiran. Em actually aku nak sangat masuk kelas TS which is Teknologi Sains yang masih dalam aliran VT sebab pakej dia ada ekonomi asas, addmaths dan akaun. Dan tu permohonan kedua aku! Tapi rezeki aku pada kelas 4TK2. Dan ya dah nampak hikmahnya aku ditempatkan dikelas tu. Belajaq PD dan ERT syok bruh! ERT serious macam aku belajaq subjek science stream kottt haaaa. PD macam biasa basic perniagaan. Dan aku cadang nak ambik subjek tambahan iaitu addmaths dan tassawur islam. Subjek tassawur tu boleh tahan lagi, tapi addmaths weyh?! hang gila ka pa mira?
Eheh ni aku nak habaq, tiada yang mustahil. PT3 maths aku agak kelaut tapi aku minat maths. Dan ya belajaq addmaths is fun! Aku cuma blajaq dari kekawan je dan actually aku ambik pun sebab aku rasa terdorong dengan kesungguhan someone yang sudi ajar aku addmaths waktu cuti bulan 12 haritu. Ajar through whatsapp je. Terharu gila hihi terus aku amek keputusan untuk ambik. Doakan aku dapat excell dalam tiap subjek yang aku ambik. Kalau tak boleh go on aku terpaksa lah undur diri dari addmaths. Sebab kena tusyen kat luar takleh blajaq kat sekolah sebab tu subjek tambahan kan hm. So payah nak cari cikgu. Takpa, aku kena usaha kalau bebetul nak ambik. Tapi still tak sure.
Nak cerita lagi pasal hidup aku waktu upperform ni panjang berjela wehhh. Rasanya takat nilah aku bercerita. Nanti aku sambung lagi dalam lain entry eheh. Adios!!
No comments:
Post a Comment